RSS

Penyebaran Risalah Isu Guru Utama Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

27 Apr

image

Pagi ini SJ telah menerima email yang bertanyakan tentang satu risalah edaran/ flyers berkaitan isu masalah lafaz syahadah Guru Utama, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).

Di kesempatan ini, SUARAJAGAT (SJ) menegaskan bahawa pihak kami TIDAK TERBABIT dalam sebarang bentuk cetakan dan edaran risalah berkenaan.

Artikel SJ di blog ini berhubung kesalahan ucapan syahadah Datuk Maideen, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) adalah sebagai teguran dan nasihat kepada pihak yang terlibat. Disamping supaya umat Islam berhati-hati dengan masalah/ perkara yang boleh merosakkan akidah mereka.

Sebarang isu dalaman tentang pengurusan atau persilatan PSSCM adalah di luar bidang kuasa kami. Moga segala kekusutan/ kekalutan dapat diselesaikan secara baik oleh mereka.

SJ juga percaya artikel-artikel kami telah memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam usaha memahami persoalan akidah, syariat dan tasawuf dengan betul.

Sekian, terima kasih.

 

4 responses to “Penyebaran Risalah Isu Guru Utama Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

  1. aswan comel

    27/04/2015 at 6:08 pm

    wow! bertambah hebat kes guru utama psscm ni.
    terima kasih juga kami ucapkan kepada suarajagat kerana telah berusaha memberi penerangan dan kesedaran kepada mana mana ahli silat yang terlalu taksub kepada guru mereka.

     
  2. Siti Azlina

    28/04/2015 at 5:08 pm

    Tidak mustahil perkara ini dilakukan oleh mereka yang diluar nampak spt menerima dan menyokong guru berbangsa India PSSCM, tetapi berusaha untuk menjatuhkan beliau kerana mereka ada calon lain. Saya juga adalah ahli PSSCM dan tahu ada beberapa lagi ahli-ahli lama yang lebih berkaliber spt Pak Su Man, Safaran, Dr Majid, Safri Miar@abg John penang dan lain-lain lagi.
    Saya harapkan agar en Suarajagat tidak patah semangat jika ada yang cuba mengugut dan membuat ancaman kepada encik. saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kepada en suarajagat. Sama-sama kita memberi kesedaran kepada pengamal-pengamal silat terutamanya ahli PSSCM yang masih ada mempertahankan syahadah guru mereka itu sebagai syahadah yang betul dan menerima org yang tak tahu bersyahadah betul sebagai guru mursyid.

     
  3. Siti Azlina

    28/04/2015 at 5:26 pm

    Satu lagi, Isu-isu melibatkan Datuk ini bukan lagi isu dalaman PSSCM, ia sudah menjadi isu masyarakat dan budaya.

     

Leave a comment