RSS

ACT – Kelab Berbasikal Ajaran Sesat NII/GPK

02 Jun

Perkara yang ingin saya paparkan pada kali ini bukanlah satu perkara baru. SUARAJAGAT telah lama mengikuti dan membuat pemerhatian ke atas salah sebuah persatuan yang diwujudkan oleh NII Wilayah Malaya yang diberi nama Associated Cyclosportif Trekkers (ACT). website mereka ialah : http://www.act.org.my/

Selain pemerhatian yang dibuat, SJ juga menerima laporan dari masyarakat awam tentang persatuan ini.

Beberapa orang kuat yang menjadi tulang belakang ACT merupakan individu yang saya kenali secara dekat…

Persatuan berbasikal ACT ini yang bekerjasama erat dengan ASSA (persatuan berbasikal al-Zaytun) telah ditubuhkan sekitar 2 tahun lalu. Apakah tujuan sebenar penubuhan ACT?

ACT ditubuhkan bertujuan untuk mendekati masyarakat dan mengaburi mata masyarakat serta pihak berkuasa tentang kewujudan NII Wilayah Malaya. Ia juga merupakan satu taktik mereka untuk menyerap masuk doktrin palsu ke dalam masyarakat disamping memudahkan mereka menyebarkan dakyah sesat.

Di mata masyarakat yang tidak mengetahui tentang ajaran mereka, pastinya melihat ACT sebagai satu persatuan berbasikal biasa. Namun ahli-ahli ACT ini sebenarnya terdiri dari kalangan mereka yang telahpun melaksanakan hijrah ke Maahad al-Zaytun, Indonesia.

Sekembali dari Indramayu, mereka diarah membeli basikal jenama GIANT yang merupakan basikal rasmi yang digunakan oleh ACT.

Kini, aktiviti ACT yang berdaftar dengan Kementerian Belia Dan Sukan sedang giat menjalankan aktiviti Jelajah 1 Malaysia. Mereka juga sedang merancang mengadakan beberapa aktiviti lain bagi mendekati masyarakat untuk menerima kesesatan NII Wilayah Malaya. Aktiviti sukan lain turut diadakan oleh ahli NII. Malah Kem Motivasi pelajar  juga telah diadakan beberapa bulan lalu.

Penglibatan para pensyarah IPTA dalam ajaran sesat NII dan ACT juga memberi impak buruk ke atas pelajar.

SJ menyeru masyarakat agar berhati-hati serta membuat laporan kepada pihak Jabatan Agama Negeri bagi membantu siasatan. SJ juga berharap agar pihak berkuasa bersedia mengambil tindakan ke atas ACT.

SJ berharap agar JAKIM dan Jabatan Agama Negeri mengambil langkah proaktif menghapuskan NII.


 

115 responses to “ACT – Kelab Berbasikal Ajaran Sesat NII/GPK

  1. bahtiar

    02/06/2010 at 12:47 pm

    semoga makin banyak khalayak yang berhati-hati terhadap nii kw 9 al kahfi az zayton nir rozim …

     
  2. zww

    03/06/2010 at 7:03 pm

    hati-hati menabur racun,
    takut tertabur diri sendiri…

     
    • suarajagat

      04/06/2010 at 9:05 am

      racun NII/GPK/MAZ/ACT sememangnya merbahaya…
      dan tugas SJ ialah menyelamatkan aqidah umat Islam dari penyelewengan doktrin sesat Maahad Al-Zaytun

       
  3. Norman

    04/06/2010 at 11:08 pm

    A.w.w. sdr/sdri seiman, usaha ‘Suarajagat’ mendedahkan kepalsuan ajaran-ajaran sesat dan songsang sepatutnya disokong dan disanjung bukannya dihina. Keadaan ini bukan fenomena baru di Dunia Islam dan M’sia juga tidak terlepas drp anasir-anasir anti-Islam termasuk kumpulan antihadis/engkar sunnah, Islam Liberal, Qadiani, Islam Jemaah dan seumpamanya lagi. Yg peting, jangan jadi atau biarkan golongan gunting dlm lipatan ini berkembang dan membiak sampai ia sukar dibendung kelak. Wallahualambissawab.

     
    • suarajagat

      08/06/2010 at 8:42 pm

      terima kasih norman..semoga Islam dapat kita tegakkan

       
  4. susu

    08/06/2010 at 2:30 pm

    Apa2 la, orang naik beskal pun ko tuduh ajaran sesat. Siasat la bebetul dulu. Tapi aku rasa xde apa yg salah dgn apa yg dorang buat, sekurang2nya ada buat sesuatu, tapi kita nih? buat ape je? melopong mulut air liur meleleh jerr… dah la tak buat apa2 utk memenangkan agama, bila org lain buat tuduh sesat la, samdol la… melarang plak tu! seeloknya baik betulkan diri sndiri sebelum betulkan org lain..

     
    • suarajagat

      08/06/2010 at 3:03 pm

      bukan menuduh..
      tetapi bukti dan saksi juga ada…

       
    • mariam

      25/07/2010 at 7:57 pm

      nama nya Melayu, hanya pandai menjatuhkan hukum.

       
      • abdul aziz ibrahim

        06/11/2010 at 6:56 pm

        pada cik mariam saya nasihatkan pelajarilah bahasa arb iaitu jalan dipermudahkan memahami akan isi alquran.sekadar semangat aje tidak memadai memahami kalamullah

         
  5. susu

    08/06/2010 at 3:20 pm

    klu ada bukti, sepatutnya bawak pegi kat pihak yg sepatutnya supaya tindakan bleh diambil. dan kenape skrg suam2 kuku je dgn kes2 derang nih? dr info yg aku dpt, skrg derang nih dh membiak semula. kt KL, PJ, S.alam semuanya tgh rancak balik. kuantan, melaka, ipoh dan skrg kat kuching pun ada dan tgh rancak giler. estimated ada lbh kurang 30,000 ‘umat’ dan bleh kata hmpir setiap hari ada pnghantaran. giler ah. makin dilarang, makin mnjadi!

     
    • suarajagat

      08/06/2010 at 3:23 pm

      yup…saya tahu tentang pergerakan di semua tempat… info dari semua negeri sentiasa di update dari semasa ke semasa.

       
  6. susu

    08/06/2010 at 3:29 pm

    terer la ko ada espionage team kt ‘dalam’. aku pun ada espionage team sendiri tapi aku xleh disclose demi keselamatan derang. tp aku xde la niat nk hapuskan derang, cuma niat aku nak amek apa2 yg positif derang buat dan hapuskan apa2 yg negetif. byk benda yg baiknya dgn ajaran derang nih dr yg buruk, tp keburukan ttp wajib ditentang wpun sedikit.

     
    • suarajagat

      08/06/2010 at 3:35 pm

      saya x nampak apa2 yang baik tentang NII..
      bila akidah rosak, maka terbatal lah syahadah

       
      • nak tau

        09/08/2010 at 6:16 pm

        Salam,tumpang lalu..saya nk tanya saudara SJ,apa definasi akidah dan apa perkara2 yang membatalkan syahadah.TQ

         
      • suarajagat

        10/08/2010 at 1:16 pm

        salam..terima kasih atas pertanyaan saudara nak tau..

        Akidah atau Tauhid mempunyai maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith. Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kebatilan dan pendustaan khususnya dari kalangan musuh-musuh, terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan sahsiah dan jati diri seseorang.

        Para Ulama’ Islam sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secara sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang antara jasmani dan rohani, antara kebendan dan kemanusiaan.

        Selain mendasari pemikiran, Aqidah juga mendasari amalan. Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t kecuali dilakukan oleh orang yang beriman yakni berpegang kepada Aqidah yang benar dan sah.

        Terdapat banyak faktor yang merosakkan dan membatalkan akidah umat Islam hari ini. Faktor dalaman yang sering mencalar kemurnian akidah seseorang ialah kurangnya pengetahuan asas agama Islam, kurang penghayatan, terpengaruh dengan unsur-unsur tahyul, khurafat dan kepercayaan karut serta tidak mengamalkan ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT secara konsisten. Faktor luaran pula adalah termasuk pengaruh persekitaran khususnya keluarga dan rakan-rakan yang tidak membantu seseorang untuk mempertingkatkan keimanan dan pegangan terhadap agama.

        Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah dan iman terbahagi kepada tiga:

        * Iktikad
        * Perbuatan
        * Perkataan

        Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran.

        Secara ringkasnya perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah/ syahadah adalah seperti berikut:

        1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
        2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
        3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
        4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
        5. Menghina al-Quran.
        6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
        7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
        8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
        9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
        10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
        11. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
        12. Mengaku diri sebagai Nabi (secara langsung/tidak langsung) atau mengaku adanya Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.
        13. Menganut fahaman isme-isme yang lain seperti liberalisme dan lain-lain.
        14. Mentafsir al-Quran menurut logik akal/rasional tanpa bersandarkan disiplin ilmu.
        15. Mempercayai perkara tahyul dan kurafat.
        16. Mencampurkan ajaran/fahaman/amalan penganut agama lain dengan ajaran Islam.

        sekian, terima kasih.

         
  7. Ibrahim

    09/06/2010 at 2:49 pm

    Saya bersetuju dengan SJ. Penyelewengan akidah wajib ditentang.

    Jika NII Zaytun Wilayah malaya berkembang pesat tidak bermakna mereka benar. Ajaran Triniti Kristian juga berkembang sehingga ke seluruh pelusuk dunia namun tetap mereka Sesat.

    Malah jika NIIZ futuh sekalipun tidak bermakna gerakan mereka diredhai Allah. Negara Haram Israel juga futuh pada 1948 namun tetap Zionis Israel dimurkai Allah dan dilaknat seluruh dunia akibat kekejaman mereka.

     
    • suarajagat

      09/06/2010 at 6:32 pm

      benar Ibrahim…mungkinkah NII Al-Zaytun adalah Zionis Asia Tenggara?

       
    • atok mon

      07/04/2011 at 11:36 am

      aiii…sesat apa benda bai,x kn bwk basikal pn sesat,klw cm 2 smua yg ada pgrm basikal @ pak cik2 felda g surau,anak2 kecil g sklh,mereka yg bergiat dgn sukan basikal kira sesat lar, nk kuar kn peluh kayuh basikal pown sesat ker bai sj2,apa benda lar lu ni,dh banyk sgt ke pahala nk ke kubur suka menunding jari.

       
  8. khalifah

    10/06/2010 at 5:19 pm

    Surah at-taubah ayat 32.
    Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

    Surah Ash-shaff ayat 8
    Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya

    Surah Al-Qalam ayat 1-7
    1.Nun[1489], demi kalam dan apa yang mereka tulis
    2.Berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila
    3.Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-
    putusnya.
    4.Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung
    5.Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir)pun akan melihat,
    6.Siapa di antara kamu yang gila.
    7.Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-
    Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

     
    • suarajagat

      10/06/2010 at 5:25 pm

      Demikian lah firman2 ALLAH yang mengingatkan kita tentang adanya kelompok manusia seperti NII/GPK/ACT/al-Zaytun yang mengkhianati agama Islam lantas memadamkan cahaya ALLAH di muka Bumi.
      Takdir ALLAH pasti berlaku..dan NII/GPK/ACT/al-Zaytun pasti akan terhapus satu hari nanti.. Insya’ALLAH… Amin…

       
      • mariam

        25/07/2010 at 8:05 pm

        Pasti anda pernah di sampaikan.Menidakkanlah,nafikan lah. 2:159 untuk kamu

         
  9. khalifah

    11/06/2010 at 7:54 am

    anda la suarajagat yang ingin memadamkan cahaya allah…

     
    • suarajagat

      11/06/2010 at 9:50 am

      khalifah..
      cerminlah diri anda kembali… 🙂

      dan kalau berani…saya cabar kalian utk berdebat secara terbuka bersama JAKIM dan Jabatan Agama Islam..
      kalau boleh buat secara live di media massa.

      andai benar kalian menegakkan Islam..jangan jadi pengecut, bacul dan dayus..

       
      • Hamba Penyayang

        11/06/2010 at 10:36 am

        Untuk menegakkan Islam mestilah ada penyatuan bukan dengan perdebatan…sama2 lah kita buangkan yg keruh dan ambil yg jernih, jgn hanya menunding jari kepada org lain, teliti dahulu apa sumbangan kita terhadap agama. Renungkan dan sama2 kita muhasabah diri.. 🙂

         
      • suarajagat

        11/06/2010 at 11:04 am

        Hamba Penyayang…
        tujuan perdebatan dilakukan adalah untuk membuktikan siapa yang benar dan siapa yang salah/ sesat.
        hasil dari perdebatan terbuka itu, mana-mana pihak yang didapati jelas telah tersesat/ menyeleweng dari ajaran Islam hendaklah bertaubat dan meninggalkan ajaran itu lalu mengikuti kebenaran agama Islam.

        Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan ramai ulama muktabar lain seperti imam abu hanifah, imam abu hassan as-sya’ri dan al-mauturidi juga melalui proses perdebatan bagi menegakkan Islam dan ternyata ia berjaya mengembalikan umat Islam di atas landasan yang benar.

        Jadi,mengapa harus takut dan kecut??

         
      • Bodoh_tapi x berlagak sombong

        17/12/2010 at 10:00 am

        suarajagat…

        Kau tu jgn jadi bodoh dan berlagak sombong… Dalam Quran larang kita berdebat.. Kata Melayu islam keturunan.. Allah kata jangan, jangan lah.

         
      • suarajagat

        18/12/2010 at 2:10 pm

        saudara Bodoh_tapi berlagak sombong..

        ALLAH kata jangan syirik..dan jangan mengikut golongan yang sesat.
        ALLAH kata jangan, janganlah…
        maka jauhi lah golongan sesat NII KW9/GPK/Maahad al-Zaytun dan Kelab berbasikal ACT.

         
      • atok mon

        07/04/2011 at 11:41 am

        jangan berdebat,cuba kt tanamkn diri kita ni dgn bersangka baik,bukan kah itu lebih baik

         
  10. Hamba Penyayang

    11/06/2010 at 12:29 pm

    Apa2 pon sama2 la kita kembali pada Al-Quran & Sunnah x perlu la ada rasa takut, kecut atau apa2…sesuatu yg x betul tu pasti x mndapat keredhaan dari Allah…hanya jalan yang betul sahaja Allah redha serta mndapat bimbingan dariNya…. Suri tauladan yg baik dah ada pada diri Rasulullah…Sama2 la kita renungkan 🙂

     
    • suarajagat

      11/06/2010 at 2:22 pm

      buat pimpinan dan ahli NII, ayuh ramai2 ke JAKIM…buktikan di mana kebenaran ajaran kalian

       
  11. Ibrahim

    11/06/2010 at 1:28 pm

    Ayat yg diberikan oleh binatang ternak NII Zaytun perlu dibaca menurut bayyinat Allah = Negara Islam Zaytun. Kami yakin bahawa Akidah NII Zaytun telah terpesong dan satu pentafsiran sesat dan syirik. Oleh itu adalah hak ummat islam untuk melawan kesesatan akidah. Hak ini tidak boleh dinafikan.

    Zionis juga berkeyakinan bahawa Negara Haram Israel adalah perintah tuhan walaupun Rabbi2 yahudi yg jujur menyatakan sebaliknya. Adalah hak ummat Islam palestin untuk melawan Israel walaupun Israel menyatakan orang palestin tiada hak.

    Imam Ghazali pada asalnya adalah pengikut fahaman mu’tazilah dan seorang yg mahir dalam falsafah yunani. Namun setelah mencapai umur matang dan melihat sendiri kesesatan yg makin bercambah dalam pahaman ahli2 falsafah beliau berusaha bersungguh2 sedaya upaya untuk menyelamatkan akidah ummat islam terutamanya melalui penulisan kitab tahafut al falasifah. Ummat Islam di tanah melayu terhutang budi kepada Al Ghazali kerana akidah Islam yg bersih dari unsur yunani sampai disini.

    Bangunlah dari mimpi wahai binatang2 ternak NII Zaytun. Kamu tidak layak mengaku benar 100%. Hakikatnya kamu buta sejarah, Bacaan bayyinat songsang dan memilih2 kamu telah menyesatkan diri kamu sendiri.

    Allah yg hak yg menciptakan langit dan bumi tidak layak disamakan dengan sesuatu apapun. Kerana manusia (khalifah) itu tidak sempurna dan cenderung untuk “corrupt”. Bila seorang khalifah yg “corrupt” mengaku menjadi wakil tuhan di bumi maka persis mereka seperti Zionis dan Hindu. Mereka mendapat kemurkaan dan laknat dimana saja mereka berada.

     
    • gk

      13/09/2012 at 9:25 am

      ibrahim ni mcm penah join NII je. care to tell your experience bro

       
  12. khalifah

    11/06/2010 at 3:32 pm

    surah ali’imran ayat 19
    Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab[189] kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.

     
    • suarajagat

      11/06/2010 at 4:36 pm

      Insya’ALLAH satu hari nanti akan datang perhitungan ALLAH ke atas NII dan penghisapan atas segala kesyirikkan yang dilakukan..

       
    • atok mon

      07/04/2011 at 11:43 am

      betol,sy setuju

       
  13. sahabat

    15/06/2010 at 12:38 pm

    camne nak tegak kan islam tu? citer skit…

     
  14. saya

    21/06/2010 at 8:55 am

    Islam itu ditegakkan dengan mentauhidkan Allah dan menjauhi serta menghindari segala perkara yang dilarang-Nya. Islam itu ditegakkan dengan melakukan segala perintah-Nya dengan penuh rasa takwa kepada Allah. Islam itu ditegakkan dengan menjadikan agama Islam itu sebagai landasan dan syariat kita di dunia yang sementara ini untuk ke akhirat kelak.
    Tidak guna sekiranya negara sahaja besar tetapi di dalam hati setiap rakyat tidak mentauhidkan Allah. Itulah sebenar tuntutan-Nya. Al-Quran bukanlah hanya menceritakan tentang pembinaan Madinah. Tetapi umat manusia yang kualiti Iman yang tinggi kepada Allah akan menjadikan setiap apa yang dilakukan adalah untuk agama. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan dakwah kepada SETIAP umat manusia. Tegakkan Islam dengan Tauhidkan diri kepada Allah.

     
  15. gabanhitam

    21/06/2010 at 10:19 am

    assalammualaikum… bagi saudara/saudari yg masih mngikuti NII, tolonglah dan kembalilah ke pangkal jalan. NII banyak pesongkan akidah kita. NII lah yg mentafsir ayat suci dengan rokyu mereka sendiri. Cukup lah dan berhentilah dari terus memutar belitlan ayat2 suci ALLAH…. Dirikan lah sembahyang lima waktu itu, bukan solat dari buyut ke buyut.. JIka NII betul, mengapa tidak ajaran nya di laksanakan di masjid2… apa kah semua masjid2 tu hendak di katakan apa? NII ajaran itu satu pombohongan BESAR. Harus difikirkan …

     
    • spoket karat

      22/06/2010 at 12:15 pm

      SJ…Apa yg telah kamu buat utk tegakkan Islam? Leh story x?

       
      • suarajagat

        24/06/2010 at 12:27 pm

        saudara, soalan tersebut pernah saya jawab lama dahulu bila di tanya pembaca blog ini.

        lebih sedekad SJ berdakwah, termasuk kepada masyarakat bukan Islam di dalam dan luar negara.
        memperbetulkan akidah, akhlak dan amali umat Islam.. selain turut membantu usaha membasmi kepercayaan kurafat dalam masyarakat.

         
  16. saya

    23/06/2010 at 11:33 am

    Kemenangan yang besar di dalam Islam adalah mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya.

    “Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”
    (At Taubah; ayat 100)

     
  17. Jargon

    26/06/2010 at 9:13 pm

    Ana pernah mengikuti NII KW9, Bahkan pegang posisi cukup strategis, tapi tujuan ana tuk cari ridho AllaH SWT, Ternyata didalamnya …… Jauh sangat jauh dari Aqidah Islamiyah yg Rasul Ajarkan pada KIta. Rupanya >>>>> Inilah Kebangkitan Snoukhugronye / Fander Plas Jilid II abad sekarang, NII Al Zaitun Merusak Umat Islam dengan cara Islam. Inilah cara yahudi merusak Islam dan merampok Aqidah Umat serta membuatnya Miskin aqidah, miskin nurani, miskin pula harta benda dan tanggung jawab pada genersi muda Islam inilah yang diharapkan Zionis.

     
    • suarajagat

      27/06/2010 at 8:31 am

      terima kasih Jargon…
      saya amat berharap, pengalaman dan pengetahuan anda dapat membantu menyedarkan umat Islam tentang bahaya dan kesesatan NII KW9

       
  18. HambaAllah

    05/07/2010 at 8:17 am

    Salam…
    Aku sudah membaca banyak artikel….ttg Islam…tapi maaf biar aku jelaskan…aku sendiri rasakan diri ini tetap jahil n tiada berilmu,walau sebanyak mana pun ilmu yg aku tahu…kerna itu cuma secebis dari ilmu Allah…..pokoknya disini aku cuba memahami yg sebenar2nya Islam itu amat luas..xperlu jumud,statik,ego n bongkak atas apa yg kamu2 rasakan bahawasanya itu adalah islam.,,ISLAM=sejahtera…terkadang bila aku cuba fhamkan maksud islam itu,,,aku rsakan..orang2 Yahudi,Kristian n sbgnya lebih Islam dari kita kerna mereka teramat sejahtera dan kehidupan kita ini mendokong kepada kesejahteraan mereka…..so…siapa yg sebenarnya lebih Islam disini…..Ayuh!!!!bukakan minda..janagn disempitkan…tiada hak unutk kamu meghakimi orang lain itu sesat…sedangkan diri kamu blm tentu tau atau sedar diri kamu itu benar atau sesat…
    kamu tiada hak unutk menghakimi…mudahnya disini cuba fahami situasi ini-kalau JAKIM benar2 islam mengapa tunduk pada undang2 demokrasi-sistem riba(bank,judi,arak)..waduh..kok jelas gitu haramnya tapi itu seolah2 tutup mata kerna alasanya-kami cuma makan gaji,janagn diusik lebih2…jadi disini…pada pandangan mata hati ku yg kerdil-kalau kamu mau zikir sambil sambil nyannyi boleh aja..tiada yg salah…jadi kenapa mau tuduh yg cuba tegakkan islam itu sesat…walaupun caranya berbeza….fikir2kan….salam

     
    • suarajagat

      05/07/2010 at 7:51 pm

      Salam..
      terima kasih HambaAllah…
      apakah benar tiada hak untuk menghakimi satu2 ajaran itu sesat atau tidak?
      Jika demikian, mengapa para sahabat Rasulullah s.a.w sendiri menentang ajaran sesat dan nabi palsu yang muncul selepas kewafatan Baginda?

      NII malah lebih parah lagi..mereka menganggap semua yg di luar ajaran mereka adalah kafir.

      Anda kata bahawa JAKIM tunduk pada undang2 demokrasi? sistem riba (bank, judi, arak)?

      saudara, saya seringkali dapati bahawa umat Islam selalu dicanang dengan isu demokrasi.. ya, benar kita seharusnya menegakkan kilafah. Namun keadaan semasa dan sejarah perang dunia menyebabkan umat Islam ditekan hebat. Pun begitu Islam tetap terus berkembang. Malaysia sememangnya mengamalkan demokrasi. Walau bagaimanapun, penerimaan umat Islam terhadap demokrasi tetap berlandaskan beberapa prasyarat atau asas hukum (usul-fiqh) seperti konsep mubah dan memberi penekanan kepada senarai keutamaan (fiqh-ul-awliyyat). Pendukung demokrasi Islam menekankan konsep-konsep seperti shura (perundingan), ba’ya (janji ketaatan bersama), ijma’ (persemuafakatan), ijtihad dan maslaha (kepentingan awam) yang sekaligus menunjukkan bahawa Islam tidak kurang dalam landasan-landasan asas yang secocok dengan atur cara dan matlamat demokratik. Dari segi praktikal, hubungan Islam dan demokrasi terserlah melalui penyertaan gerakan Islam dalam proses demokrasi melalui pilihan raya.

      Saya amat tidak setuju bila anda menyatakan bahawa JAKIM tunduk kepada riba, judi dan arak…mengapa anda tidak melihat kepada usaha yang dilaksanakan oleh mereka sehingga tertubuhnya Bank Islam di Malaysia? Walaupun sistem kewangan Islam di Malaysia belum mencapai 100% kejayaan, namun ia menampakkan peningkatan yang positif dari masa ke semasa.
      Pihak JAKIM tidak pernah menghalalkan judi dan arak untuk umat Islam. Ia jelas adalah haram di sisi Islam. Boleh tunjukkan arak mana yang ada logo halal JAKIM?
      Harus diingat, keputusan menteri kabinet bukan keputusan JAKIM.

      NII ternyata sesat. Apakah golongan yang menyamakan ALLAH dengan makhluk boleh di anggap menegakkan Islam? Nauzubillah….

      Akhir kata, nasihat saya kepada anda yang mengaku sebagai hambaAllah.. jarakkanlah kalimah hamba dan Allah kerana Allah Maha Esa, wujud dan qadim.

       
  19. hyzam

    22/07/2010 at 1:03 pm

    Salam…
    perhatikan dengan tenang… jika benar pasti diredhaiNYA… jika salah… pasT dapat balasanNYA.. so jangan tuduh menuduh.. fitnah memfitnah.. dekati dan dapatkan kebenaran

     
    • suarajagat

      22/07/2010 at 11:08 pm

      terima kasih hyzam..
      artikel ini bukanlah satu tuduhan atau fitnah.. bahan bukti berkaitan NII-ACT-al-Zaytun telah lama saya kumpulkan.
      Selain itu, SJ turut mendapat maklumat dari bekas pengikut NII dan ahli2 ACT.

       
      • ilmupendamai

        24/07/2010 at 3:35 am

        sj dah pernah pi al zaitun? sebab ramai yang dah pergi merasa kagum dgn perlaksanaannya. apa kata kita pi tengok sendiri kemudian baru kita adili. apa yang saya fahami, cara itu adalah lebih baik dan islamik.

         
      • suarajagat

        24/07/2010 at 9:14 pm

        pasukan pemerhati dan pemantau SJ telah berkali-kali ke sana.. tiada apa yang hendak dikagumkan, malah semakin banyak bukti ideologi Islam Liberal berkembang di sana.

         
    • mariam

      25/07/2010 at 8:17 pm

      suarajagat atau sapujagat?

       
      • abdul aziz ibrahim

        06/11/2010 at 6:38 pm

        buat pengetahuan sdri mariam saya telah mengikuti perkembangan NII/KW9/gerakan kahfi melebihi 10 tahun.yg pasti tidak ada diantara pengikut mereka mempunyai asas serta pengetahuan agama yg luas,sekadar simpati kemudian dibakar semangat maka tafsirlah ayat Quran tanpa asas ilmu tafsir apatah lagi bahasa arab.persoalan besar kenapa 10 orang yg tafsir rentak dan lagunya sama?Itulah namanya DOKTRIN. dan kenapa tiada diantara mereka tiada pengikut dari rantau ARAB. bermakna terlalu mudah orang2 melayu dan INDONESIA diperbodohkan.dari itu nasihat saya fahamilah bahasa arab lughatul quran wa lughatul jannah.

         
  20. ilmupendamai

    24/07/2010 at 2:17 am

    Surah Anahl:125- serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. sesungguhnya Robmu Dialah yang lebih mengatahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan DIA.lah yang lebih mengatahui orang orang yang mendapat petunjuk. 127- bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dgn pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

    surah Al Hujuraat:12- hai orang orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya kebanyakkan dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain…..

    surah hujuraat:6. hai orang orang beriman, jika datang kepadamu orang orang fasik(tidak membawa bukti yang cukup) membawa suatu berita, maka periksalan dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tampa mengatahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuaranmu itu.

     
    • suarajagat

      24/07/2010 at 9:09 pm

      terima kasih ilmupendamai..

      surah al-hujurat : 6 itu amat sesuai menjadi peringatan buat umat islam sekalian tentang bahayanya golongan yang menyampaikan kepalsuan contohnya ajaran2 sesat seperti NII KW9. 🙂

       
      • ilmupendamai

        24/07/2010 at 10:51 pm

        Al Quran(ayat ayat Allah) ini adalah penerangan untuk seluruh manusia, petunjuk serta pelajaran bagi orang orang yang bertakwa.

         
      • suarajagat

        25/07/2010 at 12:24 am

        ya…dan saya yakin tiada takwa pada mereka yang menyekutukan ALLAH

         
      • mariam

        25/07/2010 at 8:20 pm

        lah…..bukan,bukan begitu.Ayat tu untuk mereka yang beriman,bukan untuk kamu

         
  21. frxtrader

    04/08/2010 at 2:52 am

    first time aku masuk website ni..huhuh..And First time baca org naik beskal sesat..huhuhuh.kekekekeke..Sian org naik beskal..xpsal2 je.Aku rase skang ni ramai tak main beskal sbb laman web ni kot..huhuhu..takut kne bambu sesat.huhuhuuhuhuhuhuhuhuhuuhuhuh.Wakakakakaka
    Igt dulu jepun je yg sesattt pi tanah melayu..hehehe..xtau nak komen apa..tgk je la korangg debat..heheheheh..

