RSS

Isu Hudud Chua Soi Lek : Menghadapi Fitnah Bukan Islam

19 Oct

Isu hudud ditimbulkan lagi oleh pemimpin parti politik bukan melayu di negara ini. Setelah beberapa pemimpin DAP memekik, kini tiba pula giliran Datuk Seri Chua Soi Lek membuka mulut.

SJ melihat semua ini sebagai strategi politik dari pemimpin bukan Islam untuk meraih undi dan seterusnya menimbulkan keluh kesah dikalangan masyarakat bukan Islam ke atas kepimpinan negara yang didominasi oleh orang-orang Islam-Melayu di negara ini. Cuba kita perhatikan, bagaimana pemimpin politik bukan Islam sebulat suara dalam mempertikaikan syariat Islam. Mereka sengaja cuba menimbulkan keraguan ke atas usaha-usaha Islamisasi di Malaysia.

Persoalan yang ingin saya ajukan ialah :

  • Apa yang mereka faham tentang pelaksanaan hukum syariah Islam?
  • Apa hak mereka untuk mempertikaikan hukum Islam?

Sebenarnya, segala statistik yang disebut oleh Chua Soi Lek adalah berdasarkan prasangka buruk mereka yang tidak memahami bentuk keadilan dalam Islam. Secara tak langsung prasangka begini lahir dari imaginasi atau khayalan mereka sahaja, tanpa fakta dan pengetahuan yang tepat tentang ajaran Islam. Di sini juga SJ ingin kemukakan beberapa cadangan kepada semua pihak :

  1. Khusus buat PAS dan UMNO, saya amat berharap kalian dapat bersama-sama mempertahankan Islam di negara ini. Jika ada kekurangan pada mana-mana pihak, kalian seharusnya menyokong untuk saling memperbetul atau saling memperbaiki satu sama lain. Harus diingat, keberanian pemimpin DAP dan MCA ini adalah akibat perpecahan yang wujud di kalangan pemimpin-pemimpin Islam-Melayu.
  2. Seluruh umat Islam (ahli sunnah wal jamaah) hendaklah sedar bahawa setiap diri WAJIB berdakwah, yakni menyampaikan kebenaran Islam. Dakwah bukan sekadar bermaksud untuk menyeru seseorang masuk Islam, tetapi memberi kefahaman tentang pelaksanaan hukum-hukum Islam yang bersifat fardhu kifayah kepada umat Islam dan bukan Islam juga adalah satu dakwah. Contohnya tentang sistem syariah Islam, sistem ekonomi Islam, bahaya riba dll. Jika kita membiarkan mereka terus dalam kekeliruan, akhirnya, hudud akan menjadi suatu taboo di negara ini.
  3. Saya juga berpendapat masyarakat Islam yang terdiri dari kalangan Muslim-Cina (Chinese-Muslim), mempunyai peranan penting dalam memberi input tentang perihal sistem Islam di kalangan masyarakat Cina.
  4. Kepada Karpal Singh, Chua Soi Lek dan mereka yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum Islam di Malaysia, solusi terbaik ialah untuk kalian keluar dari negara ini, dan jangan kembali ke Malaysia. Jika umat Islam yang hidup di negara lain boleh menghormati dan akur pada keadaan negara yang mereka tinggal, mengapa tidak kalian?
 
Leave a comment

Posted by on 19/10/2012 in 5. Panas & Terjah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: