RSS

Kalimah ALLAH : Mestikah Menggadai Agama?

09 Jan

PR - Kalimah Allah untuk bukan IslamIsu kalimah ALLAH terus menjadi kisah hangat di media massa. Semalam, pihak Pakatan Rakyat (PR) telah bersetuju membenarkan golongan bukan Islam untuk menggunakan kalimah ALLAH.

Hal ini telah berkali-kali diperdebatkan dan ternyata ianya seolah tidak pernah reda. Keputusan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah amat menyakitkan. Tuntutan penggunaan kalimah tersebut sudah cukup mengguris perasaan umat Islam di Malaysia, dan keputusan PR semalam menambahkan lagi luka yang semakin mendalam. Sebagai umat Islam, sudah pasti keputusan PR tersebut terasa bagai satu tikaman tajam ke jantung yang mampu membunuh jiwa.

Mengapa mesti begini jadinya? Mengapa PR  khususnya yang turut dianggotai oleh PAS sanggup menggadaikan nama ALLAH Yang Maha Suci demi meraih sokongan politik (political mileage) mereka?

Sedarkah anda, selama ini ketika mana kita di Malaysia menetapkan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam, ini bermaksud kita bukan sahaja telah mengakui ALLAH sebagai Tuhan Yang Esa, malah sehinggakan nama-NYA juga telah kita bersihkan dari sebarang syirik!

Perkara inilah yang tidak difahami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) yang seumpama mereka. Alangkah jijiknya sikap mereka yang asyik bercakap tentang sunnah Rasulullah s.a.w, bercakap tentang hukum ALLAH, berpakaian jubah dan serban, menayang-nayang gambar kononnya zuhud dan kuat agama walhal dalam masa yang sama menikam umat Islam dari belakang.

Terus terang saya katakan.. mereka ini semua mengejar nama, pangkat, jawatan, populariti dan habuan dunia.

PR - Kalimah Allah bukan IslamPerlu kita ketahui di sini bahawa kemahuan golongan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH adalah suatu taktik dan strategi bagi mempermudahkan usaha pemurtadan dilakukan di Malaysia. Malah hari ini, bukan sahaja golongan Kristian sahaja yang bersuara, tetapi juga masyarakat Sikh juga telah berani bersuara tentang penggunaan kalimah ALLAH (Sila lihat http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sikhs-say-selangor-allah-decree-will-restrict-their-religious-freedom/).

SJ melihat keputusan PR itu sebagai suatu keputusan yang membawa kepada syirik dan kufur.

Soalan saya : Apakah Haji Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan mereka yang menyokong keputusan tersebut adalah orang-orang yang kufur dan secara tidak langsung menjadikan mereka golongan yang mensyirikkan ALLAH s.w.t? Tidakkah ini boleh dikira sebagai syirik khafi?

SUARAJAGAT ingin tegaskan dengan sesungguhnya :

SAYA SANGGUP MATI MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH

Sikh komen Kalimah Allah

Dr MAZA sokong Kristian

 
 

2 responses to “Kalimah ALLAH : Mestikah Menggadai Agama?

  1. theunnamed

    09/01/2013 at 3:56 pm

    siapa yang bagi blanket approval utk kalimah Allah digunakan oleh bible kristian? Saudara kena selidik perkara ini sedalam-dalamnya sebelum menyalahkan mana-mana pihak.

    tak release komen ini pun tidak mengapa. hanya untuk saudara sahaja.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: