RSS

Category Archives: iii) Kesan & Pesan

MILENIA MUSLIM : Pengikut Ajaran Sesat NII/GPK Bertaubat.

Sejak beberapa hari lalu, SJ menerima komen dari pembaca yang memaklumkan tentang artikel pengakuan taubat bekas ahli ajaran sesat NII Wilayah Malaya/Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) di majalah Milenia Muslim keluaran terbaru bulan April 2010. Pihak SJ tidak menyangka bahawa blog ini turut mendapat perhatian apabila dengan jelas pihak majalah terbabit mencatatkan link SUARAJAGAT di permulaan artikel sebagai rujukan kepada masyarakat.

SEGERA!!! Dapatkan majalah Milenia Muslim di pasaran!!! Majalah ini juga turut dijual di 7 eleven…

Di bawah ini, dipaparkan artikel berkenaan untuk bacaan anda…

Front Page

Ruangan iktibar..kisah taubat mantan NII

 

Fitnah NII KW9 Ke Atas Umat Islam

Sekian lamanya apabila ada pihak-pihak yang membuka pekong kesesatan NII KW9, pihak NII KW9 sering sahaja mengatakan bahawa kononnya mereka di fitnah. Oleh yang demikian, penulisan SJ kali ini membawa saudara pembaca untuk melihat apakah yang sebenarnya berlaku. Apakah benar mereka di fitnah atau sebaliknya merekalah yang memfitnah umat Islam?

Di sini saya kemukakan beberapa fitnah yang dilakukan oleh NII KW9 / Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) ke atas umat Islam seluruh dunia :-

1) Masyarakat Islam Malaysia di anggap sebagai kafir dan ahli kitab.

2) Umat Islam disamakan dengan musyrikin Mekah selagi tidak berbaiah menjadi ahli NII/GPK.

3) Ibu bapa dan ahli keluarga di anggap kafir.

4) Perlaksanaan solat, puasa,zakat dan haji oleh ummat Islam diseluruh dunia adalah tidak sah dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

5) Perlaksanaan ibadah haji di Mekah adalah tidak sah kerana menurut NII/GPK masjidil haram masih dikelilingi oleh taghut.

6) Kaabah tidak boleh dijadikan kiblat kerana masjidil haram dikelilingi oleh taghut.

7) Umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

8 ) Musabaqah al-Quran adalah amalan jahiliyyah yang di anggap sama dengan mensyairkan/melagukan al-Quran.

9) Pembacaan al-Quran secara bertarannum dan bertajwid adalah di anggap sebagai melagukan al-Quran.

10) Pernikahan/perkahwinan yang dilakukan oleh kadi yang dilantik oleh jabatan-jabatan agama adalah tidak sah kerana mereka adalah ahli kitab / musyrikin mekah.

11) Malaysia dianggap sebagai Mekah di zaman jahiliyyah dan adalah sebuah negara kafir.

Begitulah sebahagian dari fitnah yang dilakukan oleh ahli NII KW9/GPK ke atas umat Islam di seluruh dunia. Kesesatan dan penyelewengan akidah yang dilakukan oleh gerakan pro-islib(Islam Liberal) ini memecahbelahkan masyarakat dan merosakkan institusi kekeluargaan. Mereka mengkafirkan ibu bapa dan menganggap semua yang bukannya ahli mereka adalah kafir.

Agak-agaknya, kalau ada ahli NII KW9/GPK ini meninggal dunia, di mana pula hendak ditanam jenazah mereka. Al-maklumlah kalau masyarakat Islam di Malaysia ini di anggap kafir, sudah pasti tanah perkuburan Islam juga tidak di iktiraf oleh mereka.

Pesan SJ – tinggalkan dan jauhi NII KW9/GPK..

 

Filem ‘Mengaku Rasul : Sesat’

Salam buat semua pembaca, bloggers serta mereka yang sentiasa sudi mengikuti blog suarajagat ini.

Secara kebetulan semasa sedang melayari youtube mencari bahan-bahan yang boleh dimuatkan dalam blog ini saya terjumpa satu trailer filem yang menarik perhatian. Tajuknya ‘Mengaku Rasul : Sesat’.

Filem tersebut di ilhamkan dari kisah-kisah benar yang berlaku dalam masyarakat. Iaitu kewujudan pelbagai ajaran sesat yang berdiri dengan mempergunakan nama Islam. Ajaran-ajaran sesat yang berdiri dalam bentuk perkampungan, pesantren dan perguruan tertentu.

Menonton trailer tersebut, saya dapati ianya persis kepada ajaran sesat Maahad al-Zaytun, Indramayu yang amat dikenali dengan nama NII KW9 pimpinan Abu Toto a.k.a AS Panji Gumilang.

Di Malaysia NII (Wilayah Malaya) dikenali dengan pelbagai nama contohnya Gerakan Pemuda Kahfi, Daulah Islamiyyah Nusantara (DIN) dan Pencinta al-Quran.

SJ ingin sekali menonton filem ini. Harap ada DVD di jual di Malaysia. Saya sertakan trailer filem tersebut untuk tatapan anda…

 

Cubaan Pemuda Kahfi melalui media massa

Petikan ini diambil dari Harian Metro, ruangan Ekspresi-Dangsetia pada 8 Jun 2009.

Walaupun tiada yang pelik pada orang ramai, tetapi sekiranya anda pernah mengikuti atau diajak untuk mengikuti Gerakan Pemuda Kahfi ini, pasti anda dapat mengenali yang tulisan ini dihantar oleh seorang umat NII.

Kembali pada al-Quran dan Sunnah

SOALAN

SAYA orang biasa dan ada juga buat kesilapan, tapi sekarang dapat bezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah). Jadi di sini saya nak kongsi ilmu yang saya dapat dengan semua orang yang hadapi masalah.

Sekarang memang banyak cerita panas yang kita dengar; masalah sosial, bunuh, rompak, rogol dan lain-lain. Sampai bila masalah ini nak berlarutan?

Saya sedih dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana ia terlalu banyak membabitkan umat Islam.

Kalau kita sekarang dah macam ini punya teruk, bagaimana masa akan datang? Sebenarnya mudah saja nak selesaikan masalah ini. Kita kembali pada al-Quran dan sunnah. Itu yang Rasulullah SAW tinggalkan pada kita semua.

Ini jelas melalu satu hadisnya: “Ku tinggalkan kepada kamu dua pusaka dan tak akan sesat atau buntu selamalamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”

Kita lihat semula kehidupan kita. Semua kita pernah sesat jalan. Bagaimana perasaan bila sesat jalan? Namun ini sesat dalam kehidupan. Kalau dah sesat dalam hidup, macam mana mati nanti?

Lagi satu, cuba kita fikirkan kenapa Allah hidupkan kita manusia di muka bumi? Kalau dilihat surah 23 Al Mu’minuun ayat yang ke 115 yang bermaksud: “Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dalam ayat ini Allah tanya adakah Allah cipta kita untuk main-main? Suka-suka buat kerosakan di muka bumi ini? Sebab apa Allah cipta kita? Jawapannya, kita lihat pula surah 51 Adz Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud: “Dan tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah Allah.”

Jadi kita dicipta supaya menyembah Allah atau beribadah. Jadi kita kena beribadah pada Allah. Kalau ditanya apa maksud ibadah? Ibadah itu maksudnya amar makruf nahi mungkar.

Masalahnya, sekarang ramai orang menganggap remeh mengenai al-Quran, sedangkan itulah petunjuk kita.

Jadi sama-samalah kita renungkan dan memikirkan untuk masa akan datang.

AHMAD

JAWAPAN

Terima kasih di atas pandangan saudara. Apa yang saudara katakan benar dan tepat sekali. Jika semua umat Islam berfikiran seperti saudara, alangkah indah dan murninya dunia serta kehidupan ini.

Bagaimanapun, hakikatnya tidak begitu. Ia sama seperti yang saudara katakan iaitu masalahnya “ramai orang memandang remeh mengenai al-Quran” dan juga sunnah Rasulullah SAW.

Ramai yang bukan saja tak amalkan, malah tak tahu baca al-Quran. Ada yang tahu baca, tapi tak tahu maknanya dan ada yang baca serta tahu maknanya, tapi tak amalkan.

Itulah realiti kehidupan sekarang, namun nasihat daripada Dang Setia ialah kita tidak boleh kecewa dan berputus asa.

Sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Asr, semua di kalangan kita umat Islam yang ada ilmu biarpun sedikit wajib pesan memesan (dalam erti kata lain berdakwah) dengan penuh kebenaran dan kesabaran.

Itulah yang cuba Dang Setua lakukan dan begitu juga saudara. Tiada di kalangan kita yang sempurna serta hebat ilmunya, namun kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna ilmu baru nak berdakwah.

Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, asal saja ia benar, sampaikan ilmu itu kepada keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, jika kita bersungguh-sungguh, usaha kita yang sedikit dan tidak seberapa ini akan memberi kesan yang sungguh besar kepada kesejahteraan Islam.