RSS

Bergurau Biar Bertempat

10 Dec

Akhbar semalam melaporkan tentang kematian seorang bayi berusia 5 bulan mati dilanggar kenderaan. Perlanggaran yang berlaku secara tidak sengaja itu adalah akibat gurauan seorang penghantar gas yang mengejutkan nenek tiri bayi berkenaan dengan mengatakan kononnya terdapat seekor ular di dalam kereta.

Nenek tersebut yang terkejut dan ingin menekan pedal brek secara tak sengaja telah tertekan pedal minyak yang menyebabkan kenderaan dipandu melanggar cucunya.

Inilah natijah apabila bergurau tak kena pada tempatnya. Seringkali kita dapati sesetengah anggota masyarakat yang suka bergurau dengan melakukan kejutan serta berunsur penipuan. Gurauan seperti ini amat ditegah oleh Islam. Agama Islam tidak melarang umatnya untuk bergurau, namun harus diingat bahawa tiap sesuatu itu ada hadnya.

Malah SJ secara peribadi berpendapat kata-kata gurauan sesetengah pihak yang berkata “Kalau tak boleh gurau, pergi duduk surau” adalah bersifat penghinaan kepada agama Islam seolahnya Islam suatu agama yang rigid serta tak meraikan fitrah manusia yang memerlukan tawa senda gurau. Pun begitu senda gurauan juga ada adab dan batasan.

Pada suatu hari Nabi dan para sahabat berada dalam satu perjalanan. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka tertidur. Seorang sahabat yang lain telah mengambil anak panah milik orang yang tertidur dengan tujuan bergurau. Apabila terjaga dari tidurnya, sahabat itu terkejut dan mencari-cari barang miliknya. Semua sahabat yang melihat menjadi tertawa-tawa.

Rasulullah bertanya kepada mereka “Mengapa kalian tertawa?”

Apabila diceritakan apa yang baru sahaja berlaku, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak halal bagi bagi seorang Muslim menakutkan Muslim yang lain.”€ (riwayat Abu Dawud)

Antara bentuk yang termasuk dalam kategori gurauan melampau ialah apabila mempersendakan salah satu agama yang menjadi ikutan masyarakat, sama ada Islam ataupun selainnya. Demikian juga gurauan yang mempersendakan keluarga, keturunan, bangsa dan warna kulit seseorang. Gurauan seperti ini sangat buruk dan mampu menyebabkan kebencian dan menyemai bibit-bibit perpecahan di kalangan anggota masyarakat.

Selain itu, guruan dusta juga termasuk dalam kategori gurauan melampau. Sebagai seorang Muslim yang wajib menjaga tutur kata, pendustaan tidak patut dilakukan walaupun dalam gurauan. Sebab sekali kita berdusta, maka berkuranglah kepercayaan orang lain kepada kita.

Pasti kita ingat kisah serigala dan penggembala biri-biri yang sarat pengajaran.

Di dalam suatu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Celakalah bagi seseorang yang berdusta untuk membuat manusia tertawa. Celaka baginya, celaka baginya.” (Abu Dawud)

Juga termasuk gurauan yang melampau ialah apabila kita bergurau tanpa memperhatikan konteks dan keadaan orang yang kita guraukan. Seseorang yang sedang dalam situasi kesakitan atau kemalangan tidak harus kita jadikan ia satu gurauan. Orang yang sedang susah hati, juga tidak patut dijadikan itu sebagai gurauan. Sebab pada saat itu mereka memerlukan bantuan dan nasihat, bukan gurauan.

Pendek kata, kita mesti tahu menempatkan diri dan ucapan. Pada masa yang memerlukan kita untuk serius, kita mesti serius. Dan pada situasi santai, senda gurau dibolehkan. Maka perhatikanlah lidah kita. Berfikir sebelum berkata. Dahulu akal sebelum lidah.

Wallahu’alam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: