RSS

Category Archives: Poster

Majlis Penjelasan Fatwa : Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII KW9) dan Syiah

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan mengadakan Majlis Penjelasan Fatwa (MPF) berkaitan 2 ajaran sesat yang hangat dibicarakan di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini iaitu Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII) dan fahaman sesat Syiah.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :-

  • Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
  • Masa  : 8.00 pagi – 1.30 tengahari
  • Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara) 
  • Pembentang 1 : Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (JAIS)
    Pembentang 2 : Ustaz Zamihan bin Mat Zin

Masuk adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir.
Sarapan pagi disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-

Pn. Azizah : 03-2272 3137

Cik Faizah : 03-2272 3137 (samb. 122)

Majlis Penjelasan Fatwa  2013

 

Tags:

Ayuh! Pertahankan Kalimah ALLAH

Pada pagi esok, Khamis, 22 Ogos 2013, Isu tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Kristian akan dibicarakan di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya.

Semua umat Islam dijemput hadir beramai-ramai memberi sokongan moral kepada para peguam kita yang berusaha keras mempertahankan akidah umat Islam dan generasi Islam demi ALLAH dan Rasul-NYA.

Kes Penggunaan Kalimah ALLAH. Mahkamah Rayuan 22/8/2013

Kes Penggunaan Kalimah ALLAH.
Mahkamah Rayuan 22/8/2013

 
2 Comments

Posted by on 21/08/2013 in Kalimah ALLAH, Poster

 

Wacana Agenda Kristian Sedunia

Ramai yang bertanya kenapa perlunya dibuat Wacana Agenda Kristian Sedunia di waktu umat Islam di Malaysia masih sibuk berhari Raya dan ada yang masih belum sempat pulang dari kampung.

Dan di bulan Syawal ini pula terdapat banyak jemputan rumah terbuka Hari Raya. Mengapakah penganjur tidak memilih tarikh lain?

allah on crossSebenarnya umat Islam di Tanah Air ini perlu ingat bahawa 22hb Ogos terdapat pendengaran notis perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan kes kalimah Allah. Pendengaran kes pada hari tersebut amat penting dan kritikal. Ianya merupakan pendengaran notis batal rayuan oleh pihak gereja terhadap rayuan kerajaan, jabatan-jabatan agama Islam negeri serta MACMA.

Jika pada 22hb Ogos (Khamis), Mahkamah Rayuan yang  mendengar notis tersebut bersetuju untuk membatalkan rayuan umat Islam maka secara automatik rayuan penuh kes ini yang akan bermula pada 10hb September gugur dengan sendirinya.

Maka habislah maruah umat Islam di Tanah Air ini dan keputusan kes kalimah Allah yang dibuat pada 31 Dis 2009 akan berkuatkuasa dengan membenarkan pihak gereja bebas mengguna kalimah Allah.

Baca lanjut di sini: Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya (dari blog: http://azrilmohdamin.com/)

Dengan itu PEMBELA dan MAIM menyeru seluruh umat Islam untuk memberi perhatian serta sokongan untuk sama-sama hadir sesi taklimat khas dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia pada 17hb Ogos (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam.

 
 

Jom Hadir! Seminar Dakwah Nasional 2012

 

 
Leave a comment

Posted by on 22/09/2012 in Poster