RSS

Category Archives: Kalimah ALLAH

Ayuh! Pertahankan Kalimah ALLAH

Pada pagi esok, Khamis, 22 Ogos 2013, Isu tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Kristian akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya.

Semua umat Islam dijemput hadir beramai-ramai memberi sokongan moral kepada para peguam kita yang berusaha keras mempertahankan akidah umat Islam dan generasi Islam demi ALLAH dan Rasul-NYA.

Kes Penggunaan Kalimah ALLAH. Mahkamah Rayuan 22/8/2013

Kes Penggunaan Kalimah ALLAH.
Mahkamah Rayuan 22/8/2013

Advertisements
 
2 Comments

Posted by on 21/08/2013 in Kalimah ALLAH, Poster

 

Kalimah ALLAH : Media Pakatan Rakyat Serang PAS

Keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS tidak membenarkan Kalimah ALLAH digunapakai oleh masyarakat bukan Islam (non-muslim) di Malaysia menerima pelbagai reaksi dari kalangan bukan Islam dan juga penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Mereka menganggap PAS sebagai sebuah parti lidah bercabang.

Ada juga yang menyebut ‘Anything But PAS/ Asalkan Bukan PAS (ABP)’ sepertimana laungan ‘Asalkan Bukan UMNO/ Anything But UMNO (ABU)’.

Sebagai seorang Islam, sudah pasti kita akan menyokong pendirian Majlis Syura Ulama’ PAS dan menentang sesiapa sahaja yang menyokong kemahuan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan kepada God/ Lord. Penentangan ini tanpa mengira sama ada individu tersebut seorang pimpinan/ ahli PAS, pimpinan/ ahli PKR, bekas mufti atau kalangan ustaz selebriti.

Berikut SJ paparkan beberapa reaksi terhadap keputusan Majlis Syura ulama’ PAS yang disiarkan di MalaysiaKini (untuk bacaan lanjut klik : http://www.malaysiakini.com/news/218949 dan http://www.malaysiakini.com/news/218948) :MalaysiaKini - bukan Islam menjauhi PAS

Antara tercatat dalam komen-komen tersebut ialah :

MalaysiaKini - bukan Islam menjauhi PAS 2

MalaysiaKini - Yahweh, Jesus, Allah sama

Golongan bukan Islam juga menyatakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pimpinan/ ahli PAS lain yang memenangi pemilihan dalam parti sebagai ‘so-called liberals’, kerana sebelum ini menyokong kalimah ALLAH digunakan oleh mereka :

MalaysiaKini - Hadi Awang Liberal

Baca juga statement berikut yang menganggap Majlis Syura Ulama’ PAS sebagai idiots :

MalaysiaKini - idiots

PAS dikatakan sebagai double talk atau lidah bercabang :

MalaysiaKini - PAS double talk

Mereka juga bersedia membuang PAS dari Pakatan Rakyat sekiranya telah berjaya memerintah negara!

MalaysiaKini - Pakatan Rakyat sedia buang PAS

Penyokong Pakatan Rakyat berkata ‘Asalkan Bukan PAS/ Anything But PAS (ABP)’ :

MalaysiaKini - Anything But PAS (ABP)

 
4 Comments

Posted by on 15/01/2013 in Kalimah ALLAH

 

Kalimah ALLAH : Kenyataan Majlis Syura PAS dan Sikap Media Pakatan Rakyat

Pertama sekali, saya mengucapkan tahniah di atas usaha keras Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din al-Hafiz yang berjaya mempertahankan Kalimah ALLAH ketika Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS semalam. Sememangnya beliau amat konsisten dalam mempertahankan akidah umat Islam. Sesungguhnya saya amat bersyukur atas keputusan tersebut. Bagaimanapun kecelaruan kefahaman di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang lain amat saya kesali.

Dalam pada masa yang sama, pada pagi ini saya telah cuba melakukan survey ke atas media-media massa dan mendapati TIADA berita tentang kenyataan Majlis Syura PAS di dalam akhbar online MalaysiaKini dan Malaysia Insider. Hanya Harakah Daily sahaja yang menyiarkan berita terbabit. Walhal bukankah sebelum ini ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan media bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, berita tentang kenyataannya itu telah disiarkan oleh kedua-dua media tersebut? Demikian juga ketika MP Shah Alam Dato’ Khalid Samad menyokong penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Ini jelas menunjukkan kenyataan Majlis Syura PAS telah di-DISKRIMINASI-kan oleh media Pakatan Rakyat (PR) kerana keputusan Majlis Syura tersebut tidak memihak kepada pihak Gereja, dan keputusan yang telah disepakati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Dengan kata lain, PAS mula disingkirkan secara senyap oleh PKR dan DAP.

Timbul persoalan, di mana keadilan dan ketelusan media Pembangkang? Apakah ini suatu ketelusan? Nampak seperti wujud ketidakjujuran dalam tahaluf siyasi Pakatan Rakyat.

MalaysiaKini - tiada berita Majlis Syura PASMalaysia Insider - Tiada berita Majlis Syura PASHarakahDaily - Keputusan Majlis Syura

UPDATE TERKINI :

Hanya selepas artikel saya ini dikeluarkan, barulah berita tentang Kenyataan Majlis Syura PAS diterbitkan oleh Malaysia Insider dan MalaysiaKini :

Berita tentang Keputusan Majlis Syura PAS terbit setelah artikel saya dikeluarkan di blog ini.

Berita tentang Keputusan Majlis Syura PAS terbit setelah artikel saya dikeluarkan di blog ini.

Berita ini juga tercatat di MalaysiaKini selepas artikel saya dikeluarkan dlaam blog

Berita ini juga tercatat di MalaysiaKini hanya selepas artikel saya disiarkan dalam blog

 
2 Comments

Posted by on 14/01/2013 in Kalimah ALLAH

 

Kalimah ALLAH : Surat Menyurat Antara SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan Dengan Paderi Kristian

Berikut merupakan hasil surat menyurat di antara Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh dengan seorang Paderi Kristian di Indonesia.

Paderi tersebut mengakui bahawa kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam.

Artikel ini bersumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :- http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/Paderi_Indonesia_mengakui_ALLAH_adalah_Eksklusif_untuk_orang_Islam.pdf

PADERI INDONESIA MENGAKUI “ALLAH”
ADALAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG ISLAM

Seorang Paderi dari Indonesia Pdt. Jahja Iskandar Mth. mengakui bahawa kata “Allah” khas untuk umat Islam. Perakuan ini termuat dalam bukunya “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular” yang diterbitkan oleh Pt Abiyah Pertama Jakarta (hlm. 116). Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani ialah “Elohim” (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan “Elohim” ialah “Ilah” bukan “Allah”. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).

2. Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh beliau telah menerbitkan KITAB SUCI Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan ini tidak lagi tertera nama “Allah” sebaliknya menggunakan “Elohim” sebagai nama sembahan orang Kristian. Menurut Pdt Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan Baru Al Kitab (PL & PB) oleh Lembaga Al Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta, Konferensi ini menetapkan bahawa Nama HUWA/HOEWA/JOHOEWA hendaklah digantikan dengan “TUHAN” (hlm. 109).

3. Dalam suratnya kepada saya, beliau berharap agar KS-ILT dapat menjadi jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut penggunaan nama “Allah” oleh umat Kristian di Malaysia. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk datang ke Malaysia bagi memberi penjelasan jika diperlukan.

4. Dikemukakan di bawah ini lampiran-lampiran berikut :

i) Pengenalan diri Pdt. Jahja Iskandar MTh.

ii) Kulit Hadapan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular”

iii) Halaman : 116, 144, 145, 127, 109 daripada buku di atas.

iv) Salinan surat saya kepada Pdt. Jahja Iskandar MTh. Dan jawapan
beliau.

v) Halaman judul KITAB SUCI (ILT)

vi) Halaman 1 kitab berkenaan.

Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
28 Safar 1436/11 Januari 2013

LAMPIRAN I

Lampiran1

LAMPIRAN II

lampiran 2
LAMPIRAN III

Lampiran 3
Lampiran 3b
Lampiran 3cLampiran 3dLampiran 3e
LAMPIRAN IV

Lampiran 4aLampiran 4bLampiran 4cLampiran 4d

LAMPIRAN V

Lampiran 5
LAMPIRAN VI

Lampiran 6