RSS

Kalimah ALLAH : Kenyataan Majlis Syura PAS dan Sikap Media Pakatan Rakyat

14 Jan

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah di atas usaha keras Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din al-Hafiz yang berjaya mempertahankan Kalimah ALLAH ketika Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS semalam. Sememangnya beliau amat konsisten dalam mempertahankan akidah umat Islam. Sesungguhnya saya amat bersyukur atas keputusan tersebut. Bagaimanapun kecelaruan kefahaman di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang lain amat saya kesali.

Dalam pada masa yang sama, pada pagi ini saya telah cuba melakukan survey ke atas media-media massa dan mendapati TIADA berita tentang kenyataan Majlis Syura PAS di dalam akhbar online MalaysiaKini dan Malaysia Insider. Hanya Harakah Daily sahaja yang menyiarkan berita terbabit. Walhal bukankah sebelum ini ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan media bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, berita tentang kenyataannya itu telah disiarkan oleh kedua-dua media tersebut? Demikian juga ketika MP Shah Alam Dato’ Khalid Samad menyokong penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Ini jelas menunjukkan kenyataan Majlis Syura PAS telah di-DISKRIMINASI-kan oleh media Pakatan Rakyat (PR) kerana keputusan Majlis Syura tersebut tidak memihak kepada pihak Gereja, dan keputusan yang telah disepakati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Dengan kata lain, PAS mula disingkirkan secara senyap oleh PKR dan DAP.

Timbul persoalan, di mana keadilan dan ketelusan media Pembangkang? Apakah ini suatu ketelusan? Nampak seperti wujud ketidakjujuran dalam tahaluf siyasi Pakatan Rakyat.

MalaysiaKini - tiada berita Majlis Syura PASMalaysia Insider - Tiada berita Majlis Syura PASHarakahDaily - Keputusan Majlis Syura

UPDATE TERKINI :

Hanya selepas artikel saya ini dikeluarkan, barulah berita tentang Kenyataan Majlis Syura PAS diterbitkan oleh Malaysia Insider dan MalaysiaKini :

Berita tentang Keputusan Majlis Syura PAS terbit setelah artikel saya dikeluarkan di blog ini.

Berita tentang Keputusan Majlis Syura PAS terbit setelah artikel saya dikeluarkan di blog ini.

Berita ini juga tercatat di MalaysiaKini selepas artikel saya dikeluarkan dlaam blog

Berita ini juga tercatat di MalaysiaKini hanya selepas artikel saya disiarkan dalam blog

 
2 Comments

Posted by on 14/01/2013 in Kalimah ALLAH

 

2 responses to “Kalimah ALLAH : Kenyataan Majlis Syura PAS dan Sikap Media Pakatan Rakyat

  1. Rosile Bin Saat Al-Gayauwi

    14/01/2013 at 7:22 pm

    Alhamdulillah

    Al-Gayauwi iPhone

     
  2. Ismail Omar

    31/01/2013 at 5:03 am

    Reblogged this on Ismailomar's Blog and commented:
    Kalimah ALLAH adalah hak eksklusif umat Islam dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana penganut agama lain. ALLAH tidak boleh diterjemahkan sebagai GOD,apa lagi Father dan The Holy Spirit. Surah Al-Ikhlas jelas menjadi bukti.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: