RSS

Pluralisme Agama : Pemimpin PAS dan Bishop Kristian Doa Bersama

11 Oct

Pada 22 September 2012 lalu, satu delegasi seramai kira-kira 12 orang ahli PAS Pulau Pinang diketuai oleh YB Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Bishop Sebastian Francis bertempat di Cathedral of the Holy Spirit untuk mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya baru-baru ini.

Berita ini saya dapati dari sesawang rasmi Catholic Lawyers Society Malaysia.

Bukanlah kunjungan tersebut yang SJ pertikaikan, bagaimanapun apa yang memeranjatkan saya ialah apabila kedua-dua pihak, yakni pihak PAS dan Bishop Sebastian telah berdoa bersama-sama pada hari tersebut.

Perbuatan ini ternyata adalah suatu amalan berbaur pluralisme agama, apatah lagi apabila kedua pihak turut memberi penegasan dengan merujuk Islam dan Kristian sebagai Warisan Ibrahim (Abrahamic Heritage).

Apakah fahaman ‘Abrahamic Heritage’ ini?

Istilah Abrahamic Heritage in sebenarnya membawa kepada maksud Abrahamic Faiths/ Abrahamic Religion.

Fahaman ini sebenarnya menyamaratakan agama Islam dengan Yahudi dan Kristian, dengan mengatakan kononnya ketiga-tiga agama tersebut berasal dari agama Nabi Ibrahim a.s.

Tujuan Barat mengetengahkan fahaman yang bertentangan dengan Islam ini sebenarnya adalah bertujuan bagi memudahkan kerja-kerja meMURTADkan umat Islam dilakukan melalui pendekatan ‘kita berasal dari agama yang sama’ atau ‘kita agama yang satu’.

Malah, Bishop Sebastian membalas doa tersebut dengan berkata ‘Bapa Kami’ (Our Father).

Malangnya, pihak PAS begitu mudah menerima pendekatan ini bersama pihak Kristian tanpa memahami permainan sulit musuh-musuh Islam.

Atau apakah PAS kini mula menjadi lubok penularan aliran sesat ‘Pluralisme And Syiah’?

Teringat pula penulis pada Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menceritakan bagaimana beliau pernah menyebut tentang kemenangan Islam tidak pernah dibantu oleh orang kafir (sila baca : http://www.malaysiakini.com/news/211238).

Namun seandainya, perkara demikian boleh begitu mudah dilakukan oleh para pimpinan PAS, maka benarlah apa yang diceritakan oleh Ustaz Nasha bahawa adanya keinginan serta usaha pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian (baca di sini : http://www.malaysiakini.com/news/211230).

Dengan menilai tindak tanduk PAS pada masa ini, apakah pemimpin-pemimpin PAS masih boleh digelar ulama? Atau mungkinkah merekalah sebenarnya ulama suk yang mengejar pangkat, jawatan, kerusi, takhta dan kedudukan dunia?

Saya secara peribadi berpendapat, hanya Datuk Dr. Haron Din seorang sahaja sebenar-benar ulama sejati dalam PAS.

Manakala yang lain amat meragukan…

 

One response to “Pluralisme Agama : Pemimpin PAS dan Bishop Kristian Doa Bersama

  1. fadzad

    13/10/2012 at 12:15 am

    Assalamualaikum,

    Surat terbuka kepada ahli-ahli pas andai kalian menjenguk laman SJ.

    Pertamanya, saya berdoa agar saya dan semua umat islam tanpa mengira ideologi politik diberi hidayah jalan yang lurus oleh Allah Taala.

    Untuk kesekian kalinya, betapa perlakuan kalangan ahli2 pas seolah2 seperti maksum dan dibenarkan hanya kerana partinya bernama islam, hanya kerana ahli2nya berkopiah, hanya kerana ahli2nya berjanggut segala. Tidakkah kalian sedar, betapa kelirunya fikiran khalayak muslim, betapa sedihnya hati umat, sungguh menjengkelkan. Takkan tidak pernah kalian fikir perlakuan kalian ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak?

    Ketika individu2 bukan dari kalangan kalian memanjat tangga di batu caves, menyebut “better the devil u know”,  memasang tanda seperti ancak maka kalian seperti halilintar memekik melolong mengatakan haram, syirik, murtad serta pelbagai dosa laksana tidak akan terampun oleh Allah Taala. Wajib bertaubat, mesti mengucap kalimah syahadah dan pelbagai saranan lagi.

    Tidaklah saya hendak menyokong dan tidaklah juga saya bersetuju dengan perbuatan2 itu tetapi kalian harus jua sadar dan mesti bertanggungjawab atas perbuatan2 dahulu yang  juga menyasar dari landasan islam?

    Berdoa bersama2 paderi kristian adalah renteten dari beberapa siri peristiwa terdahulu yang banyak mengelirukan orang2 islam di tanahair. Ada di kalangan ahli pas memegang lilin waktu kematian orang kafir. Ada pula yang rela dirinya dipanggil rasul, keramat dsbnya. Malah, ada juga yang sanggup membenarkan kristian memakai nama Allah dalam urusan agama lain. Ada juga terdengar (wallahualam) di kalangan ahli pas yang sanggup makan babi, malah ada yang rela terima pertolongan syaitan.

    Apakah hujjah kalian (ahli pas) untuk membenarkan perbuatan ini?

    Keduanya, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara muslim semua kepentingan menuntut ilmu selagi bernyawa. Sumber ilmu utama ialah Al quran dan tiada yang dapat menandinginya sampai bila2.

    Relevannya dengan isu ini di dalam alquran menyatakan  salah seorang Rasul Ulul Azmi iaitu Nabi ibrahim khalilullah bukan seorang yahudi, bukan nasrani, bukan musyrik. Baginda seorang yang lurus dan menyerahkan dirinya hanya pada Allah Azzawajalla. Rasulullah adalah penyambung syariat dari nabi ibrahim a.s. ini, mengerjakan haji dan berkorban haiwan ternakan.

    Jadi, di manakah yang dikatakan “Abraham heritage” dalam agama kristian itu?

    Al quran juga menyebut ahli kitab itu adalah yahudi dan nasara. Kadang2 ada juga kalangan ahli agama menkategorikan kristian itu sebagai ahli kitab dan juga agama samawi. Betulkan jika saya salah kerana pada pandangan saya agama kristian adalah satu aliran atau sect dalam yahudi ajaran paulus sama seperti aliran syiah di dalam agama islam. Kristian bukan ahli kitab, mereka bukan agama samawi!

    Perkara ini harus dipandang serius oleh jabatan agama terutamanya dalam buku2 teks sekolah.

    Oleh itu, di mana logiknya kristian boleh memakai nama Allah?

    Sanggupkah kalian makan ayam sembelihan Michael Wong atau Steven Raju kerana mereka kristian dan kalian mengiktiraf mereka sebagai ahli kitab?

    Di tanahair, tidak terdapat orang koptik qibti, tiada kalangan bani taghlib mahupun orang2 najran malah rata2 dari kalangan roman katolik, methodist, 7th day dan pelbagai mazhab kristian lain dari kalangan western church. Memang benar di mesir, arab dan yaman mereka menyebut “irhamna ya Allah”, ia adalah kelangsungan dari kebiasaan ucapan uskup2 mereka terdahulu dan mereka memang berbahasa Arab. Yang pasti mereka semuanya memegang konsep triniti.

    Kesimpulannya, saya memohon kalian ahli2 pas untuk menjadi adil. Ia adalah jalan hampir kepada taqwa. Ingatlah…..

    Salam aidil adha.

    Fadzlyazad.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: