RSS

Ajaran Sesat NII @ Millah Abrahim / Millah Ibrahim Ditangkap

04 Dec

NII/ Millah Abraham 3Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi telah melakukan serbuan ke atas ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) di sebuah premis bertempat di Daerah Klang, Selangor.

Dalam operasi yang bermula sekitar jam 10 malam itu, pihak Penguatkuasaan berjaya menangkap 15 orang ahli kumpulan terbabit, 4 di antaranya adalah wanita bersama 2 orang kanak-kanak. Inilah akibatnya apabila ibu bapa terlibat dalam ajaran sesat yang menyebabkan anak turut dilibatkan bersama.

Ajaran sesat NII dahulunya dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) kini bergerak menggunakan nama Millah Abraham/ Millah Ibrahim. Ajaran ini telahpun difatwakan sebagai sesat oleh Mufti Negeri Selangor pada tahun 2009, dan turut diharamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2011.

Berdasarkan maklumat, NII/ Millah Abraham kini bergerak menggunakan beberapa platform tertentu dan mempunyai kaitan secara langsung dengan ajaran Qiyadah al-Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang pernah mengaku dirinya sebagai seorang Rasul beberapa tahun lalu. Beberapa sumber menyatakan bahawa Qiyadah al-Islamiyah kini dihidupkan kembali dengan nama baru Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR) yang sedang aktif bergerak di pelbagai lokasi di Indonesia.

Untuk pengetahuan pembaca, walaupun ajaran ini telah mengkhususkan nama mereka dengan Millah Abraham, namun secara umumnya fahaman Millah Ibrahim atau Abrahamic Faith adalah suatu bentuk fahaman yang menyamakan ajaran Islam dengan Yahudi dan Nasrani. Ia adalah sebahagian dari bentuk pluralisme agama yang sedang dikembangbiak oleh Barat untuk merosakkan pegangan akidah umat Islam.

Kesemua mereka yang ditangkap malam tadi telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak Penguatkuasaan JAIS dan mereka yang terlibat memberi maklumat serta membantu pihak berwajib membanteras penyelewengan akidah. Berikut beberapa gambar yang diambil sewaktu serbuan dilakukan.

NII/ Millah Abraham 1

NII/ Millah Abraham 2

NII/ Millah Abraham 5

NII/ Millah Abraham 4

 
4 Comments

Posted by on 04/12/2013 in i) FATWA NII SESAT

 

4 responses to “Ajaran Sesat NII @ Millah Abrahim / Millah Ibrahim Ditangkap

  1. AGK

    06/12/2013 at 11:03 am

    Tahniah saya ucapkan kepada JAIS…

     
  2. mat

    10/12/2013 at 10:34 pm

    tahniah kerana nak bela ISLAM………yang jelas GUINESS STOUT 60% orang melayu kerja kat dalam siap ada surau buat tak nampak je?SIAPA yang nak tangkap?ISLAM HADARI cakap sembahyang ritual dah cukup tak faham al quran tak pe.cam ne plak tu?????????

     
    • suarajagat

      11/12/2013 at 12:03 pm

      pertama sekali, saya dapati komen saudara mat seolah menyindir, atau mungkin tak puas hati bila penguatkuasaan JAIS menyerbu ajaran sesat.

      Kedua, berkaitan pekerja melayu di Guiness Stout.. jangan di kata pihak Jabatan Agama buat tak nampak. itu tuduhan melulu. Mungkin pihak berkuasa tidak mengetahui adanya orang melayu bekerja di sana kerana pihak berkuasa agama Islam tidak masuk ke kilang-kilang arak.

      Mungkin saudara mat pernah ke Guiness Stout dan mempunyai data berkaitan pekerja di sana. Justeru saya cadangkan saudara bawa maklumat tersebut kepada pihak berkuasa untuk membantu mereka bertindak.

      Ketiga, berkaitan Islam Hadhari. Cara saudara komen kelihatan ke arah sentimen politik.
      Perlu difahami di sini, agensi agama Islam bertindak tanpa pengaruh mana-mana parti politik. Dan kalau saudara nak melihat pada parti politik, JAIS adalah di Selangor. Parti memerintah ialah PKR.

      Anda kata “Islam Hadari cakap sembahyang ritual dah cukup tak faham al quran takpe..”

      Boleh saudara mat tunjukkan dan buktikan yang mana satu di antara seluruh perkara yang terangkum dalam 10 prinsip Islam Hadhari yang mengatakan begitu?
      prinsip-prinsip tersebut boleh dirujuk di sini : http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/351/konsep-islam-hadhari

      oh ya.. setahu saya, istilah sembahyang ritual adalah suatu yang sinonim dan menjadi pegangan ahli NII.
      Ajaran NII menyatakan terdapat 2 jenis sembahyang iaitu sembahyang ritual dan sembahyang aktual.
      Errrr… encik mat ni salah seorang yang di tangkap ke? atau mungkin sekali ahli NII?😀

       
  3. nak tau

    08/12/2014 at 3:53 pm

    Apa nak buat kalau suami seorang pengikut MA dan memaksa isterinya masuk MA. Adakah pengikut MA murtad? Bagaimana dengan perkahwinan mereka?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: