RSS

Memahami Perumpamaan ‘Better The Devil You Know’ ; dan Nik Aziz setuju bantuan Syaitan?

30 Aug

Beberapa hari ini agak kecoh media memperkatakan tentang kata-kata Tun Mahathir berkaitan peribahasa Inggeris “Better the devil you know than the angel you don’t”.

Saya dapati di kalangan kita yang sengaja mengelirukan masyarakat seolahnya Tun Mahathir mengatakan Iblis/ Syaitan lebih baik dari malaikat. Bila mana pemahaman yang salah sedemikian disampaikan kepada Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din al-Hafiz, lantas beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Tun M mesti bertaubat.

SJ tidak menyalahkan Datuk Dr. Haron Din, kerana ada kemungkinan beliau tidak membaca artikel tulisan Tun M di blog Chedet, sebaliknya hanya menilai melalui pihak ketiga yang menyampaikan hal tersebut kepada beliau. Atau mungkin adakalanya soalan wartawan pada saat itu agak mengelirukan. Bagaimanapun SJ mahu mengajak pembaca melihat situasi di mana berlaku sikap tidak jujur atau double standard pihak tertentu dalam PAS berkaitan hal demikian.

1. Peribahasa “Better the devil you know than the angel you don’t” jika diterjemahkan secara literal ialah “lebih baik syaitan yang dikenali, daripada malaikat yang tidak dikenali”.

Maksudnya di sini ialah – “it is often better to deal with someone or something you are familiar with and know, even if they are not ideal, than take a risk with an unknown person or thing.” ( lihat http://www.usingenglish.com/reference/idioms/better+the+devil+you+know.html )

Tun M sebenarnya membawa maksud bahawa – adalah lebih baik kita berurusan dengan pihak yang kita tahu keburukannya, kerana kita akan lebih berwaspada dengan pihak begini, berbanding kita berurusan dengan pihak yang dilihat bertopeng dengan rupa yang seolah baik, tapi tidak diketahui niat buruknya.

Kita juga biasa mendengar orang berkata “nampak je baik macam malaikat, tapi perangai mengalahkan setan”. Adakah itu bermaksud syaitan lebih baik? Sudah pasti tidak.

Jika dalam bahasa Melayu, maksud peribahasa Inggeris itu hampir seperti ‘Air yang tenang jangan disangka tiada buaya’, ‘Lidah Tak Bertulang’, ‘Mulut Manis di Bibir’.

Maka, Tun M berperi agar masyarakat tidak mudah terpesona dengan segala janji manis dari pihak yang ‘Menanam Tebu Di Hujung Bibir’. Di mana mungkin akhirnya ia akan memakan diri sendiri.

Jika seekor singa atau harimau, sudah kita ketahui sifat-sifatnya, bagaimanapun kita selalu tertipu dengan ‘Sang Musang Berbulu Ayam’ atau ‘Si Lidah Bercabang’.

2. Pihak Harakah bagaimanapun menafsirkan kata-kata Tun M itu sebagai berikut : “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Rujuk : https://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12630-lebih-baik-syaitan-kenyataan-dr-m-mengelirukan#.UDWtiyYAI1Q.twitter

Walhal, Tun Mahathir TIDAK berkata “it’s better to choose the devil you know, rather than  the angel you don’t”.

Hal ini telah dengan sengaja disalahtafsir/ diputarbelit oleh pihak Harakah dan PAS bagi memberi gambaran buruk terhadap Tun Mahathir, yang seterusnya menjadikan Rukun Iman sebagai persoalan. Tajuk Harakah ‘… – Kenyataan Tun M Mengelirukan’ juga sebenarnya tidak betul, kerana pihak Harakah dan PAS lah yang sebenarnya dengan sengaja mengelirukan masyarakat menerusi tafsiran salah dan putarbelit mereka.

Kata seorang kawan : Take a step back and think before you say or act.. might save you from looking like an IDIOT because misinterpret IDIOMS.

3. Jika tulisan Tun Mahathir itu dikatakan merosak iman dan Tun M perlu bertaubat, bagaimana pula dengan kata-kata Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bahawa “Kita (PAS) usahkan DAP, kalau SYAITAN nak bantu bantu pun kita (PAS) terima”?

Rujuk video berikut :

Nah, bukankah menerima bantuan Iblis dan syaitan adalah sebahagian dari perlakuan syirik? Bukankah perlakuan syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh ALLAH s.w.t? Tidakkah ucapan Dato’ Nik Aziz ini menghampiri syirik kerana seolah menghalalkan perbuatan syirik?

Maka tidak hairanlah bila beliau sanggup menggadai kalimah ALLAH untuk digunakan oleh orang Kristian. Tidakkah Nik Aziz wajib bertaubat nasuha?

4. Nasihat SJ kepada orang-orang PAS, janganlah asyik cuba mengaibkan kuman yang jauh di seberang, sedangkan ular di kepala dan kuman di hati buat-buat tak nampak.

Selamat Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.

“MERDEKAKAN DIRI DARI TAKSUB KEPARTIAN”

 
1 Comment

Posted by on 30/08/2012 in Membongkar Kebatilan

 

One response to “Memahami Perumpamaan ‘Better The Devil You Know’ ; dan Nik Aziz setuju bantuan Syaitan?

  1. Zul

    30/08/2012 at 4:00 pm

    Sangat setuju dengan syor pada akhir artikel.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: