RSS

Category Archives: Membongkar Kebatilan

Penyebaran Risalah Isu Guru Utama Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

image

Pagi ini SJ telah menerima email yang bertanyakan tentang satu risalah edaran/ flyers berkaitan isu masalah lafaz syahadah Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Di kesempatan ini, SUARAJAGAT (SJ) menegaskan bahawa pihak kami TIDAK TERBABIT dalam sebarang bentuk cetakan dan edaran risalah berkenaan.

Artikel SJ di blog ini berhubung kesalahan ucapan syahadah Datuk Maideen, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) adalah sebagai teguran dan nasihat kepada pihak yang terlibat. Disamping supaya umat Islam berhati-hati dengan masalah/ perkara yang boleh merosakkan akidah mereka.

Sebarang isu dalaman tentang pengurusan atau persilatan PSSCM adalah di luar bidang kuasa kami. Moga segala kekusutan/ kekalutan dapat diselesaikan secara baik oleh mereka.

SJ juga percaya artikel-artikel kami telah memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam usaha memahami persoalan akidah, syariat dan tasawuf dengan betul.

Sekian, terima kasih.

Advertisements
 

Pengikut Wahabi Ditangkap Khalwat

Akhbar hari ini melaporkan tentang seorang Datin ditangkap khalwat dengan pasangan skandalnya di Bandar Sri Damansara, Selangor.

Datin tersebut telah menganggap suaminya umpama najis kerana mengamalkan yang dianggap olehnya sebagai bidaah seperti bacaan tahlil, zikir selepas solat dan doa Qunut.

Anehnya, jika amalan suaminya dianggap bidaah, manakala pasangan kekasih gelapnya dianggap warak, mengapa mesti melakukan maksiat?

Jika zikir, tahlil dan Qunut dikatakan bidaah, sesat dan tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, bagaimana pula dengan dirinya yang ditangkap khalwat dalam keadaan hanya berseluar dalam dan singlet, sambil pasangan khalwatnya dalam keadaan zip seluar terbuka hingga menampakkan kemaluan. Apakah perbuatan itu amalan sunnah Baginda?

Jelas, wanita ini dan pasangan khalwatnya adalah berfahaman Wahabi. SJ tidak hairan bila ada pengikut Wahabi yang begini, kerana Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas Wahabi) juga pernah melakukan amalan sesat nikah muta’ah. Untuk maklumat lanjut, rujuk memoir Mr. Hamper.

Berita penuh tentang penangkapan Datin tersebut adalah seperti berikut :-

Datin ditangkap khalwat dalam kereta bersama lelaki ‘warak’

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 – 7:47AM 
OLEH HASPAIZI MOHD ZAIN
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih ‘warak’ sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang ‘berasmara’ di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

“Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

“Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam,” katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

“Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

“Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

 

Pemusnahan Masjid oleh Kerajaan Angola Berlaku Sejak 2010

Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut,” jelasnya lagi.

Menurut beforeitsnews, , kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.

“Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini,” menurutnya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/angola-tutup-masjid-bakar-al-quran-1.228713

 

Majlis Penjelasan Fatwa : Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII KW9) dan Syiah

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan mengadakan Majlis Penjelasan Fatwa (MPF) berkaitan 2 ajaran sesat yang hangat dibicarakan di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini iaitu Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII) dan fahaman sesat Syiah.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :-

  • Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
  • Masa  : 8.00 pagi – 1.30 tengahari
  • Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara) 
  • Pembentang 1 : Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (JAIS)
    Pembentang 2 : Ustaz Zamihan bin Mat Zin

Masuk adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir.
Sarapan pagi disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-

Pn. Azizah : 03-2272 3137

Cik Faizah : 03-2272 3137 (samb. 122)

Majlis Penjelasan Fatwa  2013

 

Tags: