RSS

Category Archives: seni untuk berfikir

Video : The Life of Prophet Muhammad

Video yang diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris untuk tatapan dunia.

Wahai umat Islam, marilah kita sebarkan video ini..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 04/10/2012 in seni untuk berfikir

 

Sindiran kuasa rakyat dalam ‘Batman : The Dark Knight Rises’

Beberapa hari lalu, SJ meluangkan masa cuti dengan menonton filem terbaru Batman bertajuk ‘The Dark Knight Rises’. Filem tersebut merupakan sequel dari filem terdahulu yang telah ditayangkan pada sekitar tahun 2008.

Pada masa ini kita dapati masyarakat dunia, saya khususkan kepada senario di Malaysia, sering bercakap perihal kebebasan bersuara, hak rakyat, kuasa rakyat, kerajaan tidak adil dan lain-lain. Semuanya diperjuangkan atas nama Human Rights dan demokrasi mutlak ‘Negara Rakyat, Dari Rakyat dan Untuk Rakyat’. Perjuangan ini disuntik dengan sikap kebencian terhadap institusi dan konstitusi yang sah atau lebih tepat disebut sebagai sikap anti-establishment. Seolahnya segala yang dilakukan oleh Kerajaan adalah zalim, tidak adil, korup dan seakan apa juga yang dikehendaki oleh rakyat wajib diberikan. Terdapat pihak yang tidak henti menyeru rakyat untuk mengguling Kerajaan, kononnya kerana rakyat berkuasa, tetapi disebalik itu mereka sendiri berniat untuk berkuasa ke atas rakyat dan menjadi Kerajaan.

Cerita Dark Knight Rises secara tidak langsung saya amati seperti suatu sindiran terhadap gerakan Human Rights dan kuasa rakyat. Bane, watak antagonis filem ini adalah seorang bekas banduan. Beliau bersama kumpulannya telah menyerang pentadbir Kerajaan Gotham City (GC), ahli politik, polis,  ahli korporat serta membebaskan tahanan  penjara dan memerintah GC atas nama kuasa rakyat. Dengan kuasa rakyat ditangannya, Bane melakukan pelbagai penindasan, anarkisme dengan sikap kuku besi. Natijahnya, masyarakat Gotham hidup melarat, menanti masa untuk mati akibat letupan bom jangka nuklear.

Ya, Bane membawa kebebasan kepada rakyat Gotham, kebebasan tanpa batas, kebebasan tanpa perlu tunduk pada sebarang polisi, kebebasan dari undang-undang dan seumpamanya. Bane juga menolak kewujudan Polis GC selagimana pihak Polis tidak mahu tunduk kepada ‘kuasa rakyat’ dan ‘suara rakyat’. Namun ternyata, kebebasan itu membawa padah dan merosakkan keamanan yang dikecapi selama ini. Rakyat hidup dalam ketakutan sambil mengharap agar keamanan dapat dikecapi semula.

Demikianlah serba ringkas berkaitan isi tersirat disebalik filem Dark Knight Rises. Fikirkanlah saudara, sejauhmana kebebasan yang anda mahukan. Benarkah segala berkaitan negara adalah hak rakyat, milik rakyat? Andai begitu di mana pula hendak dicampak hak pentadbir dan penguasa? Sejauhmana Rasulullah s.a.w dan semua Khalifah Islam tunduk kepada kehendak rakyat?

Jika hari ini, di Barat telah ada yang menyindir kepincangan kebebasan ala Human Rights, haruskah kita terhegeh-hegeh membela lantas terus menjadi lembu hak asasi?

 

Risalah Untuk Aktivis Umat

Saya siarkan puisi di bawah untuk tatapan semua. Moga ia memberi suatu makna kepada pembaca.

RISALAH UNTUK AKTIVIS UMMAT
Runtuhan bangunan dan kota bedilan meriam,
Tangisan bayi dan laungan insan kelaparan,
Derita di wajah Hawa dinoda tentera,
Tengorak bersepahan di padang luka:
Mudah menganut simpati umat ku
Para aktivis segera ke hilir ke hulu.

Dari kampus ke hujung desa dan pinggir kota
Kering tekak menyebar cerita: umat derita!

Dan putaran sengsara umat tiada putusnya,
Dari helah kejam Yahudi ke angkara Serbia,
Para aktivis tiada gentar bersuara lantang,
“Ayuh! Kita tentang segala petualang!”

Tapi runtuhan tiang-tiang mahligai ilmu dan iman,
Tiada terkesan pada badan dan bangunan,
Hanya terpapar pada budi dan bahasa,
Jelas terang pada hati nan tiada buta.

Dan keluhan ilmuan dalam pendakian
Mencari makna dua kehidupan
Memerah akal menggilap pekerti
Menimba hikmat Ali dan Ghazzali
Membangun lembaga pengajian tinggi
Menghimpun alim mutaalllim sejati;
Dan bila pewaris Nabi mengedar piala
Minuman budi dan akal perkasa
Ingin membina bangsa semesta
Mengangkat amanat junjungan Mustafa.

Para aktivis menggeleng kepala…
Perjuangan apa sebegini rupa?
Tiada darah tumpah tiada rumah musnah?
Tiada Hawa diratah tiada bayi dimamah?
Hanya dakwat terhimpun di muka surat
Hanya kata-kata yang mudah dibuat!

Kehancuran khazanah ilmiah pada mereka,
Akibat kedegilan ilmuan terlalu leka,
Dengan kertas-kertas lama dan kata-kata,
Dengan ide-ide yang tak dapat diniaga,
Pemahaman tentang Tuhan dan segala sifat,
Pemurnian jiwa dari khilaf dan khurafat,
Bukan berupaya mengisi perut lapar,
Bukan mampu menangkis peluru liar!

Aktivis mencari kuasa membina bangsa
Kuasa sebenar dalam dada tiada nyata

Bila kuasa tergenggam sedikit
Namun harta berganda berbukit
Jiwa hampa menjelma belangnya
Dianggap musuh segala hukama!
Nilai akhlak terpaku di libas zahir
Wibawa agama dirujuk ke pena Kafir!

Kata-kata di muka kertas beratnya hakiki
Tersimpan khazanah Ilahi dan mutiara insani
Jika digali-gilap disimpul makna dalam dada
Jika diserap pada ribuan jiwa remaja dan dewasa
Jika dipimpin helang ilmi menerbang di langit luas
Mengawal padang dari belalang dan haiwan buas

Para aktivis: bermukimlah di taman adabi
Sungguhnya kekuatan kita bermula disini,
Membangun bangsa berjiwa singa berhati mulia,
Kita mampu bangkit semula, percayalah hamba!

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud,  Mutiara Taman Adabi

 

Mengenang Perjuangan Ikhwanul Muslimin

Penulis pada ketika ini sedang berada di luar negeri, dalam kesibukan mengurus segala keperluan tugas yang diamanahkan. Pun begitu, pada malam ini biarpun di ulit kantuk yang amat, saya cuba menyempatkan diri menulis sedikit, sekadar meluahkan rasa atas apa yang sedang berlaku di Mesir saat ini.

Pilunya hati menyaksikan perpecahan di kalangan Ikhwanul Muslimin. Gerakan Ikhwanul Muslimin adalah satu pertubuhan Islam yang sangat dikenali di seluruh dunia. Ia dihormati malah menjadi pelopor serta contoh kepada gerakan Islam di sana sini. Kekentalan Imam Hassan al-Banna membina gerakan tersebut merupakan suatu sejarah yang akan terus terpahat di sanubari mereka yang berjuang di jalan-NYA.

Secara umum, penulis tidak menafikan bahawa pergolakkan politik di Mesir berpunca dari kelemahan kepimpinan Hosni Mubarak. Politik Mesir memang tercemar sejak kisah Terusan Suez lagi. Mesir juga sangat lemah dan tidak memberi bantuan sepenuhnya bagi menangani masalah Palestin di Asia Barat walhal negara itu berjiran dengan Palestin.

Namun pergolakan yang tercetus di Mesir tidak sewajarnya diikuti oleh negara-negara Islam yang lain. Ternyata apa yang kini dihadapi oleh Bahrain dan Libya adalah kerana adanya tangan-tangan ghaib yang melakukan provokasi secara sulit bagi merosakkan umat Islam. Barat tahu bahawa umat Islam kuat dalam persaudaraan, lantas demi untuk melemahkan umat ini, mereka telah mencampuri urusan dalaman negara Islam dengan mewujudkan kemarahan rakyat. Barat sebenarnya ingin meraih kekayaan di negara-negara Arab disamping merosakkan Islam.

Berbalik kepada Ikhwanul Muslimin, perpecahan berlaku disebabkan terdapatnya segelintir golongan yang berfikiran liberal di dalam gerakan ini. Golongan liberal tersebut tidak dapat menerima cara dan adab yang dilaksanakan oleh kalangan alim dan ulama yang menerajui Ikhwanul Muslimin, lantas mengambil keputusan keluar dari gerakan tersebut dan menubuhkan sebuah parti baru.

Inilah yang berlaku apabila adanya golongan yang berfahaman liberal dalam mana-mana gerakan Islam. Hal yang lebih kurang sama juga berlaku di negara kita. Ada yang berteriak mempertahankan Islam tapi pada masa yang sama ‘berpeluk’ sakan dengan tokoh Islam Liberal. Katanya memperjuangkan Islam, tapi masalah kewujudan aliran liberal yang kian hari kian menyusup ke dalam partinya sendiri tidak dapat ditangani. Jika berterusan begini, tidaklah mustahil apa yang dihadapi oleh Ikhwanul Muslimin, akan turut berlaku ke atas gerakan-gerakan Islam yang fanatik kepartian.

Sedarkah kita sesungguhnya, selagi kita berada dalam kegilaan kepartian, kita sebenarnya akan terus hanyut dalam arus sekularisme Barat. Kerana politik kepartian adalah ciptaan yang terhasil dari sekularisasi Barat. Maka mereka yang menamakan diri sebagai pejuang Islam, tetapi berterusan berpolitik melalui kepartian sempit adalah golongan yang sebenarnya masih hanyut dalam sekularisme. Malangnya, mereka terus tertipu dek ketaksuban sendiri. Akibatnya, masyarakat berpecah-belah dan titipan assabiyyah semakin bernanah.

Sampai bila mahu terbiar diurung lalat..?!

 
6 Comments

Posted by on 28/06/2011 in seni untuk berfikir