RSS

Kenapa orang Islam makin tak peduli bila Nabi dihina?

15 Sep

Artikel KL-POS bertajuk Ex-con, Christian charity linked to film on Islam” (klik di sini) telah menarik perhatian SJ. Ini kerana terdapat petikan dalam artikel tersebut yang berbunyi :

In a 2010 speech in New York, Nassralla criticized violence against Christians in Egypt and deplored plans to build a mosque near the former World Trade Center site in New York. “Wake up, America…. Stop Islamicization of America,” he said.

Kadang-kadang saya seakan hairan melihat muslim di Malaysia semakin hari semakin kurang sensitif terhadap hal-hal sebegini. Lihat sahaja di laman-laman sosial Twitter dan Facebook di mana isu penghinaan ke atas Rasulullah s.a.w tidak di ambil endah oleh umat Islam. Kalau berkaitan politik, mengutuk dan menghina parti atau individu tertentu, mereka sangat galak tagging dan share. Tapi bila Nabi Muhammad di hina, mereka berdiam diri sahaja, seolah ia perkara normal.

Hal ini menunjukkan hilangnya kecintaan umat Islam kepada Rasulullah s.a.w. Ternyata, cinta kuasa, pangkat, dan nama lebih menjadi keutamaan. Tapi bukan cinta Rasulullah. Kalau ada orang yang menghina, mengutuk, melukis gambar, membuat filem menghina Nabi Muhammad, ramai yang merasakan “orang kafir memang macam tu. Tak payah kita nak sibuk-sibuk. Biarkan je. Esok mati tau lah nasib dia”.

Begitu juga dalam isu kalimah ALLAH. Umat Islam semakin tidak ambil peduli seakan biarlah apa nak jadi, jadilah. Biarpun sujud bersolat dan melaksanakan ibadah-ibadah yang lain, tetapi rasa tanggungjawab mempertahankan agama kian lesu. Yang tersemat di sanubari umat Islam Malaysia hanya sekadar retorik dan laungan taksub politik kepartian. Ternyata juga, politik hari ini telah melalai dan memecahbelahkan umat Islam.

Bukan bermaksud saya tidak peka terhadap usaha murni NGO dan pihak-pihak lain yang menghantar memorundum dan membuat demonstrasi ke atas apa yang berlaku. Syukur kerana adanya usaha-usaha kalian. Bagaimanapun apa yang saya tegaskan ialah jumlah kehadiran dan penglibatan umat islam dalam perkara ini secara langsung mahupun secara tidak langsung amat menyedihkan. Nak share informasi mengutuk penghinaan ke atas Rasulullah di Twitter, blog dan Facebook pun majoriti orang Islam tak mahu.

Stop Islamization of America (SIOA) seperti yang telah disebut dalam artikel KL-POS itu bukanlah suatu perkara baru. Saya mengikuti perkembangan gerakan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, pada Julai 2012, saya telah pun menulis satu artikel sebagai berkaitan gerakan tersebut bertajuk ‘Perbezaan corak penentangan ke atas Islam di Malaysia dan Eropah oleh Human Rights’ (klik di sini).

Saya amat berharap melalui tulisan itu (dan lain-lain artikel di SJ) umat Islam khususnya di Malaysia akan lebih rajin membuat kajian berkaitan hal-hal sedemikian. Namun seperti biasa, tulisan-tulisan penting saya sering tidak diendahkan oleh muslimin muslimat. Orang Islam-Melayu lebih suka membaca blog-blog politik yang dipenuhi bahasa kasar, kesat dan lucah dan menganggap blog sedemikian sebagai ilmiah. Blog-blog yang tidak beradab dan tak bertamadun.

Kita sama-sama tahu gerakan anti-Islam telah sekian lama wujud. Berdasarkan pemerhatian penulis, gerakan anti-Islam sebenarnya berlaku secara perang saraf dan psikologi. Jika di Barat, gerakan Stop Islamization of Nations (SION), Stop Islamization of America (SIOA) dan Stop Islamization of Europe (SIOE) telah memberi pelbagai tekanan ke atas umat Islam di sana.

Di negara-negara Islam pula, modus operandinya adalah melalui cara memprotes dan mempersoal autoriti. Pendekatan anti-Islam di negara-negara Islam ialah dengan cara merosakkan fahaman umat. Lantas disuntik fahaman liberalisme, prakmatisme, pluralisme, anti-establisment, relativisme dan seumpamanya. Bila perkara ini berlaku, maka umat Islam akan kehilangan rasa sensitiviti terhadap agamanya.

Barat memang mahu melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri, supaya dengan itu mereka mudah menyusup masuk ke dalam hal ehwal kenegaraan dan menetapkan polisi itu dan ini yang bersesuaian dengan kehendak mereka. Polisi-polisi tersebut juga sudah pasti memihak kepada mereka untuk dilihat hebat dan berkuasa.

Mereka sebenarnya melakukan adu domba ke atas umat Islam supaya kita sesama muslim sentiasa berasa tidak percaya sesama sendiri dan saling bermusuhan.

Adalah amat penting untuk para muslimin memberi fokus dan bersikap skeptikal terhadap pertubuhan seperti Human Rights Movement, Amnesty, Bastiat Institute dan beberapa pertubuhan lain termasuk SION, SIOE dan SIOA agar kita lebih berwaspada dan bersedia dalam mempertahankan agama Islam.

Sungguh, saya tidak mampu menjadi umat Islam yang kuat bercakap, asyik melaung takbir di jalanan serta menjerit slogan itu ini tetapi tidak melakukan apa-apa.

Namun apa yang saya mampu hanyalah menjadi benteng dan dinding yang rela di tetak musuh-musuh Islam.

Bagaimana dengan anda?

 
3 Comments

Posted by on 15/09/2012 in Membongkar Kebatilan

 

3 responses to “Kenapa orang Islam makin tak peduli bila Nabi dihina?

  1. Tok Padang

    20/09/2012 at 12:12 pm

    Itulah tanda umat Islam hanya umpama buih dilautan. Umat Islam sekarang berpecah malah pecahnya umat Islam hingga ke pringkat parti yang diikut. Apabila kita menonton TV kita hanya lihat teriakan demosntrasi sebagai tanda tidak puashati kepada penghinaan Rasulullah SAW di kedutaan-kedutaan asing khasnya Amerika. Apakah hanya setakat teriakan sahaja yang mampu kita lakukan untuk membela kemuliaan dan ketinggian darjat Rasulullah SAW. Bukankah umat Islam ini besar jumlahnya dan juga kaya.

    Apakah negara-negara Islam ini ini tidaklah berbuat sesuatu yang boleh memberi isyarat kepada golongan bahawa kita umat Islam adalah umat yang seharusnya dihormati. Apakah pemimpin-pemimpin negara Islam ini tidak boleh berpakat dan melihat sebarang usaha agar penghinaan terhadap kesucian agama kita terus dilanyak. Negara-negara Islam ini boleh bersatu dan bergabung untuk menghentikan ekspot minyak atau apa sahaja sumber kepada negara tersebut atau mungkin menghantar angkatan perang sebagai tindakbalas kita kepada penghinaan mereka kepada Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

    Ianya sungguh retorik apabila parti dihina ataupun apa sahaja dihina kita boleh bertindak terhadap individu tersebut sehingga individu itu merasa sedar untuk mengulangi perbuatannya semula akan tetapi apabila Allah dan Rasul dihina, paling tinggi kita boleh adalah memberi kecaman, demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kedutaan negara yang terbabit. Tidakkkah kita mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud bahawa belum sempurna iman sesorang itu sehingga dirinya yakni Rasulullah SAW lebih dikasihi dari ibu dan bapanya. Bila ibu atau bapa kita dihina, kita sanggup membela hatta sanggup untuk menyingsing lengan untuk membela maruah ibu dan ayah, tetapi bila maruah Rasulullah SAW dihina kita hanya boleh berteriak sahaja. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW kita ini ramai tetapi umpama buih sahaja.

     
  2. Abdul

    01/10/2012 at 4:41 pm

    Asmlmkm…Saya sokong anda..kita adalah seperjuangan.. ternyata kesimpulan nya umat islam sekarang berada dalam genggaman musuh…

     
  3. Abdul

    01/10/2012 at 4:44 pm

    Umat islam perlu bersatu…Kuatkan iman dan ilmu serta sampaikan kepada yang tidak mengetahui…Kita sekarang sedang menunggu pemimpin yang boleh diharapkan dalam memperjuangkan islam. menegakkan islam di muka bumi…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: