RSS

Category Archives: ii) Buyut Terbakar!!! NII Malaya

Tangkapan Millah Ibrahim : Tahniah JAWI

Ramai telah tahu bahawa ajaran sesat Millah Ibrahim telah diserbu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu. Namun demikian kita harus tahu bahawa ajaran sesat sedemikian seringkali berulang.

SJ mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa JAWI, JAIS, PDRM dan media khususnya Harian Metro serta mereka yang terlibat dalam usaha sehingga terhasilnya tangkapan tersebut.

Walaupun saya kurang membuat artikel di blog buat masa ini, tapi SJ tetap focus menjalankan kajian, risikan ke atas ajaran-ajaran sesat yang mempunyai kaitan dengan Gerakan Pemuda Kahfi, Millah Ibrahim dan seumpamanya. Ajaran manakah yang akan ditangkap kelak? Nantikan pendedahannya.

 

unnamed

 

Advertisements
 

ACT – Kelab Berbasikal Ajaran Sesat NII/GPK

Perkara yang ingin saya paparkan pada kali ini bukanlah satu perkara baru. SUARAJAGAT telah lama mengikuti dan membuat pemerhatian ke atas salah sebuah persatuan yang diwujudkan oleh NII Wilayah Malaya yang diberi nama Associated Cyclosportif Trekkers (ACT). website mereka ialah : http://www.act.org.my/

Selain pemerhatian yang dibuat, SJ juga menerima laporan dari masyarakat awam tentang persatuan ini.

Beberapa orang kuat yang menjadi tulang belakang ACT merupakan individu yang saya kenali secara dekat…

Persatuan berbasikal ACT ini yang bekerjasama erat dengan ASSA (persatuan berbasikal al-Zaytun) telah ditubuhkan sekitar 2 tahun lalu. Apakah tujuan sebenar penubuhan ACT?

ACT ditubuhkan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan mengaburi mata masyarakat serta pihak berkuasa tentang kewujudan NII Wilayah Malaya. Ia juga merupakan satu taktik mereka untuk menyerap masuk doktrin palsu ke dalam masyarakat disamping memudahkan mereka menyebarkan dakyah sesat.

Di mata masyarakat yang tidak mengetahui tentang ajaran mereka, pastinya melihat ACT sebagai satu persatuan berbasikal biasa. Namun ahli-ahli ACT ini sebenarnya terdiri dari kalangan mereka yang telahpun melaksanakan hijrah ke Maahad al-Zaytun, Indonesia.

Sekembali dari Indramayu, mereka diarah membeli basikal jenama GIANT yang merupakan basikal rasmi yang digunakan oleh ACT.

Kini, aktiviti ACT yang berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan sedang giat menjalankan aktiviti Jelajah 1 Malaysia. Mereka juga sedang merancang mengadakan beberapa aktiviti lain bagi mendekati masyarakat untuk menerima kesesatan NII Wilayah Malaya. Aktiviti sukan lain turut diadakan oleh ahli NII. Malah Kem Motivasi pelajar  juga telah diadakan beberapa bulan lalu.

Penglibatan para pensyarah IPTA dalam ajaran sesat NII dan ACT juga memberi impak buruk ke atas pelajar.

SJ menyeru masyarakat agar berhati-hati serta membuat laporan kepada pihak Jabatan Agama Negeri bagi membantu siasatan. SJ juga berharap agar pihak berkuasa bersedia mengambil tindakan ke atas ACT.

SJ berharap agar JAKIM dan Jabatan Agama Negeri mengambil langkah proaktif menghapuskan NII.


 

MILENIA MUSLIM : Pengikut Ajaran Sesat NII/GPK Bertaubat.

Sejak beberapa hari lalu, SJ menerima komen dari pembaca yang memaklumkan tentang artikel pengakuan taubat bekas ahli ajaran sesat NII Wilayah Malaya/Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) di majalah Milenia Muslim keluaran terbaru bulan April 2010. Pihak SJ tidak menyangka bahawa blog ini turut mendapat perhatian apabila dengan jelas pihak majalah terbabit mencatatkan link SUARAJAGAT di permulaan artikel sebagai rujukan kepada masyarakat.

SEGERA!!! Dapatkan majalah Milenia Muslim di pasaran!!! Majalah ini juga turut dijual di 7 eleven…

Di bawah ini, dipaparkan artikel berkenaan untuk bacaan anda…

Front Page

Ruangan iktibar..kisah taubat mantan NII

 

Fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor : NII – AJARAN SESAT

Assalamualaikum wmt wbt.

Atas bantuan, sokongan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak akhirnya SUARAJAGAT mengumumkan bahawa Negara Islam Indonesia (NII) yang juga dikenali dengan nama Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) atau Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) telah difatwakan sebagai ajaran sesat dan menyeleweng dari ajaran agama Islam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Tahniah buat semua sahabat yang telah sama-sama berusaha membasmi ajaran ini. Tidak lupa juga kepada semua pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada blogger suarajagat. Ini adalah kemenangan bagi semua pihak baik di malaysia mahupun di Indonesia serta negara-negara lain yang terlibat.

Perjuangan kita belum berakhir..Kesesatan ini wajib dihapuskan!!

Berikut saya sertakan Isi Kandungan Fatwa tersebut :-

Jawapan  : Siri 53

Assalamualaikum. Wmt. Wbt.

JAWAPAN NII:

AJK Fatwa memutuskan ajaran ini adalah menyeleweng dari Islam yang sebenar kerana:

Dari Segi Akidah.

Membuat Pembahagian Tauhid Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wa AI-Jamaah

–        Ajaran ini menjadikan suatu simpulan Rububiyyah-Mulkiyyah-Ubudiyyah (RMU) yang dikatakan pembahagian tauhid yang mempunyai hubungan langsung dalam pembentukan sistem bernegara berdasarkan kepada surah al-Fatihah dan surah an-Nas. Kalimah sebagai Rububiyyah (pengatur, peraturan, hukum-hukum),   sebagai Mulkiyah (penguasa, kawasan dan wilayah) dan  sebagai Ubudiyyah (disembah, penyembah dan umat) yang disebut juga Uluhiyah oleh sesetengah penyampai.

1-      Mengkafirkan Selain Pengikut Ajaran

Hanya pengikut ajaran ini sahaja yang dianggap beragama Islam dan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wa al-Jamaah yang sebenar. Manakala orang Islam yang lain adalah tidak sah Islamnya. Sekiranya mereka ingin menjadi Islam yang sah, mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang disebut juga sebagai Wang Taubat.

2-      Memahami Al-Quran Mengikut Tafsiran Sendiri

Ayat-ayat al-Quran ditafsir secara salah, meragukan dan tidak bersandar pada mana-mana pendapat ulama’, mengikut logik dan bebas ditakwil mengikut fahaman pemimpin ajaran.

3-      Berbai’ah Dan Ta’asub Kepada Ketua

Dalam mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan Islam, seseorang itu hanya dibenarkan mempelajari dan merujuk kepada ketua atau pemimpin dari kalangan mereka atau kalangan mereka yang telah diberi kebenaran sahaja.

4-      Rukun Iman Dan Rukun Islam Ditafsir Mengikut Kepentingan Ajaran.

Memberi tafsiran yang salah dan meragukan terhadap rukun Iman dan rukun Islam seperti berikut:

a-       Rukun Iman

Allah NII
Malaikat Komandan/ Pemimpin
Kitab Perintah/ Arahan Nii
Rasul Kakitangan/ mujahid/ wakil
Qiamat Kebangkitan/ kemenangan
Qada’ & Qadar Kaedah/harakah

b- Rukun Islam

Allah NII
Malaikat Komandan/ Pemimpin
Kitab Perintah/ Arahan Nii
Rasul Kakitangan/ mujahid/ wakil
Qiamat Kebangkitan/ kemenangan

Dari segi syariah

1-      Membuat Pungutan Wang Untuk Menubuh Daulah Islamiah Wilayah Malaya (Malaysia).

Pungutan yang dibuat adalah di atas pelbagai nama seperti infaq, harakah ramadhan, harakah korban, wakaf tarbiyah, sedekah operasi, projek mega don syura ta’lim, wakaf tanah, granite, gromas serta bayaran untuk lawatan atau berhijrah ke Maahad al-Zaitun di Indonesia.

2-      Solat Ritual Dan Aktual

Mendakwa solat yang dilakukan lima kali sehari hanyalah rekaan para ulama sahaja ia disebut sebagai ritual. Solat yang sebenar atau disebut juga sebagai aktual ialah usaha merekrut ahli-ahli baru. Walau bagaimanapun, solat aktual biasanya tidak ditonjolkan sehingga ahli tersebut telah mencapai tahap-tahap tertentu dalam kumpulan tersebut.

3-      Tidak Berpuasa

Berpuasa pada bulan ramadhan adalah tidak diwajibkan bahkan cukup sekadar membayar infak. Manakala puasa sunat dimestikan apabila melakukan dosa atau tidak merekrut ahli baru sebagai satu kafarah.

Dari Segi Akhlak

1-      Membolehkan Ahli Kumpulan Mencuri Untuk Kepentingan Ajaran

Ahli kumpulan dibolehkan untuk mencuri, termasuk mencuri al-Quran milik masjid bagi tujuan pengembangan ajaran.

2-      Berkata Bohong

Sebagai langkah keselamatan, ahli ajaran dibolehkan berbohong don menipu untuk menyimpan rahsia kepada bukan ahli atau disebut sebagai difak.

kertas kerja dalam bentuk PDF boleh didapati di sini : FATWA Gerakan Kahfi