RSS

Tazkirah SJ : Lahirnya Keturunan Biadap

07 Sep

Tulisan berikut dinukil dengan rasa pilu mendalam terhadap perilaku umat Islam di Malaysia yang semakin hari semakin kehilangan adab. Penulis bukan seorang yang suka bercakap tentang isu politik tanahair namun melihat runtuhnya akhlak masyarakat masani, membuat diri rasa perlu berbicara atas dasar akidah dan akhlak islamiyah.

Baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat (PR) telah menganjurkan Perhimpunan Janji Demokrasi di beberapa lokasi seluruh negara. Perhimpunan tersebut berpengisian politik, suara rakyat yang berasaskan demokrasi mutlak. Mungkin masih ramai yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan demokrasi mutlak.

‘Demokrasi mutlak’  yang juga dikenali sebagai absolute democracy atau pure/ direct democracy adalah satu bentuk cara pentadbiran kenegaraan yang berasaskan kepada falsafah humanisme, di mana setiap perkara ditentukan oleh kehendak manusia. Wikipedia mencatatkan definisi ‘absolute democracy’ sebagai :

an extreme form of a collective perception of order, based by the need of the human mind to control its surroundings and conduct a predictive view of perceiving the collective world. (http://en.wikipedia.org/wiki/Absolute_democracy).

Jika diterjemah kepada Bahasa Melayu, ia bermaksud :

“satu bentuk persepsi melampau terhadap seluruh pemerintahan, berdasarkan pada keperluan minda manusia, untuk mengawal persekitaran dan menjalankan ramalan pandangan dunia secara menyeluruh.”

Dalam kata lain, demokrasi mutlak memberi kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan semua perkara. Kerajaan hilang autoriti dalam melaksanakan tugas, tetapi harus memenuhi segala kehendak rakyat. Hal demikian melahirkan sikap anti-authoritative atau anti-establishment yang membawa kepada kehilangan adab.

Konsep politik begini sebenarnya bertentangan dengan kaedah siyasah dalam Islam, di mana pihak Kerajaan mempunyai hak-haknya dalam mentadbir urus Negara dan perkara tersebut hendaklah dipatuhi oleh rakyatnya, manakala rakyat juga mempunyai hak-haknya yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan.

Menurut faham Islam, hak tidak semestinya perkara yang dimahu, dikehendaki, diminta dan dituntut. Lebih dari itu, Islam menetapkan hak sebagai kewajipan yang mesti ditunaikan berasas pada kebenaran yang hakiki. Ini bermakna, Kerajaan mempunyai hak ke atas rakyat dan rakyat juga mempunyai hak ke atas kerajaan.

Justeru, laungan Janji Demokrasi oleh pendukung PR telah dilaung dalam nada politik ala-Barat dan bukannya dalam kerangka Islam.

LAHIRNYA KETURUNAN BIADAP

Tindakan pengikut PR memijak serta menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri dan isteri jelas suatu kebiadaban melampau. Saya bukanlah ahli UMNO atau Barisan Nasional (BN). Apa yang ingin sekali saya nyatakan ini adalah persoalan adab dan akhlak. Bagi saya perlakuan sedemikian tidak boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja sama ada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau Haji Abdul Hadi Awang.

Kita tidak pelik jika perkara tersebut dilakukan oleh orang bukan Islam/ non-muslim, tetapi apabila perlakuan sedemikian disukai dan diredhai serta dilakukan oleh orang Islam, ia jelas menunjukkan kerosakkan jiwa yang mendasar. Lihatlah sewaktu seorang gadis Cina (non-muslim) memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, seorang wanita BERTUDUNG LABUH tersenyum ketawa melihat perbuatan itu. Ini jelas menunjukkan rasa redhanya atas perlakuan tidak sopan berkenaan.

Jika telah wujud generasi yang agak berusia sepertinya (saya jangka mungkin sekitar umur 45-55 tahun) yang gembira dan meredhai perbuatan memijak gambar orang Islam, maka tidak hairanlah bila ada anak muda yang sanggup menunjuk punggungnya ke arah gambar Perdana Menteri dan isteri. Kita sangat tahu bahawa anak muda itu seorang yang beragama Islam. Mungkinkah beliau seorang penyokong tegar Parti Islam Se-Malaysia (PAS)..?????

Memandangkan dia salah seorang penyokong PAS dan PR, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap TAHNIAH kepada PAS kerana BERJAYA MENDIDIK GENERASI BIADAP. TAHNIAH kerana BERJAYA MENDIDIK LELAKI HINGGA TIDAK KENAL AURAT.

Ketika Nabi Ibrahim a.s memecahkan berhala, Baginda pecahkannya menggunakan kapak dan tangan. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w membersihkan Kaabah dari 360 buah berhala, Baginda dan para sahabat r.a menggunakan tangan untuk mengalih berhala-berhala tersebut. Jika pada berhala pun mereka tidak memijaknya juga tidak menunjukkan punggung, inikan pula gambar manusia?

Bagaimana perasaan kalian jika ada yang memijak gambar Nik Aziz, Haji Hadi, Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng?

Berhentilah beraksi seperti lakonan filem Labu Labi “Ini kepala bapak kau, tu kepala bapak aku. Kalau berani pijaklah!”. Jangan ditiru watak kartun kurang ajar Shin Chan yang gemar menayang punggungnya.

Untuk anak muda itu, ingatlah bahawa anda telah mengaibkan kedua ibu bapa anda. Anda telah menconteng arang ke muka mereka. Tahukah anda ia satu kederhakaan?

Usah asyik melaung ALLAHU AKBAR di jalanan, andai hidup tiada beradab. Di mana akhlak Rasulullah? Tanyakan pada diri, di mana nilai syahadah?

Renunglah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, dari Abdullah bin ‘Amr r.a. berkata: “Sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w. katanya : “Orang Islam manakah yang lebih baik?” Nabi s.a.w. menjawab: “Orang yang mana orang-orang Islam yang lain terpelihara (terselamat) daripada gangguan lidah dan tangannya”.

Yang dimaksudkan dengan ‘lidah dan tangannya’ itu merujuk kepada percakapan dan perbuatan. Buat para pimpinan PAS, atas apa yang berlaku dan dilakukan oleh pengikut kalian, masihkah perjuangan kalian boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Atau mungkinkah ianya sebenarnya perjuangan sekularisasi bertopengkan Islam?

Terima kasih kepada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan  bahawa perbuatan memijak gambar itu adalah satu yang amat memalukan. Pun begitu, ingin saya pesan di sini, perbuatan biadab/ kurang ajar pengikut parti adalah akibat dari kepimpinan dalam PR yang biadab dan kurang ajar.

ADAPTASI RITUAL/ AMALAN IBADAH BUKAN ISLAM

Pada perhimpunan tersebut juga, mereka telah membaca puisi/ sajak Janji Demokrasi sambil menyalakan lilin beramai-ramai. Perkara ini telah sama-sama dilakukan oleh orang Islam. Sila lihat gambar di atas, di hadapan itu mungkin seorang Tionghua, dan dibelakangnya seorang lelaki muslim, berbaju hijau dan memakai KOPIAH memegang sebatang lilin.

Dari manakah asalnya penyalaan lilin begini?

Upacara penyalaan lilin merupakan sebahagian dari bentuk ibadah serta kaedah berdoa masyarakat bukan Islam. Kaedah ritual ini terdapat dalam ajaran agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi. Ritual ini dilakukan semasa hari kebesaran mereka, pembabtisan, mengingati kematian, sambutan perkahwinan dan seumpamanya.  Contohnya, Yahudi menyalakan lilin sewaktu Hanukkah (Candle Lighting Ceremony) manakala penganut agama Kristian sering menyalakan lilin sebagai worship symbolic. Mereka juga menyalakan lilin sambil berdoa dan menyanyi beramai-ramai di jalan-jalan raya ketika kematian Pope.

Dalam fahaman Humanism, diadakan hari HumanLight iaitu suatu hari kebesaran bagi pengikut humanisme dan disambut pada 23 Disember setiap tahun. Pada hari tersebut, mereka akan menyalakan lilin dan lampu sebagai simbolik pengharapan kepada nasib baik di masa hadapan, yang juga disebut “a Humanist’s vision of a good future”. Penyalaan cahaya dalam suasana gelap suatu simbolik – symbol of reason and rationality.

Secara tidak langsung, telah berlaku suatu amalan pluralisme agama pada majlis Janji Demokrasi pimpinan PAKATAN RAKYAT (PR). Ritual pluralisme pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Wahai saudara-saudaraku, fikirkan dan timbanglah dengan iman, apakah ini masa depan?
Ya ALLAH, jauhkan kami dari kesesatan dan beban yang tak mampu kami tanggung.

 

3 responses to “Tazkirah SJ : Lahirnya Keturunan Biadap

  1. fadzad

    07/09/2012 at 7:08 pm

    Saya rasa yb nizar jamaluddin boleh memberi kenyataan berhubung perkara ini kerana beliau adalah pacesetter dalam candle ritual satu waktu dulu.

    Tak perlulah beliau memanipulasi kenyataan Che Det yang bagi saya (tak berapa pandai peribahasa inggeris ni) iaitu “lebih mudah mengenali orang kafir dari mengenali seorang munafik”. Perkataan inggeris ini bagi saya sebenarnya boleh memberi pelbagai erti bergantung pada ayat.

    Wallahualam.

     
  2. TMP

    08/09/2012 at 1:17 am

    “Ketika Nabi Ibrahim a.s memecahkan berhala, Baginda pecahkannya menggunakan kapak dan tangan. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w membersihkan Kaabah dari 360 buah berhala, Baginda dan para sahabat r.a menggunakan tangan untuk mengalih berhala-berhala tersebut. Jika pada berhala pun mereka tidak memijaknya juga tidak menunjukkan punggung, inikan pula gambar manusia?”

    Berhati2. Jangan sampai pembaca mentafsir contoh ini secara salah.

    wassalam.
    TMP

     
    • suarajagat

      10/09/2012 at 11:25 am

      Terima kasih TMP.

      memang mungkin ada yang tersalah faham atau ada yang sengaja menyalahfahami maksud ayat di atas.

      Maksud yang saya ingin sampaikan adalah begini :-

      1. Perlakuan tersebut TIDAK bermakna Rasulullah menghormati berhala atau mengabsahkan agama lain. Ini kerana berhala itu tetap dihapuskan oleh Baginda.

      2. Rasulullah dan para sahabat menghapuskan berhala dengan cara yang baik kerana berhala itu sendiri dibuat dari bahan yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t. seperti kayu dan batu. Bahan-bahan ini adalah makhluk yang ALLAH ciptakan. Tetapi manusialah yang telah menyalahguna ciptaan-ciptaan ALLAH itu dengan menjadikannya sebagai berhala.

      3. Sebagai contoh terdapat di kalangan manusia yang menyembah pokok, matahari dan api. Jika kita mahu memadamkan api yang menjadi sembahan mereka, apakah kita perlu membuang air kecil (kencing) ke atas api tersebut? Atau kita simbahkan sahaja ia dengan air biasa? Sudah pasti menyimbah dengan air sehingga padam sudah cukup memadai.

      4. Ambil juga contoh sewaktu Rasulullah s.a.w bangun ketika jenazah seorang Yahudi melalui hadapan Baginda.

      Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad meriwayatkan: Sesungguhnya Nabi s.a.w dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu Baginda berdiri. Diberitakan kepada Baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu Baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.
      Riwayat al-Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

      Perbuatan Baginda TIDAK sama sekali bermaksud Baginda mengiktiraf/ memperakui agama Yahudi, sebaliknya perbuatan itu adalah kerana menghormati makhluk ciptaan ALLAH s.w.t.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: