RSS

Category Archives: i) FATWA NII SESAT

Ajaran Sesat NII @ Millah Abrahim / Millah Ibrahim Ditangkap

NII/ Millah Abraham 3Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi telah melakukan serbuan ke atas ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) di sebuah premis bertempat di Daerah Klang, Selangor.

Dalam operasi yang bermula sekitar jam 10 malam itu, pihak Penguatkuasaan berjaya menangkap 15 orang ahli kumpulan terbabit, 4 di antaranya adalah wanita bersama 2 orang kanak-kanak. Inilah akibatnya apabila ibu bapa terlibat dalam ajaran sesat yang menyebabkan anak turut dilibatkan bersama.

Ajaran sesat NII dahulunya dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) kini bergerak menggunakan nama Millah Abraham/ Millah Ibrahim. Ajaran ini telahpun difatwakan sebagai sesat oleh Mufti Negeri Selangor pada tahun 2009, dan turut diharamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2011.

Berdasarkan maklumat, NII/ Millah Abraham kini bergerak menggunakan beberapa platform tertentu dan mempunyai kaitan secara langsung dengan ajaran Qiyadah al-Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang pernah mengaku dirinya sebagai seorang Rasul beberapa tahun lalu. Beberapa sumber menyatakan bahawa Qiyadah al-Islamiyah kini dihidupkan kembali dengan nama baru Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR) yang sedang aktif bergerak di pelbagai lokasi di Indonesia.

Untuk pengetahuan pembaca, walaupun ajaran ini telah mengkhususkan nama mereka dengan Millah Abraham, namun secara umumnya fahaman Millah Ibrahim atau Abrahamic Faith adalah suatu bentuk fahaman yang menyamakan ajaran Islam dengan Yahudi dan Nasrani. Ia adalah sebahagian dari bentuk pluralisme agama yang sedang dikembangbiak oleh Barat untuk merosakkan pegangan akidah umat Islam.

Kesemua mereka yang ditangkap malam tadi telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Terima kasih dan tahniah kepada pihak Penguatkuasaan JAIS dan mereka yang terlibat memberi maklumat serta membantu pihak berwajib membanteras penyelewengan akidah. Berikut beberapa gambar yang diambil sewaktu serbuan dilakukan.

NII/ Millah Abraham 1

NII/ Millah Abraham 2

NII/ Millah Abraham 5

NII/ Millah Abraham 4

 
4 Comments

Posted by on 04/12/2013 in i) FATWA NII SESAT

 

Majlis Penjelasan Fatwa : Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII KW9) dan Syiah

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) akan mengadakan Majlis Penjelasan Fatwa (MPF) berkaitan 2 ajaran sesat yang hangat dibicarakan di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini iaitu Gerakan Pemuda Kahfi/ Negara Islam Indonesia (NII) dan fahaman sesat Syiah.

Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut :-

  • Tarikh : 31 Oktober 2013 (Khamis)
  • Masa  : 8.00 pagi – 1.30 tengahari
  • Tempat : Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara) 
  • Pembentang 1 : Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (JAIS)
    Pembentang 2 : Ustaz Zamihan bin Mat Zin

Masuk adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir.
Sarapan pagi disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi :-

Pn. Azizah : 03-2272 3137

Cik Faizah : 03-2272 3137 (samb. 122)

Majlis Penjelasan Fatwa  2013

 

Tags:

Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor : NII – AJARAN SESAT

Assalamualaikum wmt wbt.

Atas bantuan, sokongan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak akhirnya SUARAJAGAT mengumumkan bahawa Negara Islam Indonesia (NII) yang juga dikenali dengan nama Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) atau Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) telah difatwakan sebagai ajaran sesat dan menyeleweng dari ajaran agama Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Tahniah buat semua sahabat yang telah sama-sama berusaha membasmi ajaran ini. Tidak lupa juga kepada semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada blogger suarajagat. Ini adalah kemenangan bagi semua pihak baik di malaysia mahupun di Indonesia serta negara-negara lain yang terlibat.

Perjuangan kita belum berakhir..Kesesatan ini wajib dihapuskan!!

Berikut saya sertakan Isi Kandungan Fatwa tersebut :-

Jawapan  : Siri 53

Assalamualaikum. Wmt. Wbt.

JAWAPAN NII:

AJK Fatwa memutuskan ajaran ini adalah menyeleweng dari Islam yang sebenar kerana:

Dari Segi Akidah.

Membuat Pembahagian Tauhid Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wa AI-Jamaah

–        Ajaran ini menjadikan suatu simpulan Rububiyyah-Mulkiyyah-Ubudiyyah (RMU) yang dikatakan pembahagian tauhid yang mempunyai hubungan langsung dalam pembentukan sistem bernegara berdasarkan kepada surah al-Fatihah dan surah an-Nas. Kalimah sebagai Rububiyyah (pengatur, peraturan, hukum-hukum),   sebagai Mulkiyah (penguasa, kawasan dan wilayah) dan  sebagai Ubudiyyah (disembah, penyembah dan umat) yang disebut juga Uluhiyah oleh sesetengah penyampai.

1-      Mengkafirkan Selain Pengikut Ajaran

Hanya pengikut ajaran ini sahaja yang dianggap beragama Islam dan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah yang sebenar. Manakala orang Islam yang lain adalah tidak sah Islamnya. Sekiranya mereka ingin menjadi Islam yang sah, mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang disebut juga sebagai Wang Taubat.

2-      Memahami Al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri

Ayat-ayat al-Quran ditafsir secara salah, meragukan dan tidak bersandar pada mana-mana pendapat ulama’, mengikut logik dan bebas ditakwil mengikut fahaman pemimpin ajaran.

3-      Berbai’ah Dan Ta’asub Kepada Ketua

Dalam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam, seseorang itu hanya dibenarkan mempelajari dan merujuk kepada ketua atau pemimpin dari kalangan mereka atau kalangan mereka yang telah diberi kebenaran sahaja.

4-      Rukun Iman Dan Rukun Islam Ditafsir Mengikut Kepentingan Ajaran.

Memberi tafsiran yang salah dan meragukan terhadap rukun Iman dan rukun Islam seperti berikut:

a-       Rukun Iman

Allah NII
Malaikat Komandan/ Pemimpin
Kitab Perintah/ Arahan Nii
Rasul Kakitangan/ mujahid/ wakil
Qiamat Kebangkitan/ kemenangan
Qada’ & Qadar Kaedah/harakah

b- Rukun Islam

Allah NII
Malaikat Komandan/ Pemimpin
Kitab Perintah/ Arahan Nii
Rasul Kakitangan/ mujahid/ wakil
Qiamat Kebangkitan/ kemenangan

Dari segi syariah

1-      Membuat Pungutan Wang Untuk Menubuh Daulah Islamiah Wilayah Malaya (Malaysia).

Pungutan yang dibuat adalah di atas pelbagai nama seperti infaq, harakah ramadhan, harakah korban, wakaf tarbiyah, sedekah operasi, projek mega don syura ta’lim, wakaf tanah, granite, gromas serta bayaran untuk lawatan atau berhijrah ke Maahad al-Zaitun di Indonesia.

2-      Solat Ritual Dan Aktual

Mendakwa solat yang dilakukan lima kali sehari hanyalah rekaan para ulama sahaja ia disebut sebagai ritual. Solat yang sebenar atau disebut juga sebagai aktual ialah usaha merekrut ahli-ahli baru. Walau bagaimanapun, solat aktual biasanya tidak ditonjolkan sehingga ahli tersebut telah mencapai tahap-tahap tertentu dalam kumpulan tersebut.

3-      Tidak Berpuasa

Berpuasa pada bulan ramadhan adalah tidak diwajibkan bahkan cukup sekadar membayar infak. Manakala puasa sunat dimestikan apabila melakukan dosa atau tidak merekrut ahli baru sebagai satu kafarah.

Dari Segi Akhlak

1-      Membolehkan Ahli Kumpulan Mencuri Untuk Kepentingan Ajaran

Ahli kumpulan dibolehkan untuk mencuri, termasuk mencuri al-Quran milik masjid bagi tujuan pengembangan ajaran.

2-      Berkata Bohong

Sebagai langkah keselamatan, ahli ajaran dibolehkan berbohong don menipu untuk menyimpan rahsia kepada bukan ahli atau disebut sebagai difak.

kertas kerja dalam bentuk PDF boleh didapati di sini : FATWA Gerakan Kahfi