RSS

Candlelight Vigil untuk Adam Adli – Perbuatan Syirik Kepada ALLAH

20 May

Wanita Muslim menyebarkan perkara ini. Di mana nilai iman?

Petang ini SJ mendapat khabar berita bahawa satu majlis nyalaan lilin atau lebih dikenali Candlelight Vigil akan diadakan khusus untuk Adam Adli. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati terdapat anak muda Islam yang gembira dengan perkara ini malah turut menyokong dan menyebar serta mengajak rakan-rakan yang lain turut hadir bersama.

Apa sudah jadi? Apakah kerana sentimen kebencian yang ditiup setiap hari atas sentimen politik kepartian telah membawa kepada perbuatan syirik ini? Apakah atas nama hak asasi manusia dan kebebasan bersuara maka segala itu tidak menjadi masalah, diperbolehkan untuk mencapai cita-cita, kemahuan dan keinginan? Apakah kerananya, soal akidah ditolak ke tepi?

Apakah Candlelight Vigil?

Upacara Candlelight Vigil adalah satu amalan yang bersifat ritual bagi orang bukan Islam (non-muslim/ Kafir) bagi memperingati orang yang telah mati atau disayangi.

Upacara nyalaan lilin di waktu malam ini merupakan satu ritual tradisi penganut Kristian Ortodox yang dikatakan bermula sejak lama dahulu dikenali sebagai all-night vigil. Candlelight Vigil juga merupakan amalan/ ritual khas Roman Catholic/ cultural Catholism yang turut dikenali sebagai Samhain Ritual. Ritual tersebut masih diteruskan hingga ke hari ini.

Berikut (selepas gambar ini) saya sertakan Fatwa berkaitan Candlelight Vigil :-

Bangganya menyebar dan mengajak orang Islam ke Candlelight Vigil

Hukum Penglibatan Orang Islam dalam Candlelight Vigil.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam DILARANG menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.

Keterangan dan Hujah

  1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.
  2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak”. (Riwayat Muslim)
  3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu’ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud: “Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja’far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa’ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa’ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak”.  (Riwayat Muslim)

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penglibatan-orang-islam-dalam-aktiviti-candlelight-vigil

Penggunaan istilah DILARANG sepertimana yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di atas pastinya bermaksud bahawa Candlelight Vigil adalah HARAM di sisi Islam.

Lihat adanya orang Islam yang Like/ Suka pada perkara ini.

Lihat adanya orang Islam yang Like/ Suka pada perkara ini.

Justeru, saya cukup hairan bila ada pihak atau individu muslim sanggup klik butang ‘Like’ pada perkara seperti ini. Tahukah, perbuatan sedemikian sahaja sudah cukup untuk mencemar keimanan anda? Apatah lagi bagi yang menyebar dan mengajak untuk turut sama menghadirinya.

Tidak kiralah sama ada anda memakai serban, kopiah, tudung, baju Melayu, baju kurung, jubah, t-shirt, kemeja dan menutup aurat keseluruhannya, tetapi andai kata anda lakukan perkara-perkara ini, merestui upacara sebegini, ketahuilah bahawa diri anda menghadapi penyakit jiwa, kerosakan akidah, ilmu, akhlak dan keimanan yang tidak jelas tentang agama Islam.

Ketahuilah juga bahawa semua itu boleh membawa anda secara sengaja atau tidak sengaja melakukan syirik kepada ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Na’uzubillah..

Berikut saya kongsikan beberapa gambar/ bahan berkaitan Candlelight Vigil untuk tatapan anda.

Candle light Adam Adli

Candlelight Vigil for Pope

Kristian Koptik di Palestin melakukan Candlelight Vigil

Kristian Koptik di Palestin melakukan Candlelight Vigil

Candlelight vigil di San Francisco

 

One response to “Candlelight Vigil untuk Adam Adli – Perbuatan Syirik Kepada ALLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: