RSS

Category Archives: Modus Operandi

Empayar Langkasuka Nusantara. Siapakah Mereka?

Pihak SJ menerima laporan dari beberapa individu berkaitan kewujudan satu ajaran baru yang sedang cuba dikembangkan di negara ini. Ajaran yang dimaksudkan ialah Empayar Langkasuka Nusantara yang mana turut juga ada mengenalinya sebagai Jema’ah Pemuda Bani Tamim.

SJ memohon orang ramai yang mengetahui tentang modus operandi dan bentuk pengisian ajaran tersebut untuk tampil ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membantu membongkar ajaran ini.

Turus Amirul Jihad, Empayar Langkasuka Nusantara

Empayar Langkasuka NusantaraJemaah Pemuda Bani Tamim

 

 
2 Comments

Posted by on 31/07/2013 in Modus Operandi

 

Daulah Islam Nusantara Ideologi Militan

 

Ajaran Sesat Cuba Mempengaruhi Menteri, Kementerian Dan Ahli Korporat

Ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII KW9) yang juga dikenali sebagai Gerakan Pemuda Kahfi (GPK) kini sedang cuba mempengaruhi sebahagian besar kementerian kerajaan dan badan korporat di Malaysia bagi mendapatkan pengaruh serta menambahkan lagi dana kewangan mereka. Platform yang digunakan oleh mereka adalah menerusi Yayasan al-Tarbiyah Malaysia (YA’MAL). YA’MAL pada asalnya adalah singkatan bagi Yayasan Maahad al-Zaytun.

Antara kementerian serta badan korporat yang SJ maksudkan ialah Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW), Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Amanah Ikhtiar Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Bank Rakyat dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Terbaru, sebuah program keusahawanan yang akan diadakan di Dewan Centrum MARA, Setiawangsa pada 27 Mac 2011 (Ahad) yang akan dirasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal. Manakala Tan Sri Ali Hashim sebagai penceramah jemputan.

Saya yakin ramai pihak yang terlibat tidak mengetahui tentang latar belakang YA’MAL yang merupakan antara platform rasmi ajaran sesat tersebut. YA’MAL dan kelab basikal ACT adalah cara ajaran sesat ini untuk mempengarui serta mengaburi masyarakat tentang agenda sesat mereka yang berkaitan rapat dengan Maahad al-Zaytun, sebuah institusi ajaran sesat di Indonesia.

Untuk maklumat lanjut tentang ajaran sesat ini, sila hubungi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ajaran ini telah pun difatwa sesat dan haram oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pihak YA’MAL juga pada tahun lalu pernah di wawancara oleh wartawan Ekslusif 1 (RTM 1) ketika membongkar kesesatan Gerakan Pemuda Kahfi di Malaysia.

SJ menyeru pihak-pihak terbabit untuk menarik diri dan memutuskan hubungan dengan YA’MAL. Jika anda bersama mereka, maka anda bersama kalangan fahaman sesat sebagaimana Global Ikhwan/Rufaqa’ (al-Arqam), malah lebih dasyat lagi…


 

Guru Ajaran Sesat Perkosa Wanita

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan tentang kisah ajaran sesat yang bergerak aktif di sekitar Selangor dan Perak. Berikut saya paparkan artikel berkenaan. Rasanya SJ seperti tahu apakah ajaran yang dimaksudkan itu. Kita tunggu kisah-kisah selanjutnya nanti.

KUALA LUMPUR: “Dia banyak melakukan maksiat. Bukan saja menari dengan pengikut wanita penuh keseronokan tapi pernah mencabul serta merogol anak seorang pengikut kanannya.

“Setahu saya, mangsa nafsu serakahnya itu sanggup menyerahkan tubuh mereka dalam upacara dipanggil acara penyerahan.”

Demikian kata wanita dikenali sebagai Liza ketika mendedahkan salah laku dan penyelewengan ketua satu kumpulan ajaran sesat yang diikutinya hampir empat tahun lalu dan masih aktif di beberapa lokasi terutama di Selangor dan Perak.

Wanita berusia 30-an itu berkata, dia meninggalkan kumpulan ajaran sesat berkenaan selepas mendapati terlalu banyak penyelewengan dan amalan bertentangan ajaran Islam diajarkan ketuanya.

Kata Liza, lelaki berusia 50-an itu berselindung di sebalik sifat warak dan mencampuradukkan amalan songsang dalam majlis zikir yang diajar kepada pengikutnya.

“Pada setiap malam Selasa dan Jumaat dikenali sebagai malam tawajjuh (berdepan), kami berzikir dalam gelap dengan mata dipejam rapat.

“Muka ahli perempuan ditutup dengan kain telekung manakala ahli lelaki menutup muka dengan serban sambil berniat kepada syeikh (ketua) ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, upacara aneh itu diadakan di markas di pinggir ibu kota secara beramai-ramai dalam keadaan taksub dan separa sedar, disusuli dengan amalan tawajjuh iaitu berdepan dengan syeikh oleh seorang ahli yang ditugaskan dengan cara meletakkan tangannya di kepala ahli lain.

“Amalan itu memang pelik, tetapi pada peringkat awal saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah semakin lama saya menyertainya bermacam-macam lagi yang saya tahu, termasuk tidak melakukan solat Jumaat di kalangan lelaki.

“Mereka beri alasan di kawasan markas itu tidak mencukupi 40 orang (jemaah), tidak wajib kepada mereka mengerjakan solat Jumaat.

“Jadi, ketika umat Islam mengerjakan ibadat mingguan itu, mereka tidur. Jika berada di khalayak umum, mereka berlakon mengikuti solat Jumaat, namun sebaik selesai, mereka mendirikan solat lain kerana beranggapan solat Jumaat itu tidak sah,” katanya.

Liza yang juga seorang kakitangan awam berkata, dia tertarik menyertai kumpulan itu bersama suami sebelum ini kerana melihat kepada aspek luaran ahli dan ketua ajaran berkenaan.

“Memang dari luar mereka kelihatan alim, membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan suami untuk menyertai kumpulan mereka.

“Saya masih ingat lagi, pada hari pertama ke markas itu iaitu selepas Asar pada pertengahan 2006 saya dikehendaki mandi sunat taubat dan mengerjakan solat sunat taubat. Saya pelik, kenapa ada solat sunat selepas Asar kerana setahu saya tiada solat sunat selepas waktu itu.

“Pada malamnya pula solat Isyak dilewatkan kepada jam 9.30 malam, kemudian saya dibaiah (ikrar) oleh ketua. Saya dikehendaki mengikuti lafaznya supaya sumpah setia kepada ajaran berkenaan.

“Selepas itu semua lampu dipadamkan, mata dipejam dan muka ditutup untuk melafazkan zikir beberapa ratus kali, kemudian datanglah seorang ahli meletakkan tangannya di kepala setiap ahli melakukan tawajjuh.

“Dalam majlis itu dianggarkan 50 ahli, lelaki dan perempuan terdiri pelbagai lapisan usia. Ada antara mereka datang dari jauh,” katanya.

Menurutnya, ahli kumpulan ajaran itu juga diberi minum sejenis air supaya mereka terus taat dan taksub kepada tuan guru.

“Selepas tahu banyak perkara yang tidak betul, saya nekad meninggalkan kumpulan itu, tetapi saya takut kerana ada antara pengikutnya memburu saya supaya kembali kepada mereka,” katanya.

Mengenai salah laku seks ketua ajaran sesat itu dan amalannya menari dengan wanita, Liza berkata dia mendapat maklumat itu daripada orang kanan kumpulan berkenaan, malah mempunyai bukti mengenainya.

“Setahu saya, wanita termasuk anak gadis menjadi mangsa nafsu serakahnya apabila mereka ingin melakukan upacara penyerahan, kerana ada antara mereka menyerah maruah diri, selain barangan yang berharga.

“Ketika inilah ketua mengambil kesempatan. Kemudian, barulah seseorang itu boleh menyempurnakan amalan suluk (menyepikan diri) di bilik kecil yang tersedia di markas itu.

“Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai semua aktiviti dan amalan dalam kumpulan itu serta menyerahkan bukti yang saya ada, namun sehingga kini belum ada tindakan diambil,” katanya.

sumber : Harian Metro Online.

 
1 Comment

Posted by on 11/02/2011 in Modus Operandi