     
    • suarajagat

      04/08/2010 at 6:20 pm

      frxtrader..
      bkn soal naik basikal yang sesat..tapi soal akidah ahlinya yang sesat.

       
    • wiam

      26/11/2010 at 5:30 pm

      naik basikal hanya wayang utk mengaburi mata org awam. hanya org yg tahu cara & aktiviti umat NII yg akan faham. cara yg halus x tak nampak salah. tp cube siasat org2 yg naik basikal tuh semayang ke tak?

       
      • Bodoh_tapi x berlagak sombong

        17/12/2010 at 10:05 am

        Kalau dia org sembahyang mcm mana erkkkk

         
      • suarajagat

        18/12/2010 at 2:12 pm

        kalau sembahyang tetapi syirik dan sesat dlm aqidah…maka kosong juga nilainya..

         
  22. qabillennon

    31/10/2010 at 9:19 pm

    Salam…aku ada follow up kelab ACT basikal ni,malah kawan aku pun member kat situ tapi aku tengok dia orang pun berhenti solat kat masjid,baca doa macam biasa je..malah tak merokok dan displin hormati masyarakat tua dan muda.Kalau dah sesat atau menyeleweng dari Islam kenapa tak ada tindakan sewajarnya dari pihak berkuasa…Bukankah Islam tu mengajar kita supaya sihat fizikal dan mental,kalau berbasikal pun nampak tak ‘betul’ camana pula dengan mat2 rempit yang kebanyakannya adalah anak muda Islam….bolehkah kita betulkan akidah mereka atau terus label mereka ‘sesat’….

     
    • suarajagat

      01/11/2010 at 10:24 am

      terima kasih qabillennon,
      klu anda sekadar follow ACT tanpa mengetahui asal usul kelab tersebut, sememangnya anda tidak akan dpt melihat kesesatan yang berlaku.
      apa yang terlihat cantik pada zahirnya hanyalah mengaburi kesesatan batin.

      Pelabelan sesat adalah ke atas ajaran yang dibawa. Penting untuk kita ketahui bahawa ajarannya salah dan sesat agar masyarakat menghindari ajaran tersebut. Sekiranya mereka benar2 bertaubat, pihak berkuasa sentiasa sedia untuk memperbetulkan akidah mereka dengan syarat pergerakan ajaran tersebut mesti dihentikan.

       
      • wiam

        26/11/2010 at 5:37 pm

        sokong apa yg SJ kata. setakat yg saya tahu la ni depa mula masuk ke arah pendidikan pulak. masa saya belum kaslan@ keluar dr NII mereka wujudkna pusat tuisyen. sy pernah di bimbing utk jd tenaga pengajar di sana. uminye x solat tp depan murid2 mereka solat. sekarang ni mereka wujudkan pulak training centre. (thursina training centre). kebanyakan fasi yg ada dalam tu adalah org2 yg pernah sama2 berprogram dengan saya. secara luarannya kite nampak tiada apa yg x kena. tapi saya mengenali setiap umat NII yg menjadi fasi itu. mereka semua adalah org2 yg memperjuangkan NII. membina sistem melalui pendidikan. mereka menggunakan cr yg berhemah tetapi menerapan dilakukan secara perlahan. yg merisaukan, mereka bergerak dr sekolah ke sekolah kerana terdapat dr kalangan umat NII ini adalah guru. sungguh merisaukan saya…

         
    • aku

      17/07/2013 at 5:25 pm

      group ni ada dua wajah. depan orang ramai mereka pura-pura solat. aku tau sebab aku penah join. sebab depa tak pecaya hadis pun. dah tak pecaya hadis mcm mana nak solat. solat,puasa, haji, zakat, malaikat, Allah semua defined lain bro.. ngeri lah.

       
  23. qabillennon

    03/11/2010 at 12:46 am

    …Kalau doktrin ajaran sesat yg dibawa kenapa tak dibendung secepat mungkin dari pihak berkuasa yg berkenaan,kenapa nak tunggu seperti kes ajaran ayah pin dah berakar umbi baru nak gelabah.Adakah media massa maklumkan masyarakat tentang pergerakan ajaran ni? Persoalannya sekarang siapakah yg layak menjatuhkan hukum seseorang tu ‘sesat’ kepada orang lain? majlis fatwa?mufti?tok imam?atau sultan mahupun majlis raja2?atau diri kita sendiri…Bolehkah kita sebagai seorang Islam ‘stamping’ seseorang yg lain ‘sesat’ sebelum kata putus dari pihak yg berwajib?….Sekarang ni pun banyak propaganda nak pecah belahkan umat Islam…Apakah tanggungjawab kita sekarang ni????

     
    • suarajagat

      03/11/2010 at 9:12 am

      untuk pengetahuan saudara, fatwa berkenaan kesesatan NII KW9 telah dikeluarkan oleh Mufti Selangor.
      Tanggungjawab kita adalah untuk menjauhi NII KW9 dan semua yang bergerak bersamanya.
      Sekian terima kasih.

       
  24. raystormz

    03/11/2010 at 10:10 pm

    ahli2 GPK/NII sendiri merasakan mereka benar dan melabel ustaz2, ulama2, tokoh2 ilmu sebagai ‘berhala’. malahan ada abi berkata “ibadah tidak boleh dilakukan di luar sistem(sistem islam mereka). siapa anda(GPK/NII) untuk menjatuhkan hukum sebegitu?? di china, walaupun dasar negara itu bukan negara islam, tetapi boleh sahaja umat2 islam di sana beribadah. malah rusia, negara yg pernah dilabel komunis juga ada umat islam yang tinggal di sana, boleh saja umat islam beribadah. tegakkan islam itulah matlamat kita, kerana dengan tertegaknya islam, maka tertegaklah negara islam, islam tu tiada wilayah atau sempadan. yang menjadi sempadan samada kita islam ataupun tidak.

     
    • Ahmad

      08/11/2010 at 10:25 am

      Assalamualaikum,
      Saya setuju dengan pendapat raystormz, banyak antara kita tersilap atau terlepas pandang. Hanya mengambil jalan mudah untuk menegakkan Islam. Islam bukan lah terletak pada negara. Yang penting adalah ketaqwaan kita sebagai umat Islam kepada Allah S.W.T. dan mengikut apa yang telah diperintahkanNya mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

       
  25. abdul aziz ibrahim

    06/11/2010 at 6:12 pm

    berbasikal taklah salah.ia merupakan riadah dan dgalakkan dalam Islam.CUMA.apakah rahsia dan agenda disebaleknya?yang pasti kelab berbasikal mereka itu disertaioleh majoriti mereka yang active dala gerakan KAHFI.saya kenal diantara mereka danfaham akan penghayatan Islam mereka yang menyimpang

     
  26. benbaz

    06/11/2010 at 7:08 pm

    lebih 10 tahun mengikuti perkembangan Kahfi dari luar dan dalam.hanya nasehat dari surang abang yang telah meniti usia fahamilah quran akan apa tersirat dari tersurat. utk memahaminya perlu memahami bahasa Arab kerana ia llughatul quran wa lighatul jannah.ingatlah tidak semudah syaitan hendak menyesatkan mereka MUKHLISIN NAAL LAHUDDIN.setakat sedar.bersemangat,kemudian tafsir tak jadi 1o mereka yang tafsir sama aje itu dinamakan DOKTRIN

     
  27. Ahmad

    20/12/2010 at 9:40 am

    Kepada ahli2 NII sekalian, baliklah kepangkal jalan. Bertaubatlah sementara masih ada nyawa dan kesempatan. Janganlan berterusan berada di dalam kegelapan gua kalian sedangkan Rasulullah S.A.W telahpun memberi jalan kepada cahaya yang nyata.

    Kami semua faham kalian NII semua cuba nak menghidupkan Islam, tetapi jalan yang saudara NII semua pilih itu tidak benar. Baliklah ke pangkal jalan sementara masih sempat.

    Cuba selami dan fahamkan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 79 yang bermaksud, “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.”

    Baliklah semua kalian Saudara/saudari NII ke jalan Islam yang sebenar.

    Wallahualam.

     
  28. Mencari

    24/12/2010 at 6:00 am

    Salam semua saudara,

    Moga Allah memberkati kita..

    Aku telah mengikuti jemaah GPK n masih lg follow..

    Aku student law, dulunye agak jahil r.. n smpai skrg masih mencari jalan yg lurus. Moga Allah tunjukanlah.

    juz nk kongsi sket cite n pngalaman sket:

    Kalo ade org ckp Malaysia ni negara Islam mmg salah.. Tunku sendiri declare dlm parlimen di awal kemerdekaan yg kita bkn negara Islam.
    Boleh juga dirujuk dlm Perlembagaan Persekutuan Artikel 4, “Constitution shall be the supreme law of the land..” n artikel 11, Islam hnya agama rasmi utk adat2 cm bacaan doa sblm berucap blh lah..
    Bile stadi Law Malaysia ni ade 2 prinsip penting Supremacy of Constitution(keluhuran perlembagaan) n Sovereignity of the State(kedaulatan negeri/negara)
    kalo diikutkan ‘Supremacy’ n ‘Sovereignity’ tu hanya layak bg Allah yg Maha Tingi lg Maha Berkuasa. Supremacy= kedudukan tertingi, Sovereignity=kekuasaan tertingi.
    patut ke kita mengakui hakikat ini? bila kita dgn redha setuju n support pd kerajaan m’sia skrg aku rase automatically kita mcm mengiyakan benda ini. sbb itulah yg dorang bawak kt kita.. benda2 cm ni kita bayinat n furqan sndri je kalo kita blaja.thn 1st blaja law Aku dpt A mase jwb soalan Is Malaysia an islamic state. aku jwb NO. aku mase tu Al-quran ni xbace pn, fhm apatah lg.. solat pn time blk kg coz mak suro.. umo belasan sibuk enjoy je. tp nasib baik Allah yg Maha Pemurah bg aku akal.. boleh gak berfikir. slow2 aku nmpk situasi kita..

    Pastu Mastika kuar cite freemason, aku kaji lak freemason, illuminati, agenda yahudi.. smpai ke kristian katolik orthodox sume aku wat kajian.. kalo kt fb ade grup anti freemason tu aku antara officer awal. aku pn xtau nape aku rajin sgt.. stadi law dh left behind. Alhamdullilah aku nmpk, betul r hadis Nabi saw, sejak penciptaan Adam tiada fitnah lbh besar dari fitnah Dajjal. kita hidup zaman skg ni ssh nk tau mane yg hak n mane yg bathil. US cold war ngn USSR, kononye musuh lah sgt tp ada ke rakyat dorng mati? yg matinye org Iraq, afghanistan org Islam jugak yg kena serang betul2.. dorang makin maju adelah ngn roket, jet, senjata.. ekonomi pn makin mantap. kt msia pulak PKR ngn UMNO.. gaduh r konon dua2 pn sekongkol ngn yahudi gak ngn sultan2 pn same je. Agendanye supaye org Islam berpecah belah, mottonye ‘Divide and Rules’ sng keje dorang.

    Modus operandi Illuminati ni create dwi sistem yg pada zahirnye nmpk contra tp hakikatnye dikawal oleh org same ngn matlamat yg same.. kiranye kalo kita sokong mane2 pn kita tetap akn menyokong agenda dorang akhirnye. mcm pemilihan presiden US, demokrat v republikan.. kalo kt msia BN v PR( PAS x bijak coz join jugak). kalo yg besar lg Russia v US, Komunis n Kapitalis yg keduanya diasaskn member freemason. lame kelamaan apabila manusia ni sdh blh dikawal, dwi sistem ini akn menjadi 1 jugak akhirnye.. sape2 yg pnh dgr pasal 1 world government, new world order.. lbh krg cmtu lah.. Taghut jugak akhirnye. Tp kita org Islam ada janji Allah, Islam Pasti menang. bila? xtau lg.. tp kita semua nk tgk Islam tu menang kn?

    Maaflah sbb guna dalil akal semata2.. Al quran, hadis pn ade cuma aku xhafal. cume aku ingt Nabi saw pesan bacalah surah Kahfi utk hindari fitnah dajjal, sbb tu aku tertarik ngn GPK ni pada asalnye lah. aku dh duk dlm dua2 sistem ni.. NII, ngn negara demokrasi Malaysia.. dua2 pn ade masalah.. yg Malaysia ni sudah terang n nyata lah masalahnye, yg NII ni pn ade masalah bila dikaji sejarahnye n individu2 terlibat. aku pnh gak ikut jemaah tabligh, ok dari segi matlamat, sejarah sume.. probnye pulak xberkesan sgt n ssh nk terima pndangan org. kuliah2 masjid pn aku g.. tp still rase xcukup n xberkesan sgt jugak coz xramai org nk g.. kalo ceramah bila jmput tokoh2 terkenal sket barulah nk ramai.. itupn sbb politik. Pekida lg lah.. dh jauh sgt dh. Ssh nk fahami Quran ni nk2 lg aku yg xpndai arab so aku teruskn ngn NII wlpn dh lame gak aku ikuti blog ni.. tp juz jd observer je. lgpn setakat aku ikut ni.. xdelak pasal smyg 5 wktu xwajib, infaq bulanan pn baru bp kali je aku byr.. xmampu, xde lak org nk paksa.. siap ade sahabat bg pnjam duit time aku suntuk adelah. setakat ni Aqidah xde masalah lak.. kemusyikilan ttp ade nk2 pasal MAZ tu, suci sgtkah smpai dh mcm wajib pergi melawat, kadar bayaran pn blh dipertikaikn gak oleh org cm aku yg stadi lg ni.. sepatutnye dana tu ikut kemampuan gak sape gaji mahal tu boleh r byr lebih maybe support lak yg xberapa mampu.. aku dh cadangkn tp cm xdgr je. kesimpulanye, Negara demokrasi Malaysia ni mmg jelas nmpk lah kebatilanye.. NII ni pulak diburukkan oleh sejarahnye mayb gak kepimpinan coz ulil amri pn aku xtau sape.. yg mane lg senang utk dibaiki? tepuk dada tanye iman.

    Pandangan aku je ni..Sesunguhnye Allah Maha Mengetahui Segala yg tidak kita ketahui.

     
    • suarajagat

      24/12/2010 at 6:31 pm

      saudara Mencari…
      saya cadangkan kpd anda untuk membaca majalah Milenia Muslim Disember 2010.
      Sedarkah saudara bahawa kebatilan NII KW9/GPK jauh lebih bahaya..kerana sukar dilihat dan disedari..? Ibarat bahayanya racun di dalam pembuluh darah..

      malangnya, anda memilih GPK berbanding ajaran Islam dan pentafsiran al-Quran oleh ulama-ulama seperti Ibn.Kathir, at-Tabrani dan lainnya.

       
  29. Mencari

    24/12/2010 at 10:09 pm

    ada baca artikel pasal NII dlm majalah tu tp dlm blog ni je lah..
    tafsir ibnu kathir pn ada sy baca, kitab sahih muslim pn sy bace..
    kelas agama kt masjid pn sy g, program NII pn sy g, rncangan agama kt tv pn sy tgk.
    tp bila di kaji balik.. alquran n hadis kejahilan pimpinan negara kita n rakyatnye jelas n nyata sekali. Dalam Quran pn ada kata Syaitan tu dikalangan jin n manusia, dan Syaitan ni musuh kita yg NYATA.. bkn yg sembunyi2 dan sbb tu sy folow gak NII ni, wlpn ade perkara yg sy xsependapat ngn dorang. asalkan xmerosakkan sudah lah.. Moga Allah memelihara kita.
    Dulu tungu PAS nk tegakkan Agama Islam.. tp skg PAS dh join ngn musuh Islam yg NYATA, walaupn ade dalam Quran larangan mengambil musuh Islam jd sekutu.. itu yg sy kecewa.. UMNO lak jgn arap r nk tegakkan Islam kalo pemimpin pn dh freemason.

    Dalam NII ni sy tgk ade benda lg yg boleh dibaiki n diselamatkn coz org yg join semua cita2nye nk tegakkan Islam n Ikhlas nk jihad ngn harta n diri.. berbeza ngn org yg join parti politik coz mayb ats kepentingan peribadi n niat lain selain ahli parti politik ni jarang sgt yg rela berjihad ngn harta n diri utk tegakkan Islam.. yg nk kmpul harta n selamatkn diri mmg ramai.. betul x? Ramai yg join NII ni pn muda lg n berkobar2 nk tegakkan Islam bkn dgn cara SEKULAR, spt hnya g masjid, solat je tp Islam secara syumul. Spt juga ngn Arqam dulu.. hanya disebabkn Ashaari wat silap.. abes jemaah keluar, ade lah sikit2 stay gak. Sepatutnye dorang betulkn akidah n teruskan usaha dorang. Kita kena taat ngn Ketua tp kita xleh TAKSUB. Ketua kita Insan biasa bknye Nabi yg MAKSUM, mkneye mrk pasti juga melakukan dosa.

    Kalo bace artikel sy yg 1st, pasal divide n rules tu.. pasti kita semua xnk berpecah n seharusnye bersatu.. Kita UMNO ke PAS ke NII ke ARQAM ke kalo kita cintakan ISLAM n nk tegakkan ISLAM di MALAYSIA kita kena cari jalan same2, cari 1 penyelesaian berdasarkn Quran n Sunnah cmne nk tegakkan ISlAM DI MALAYSIA. tp kita asyik gado2 hal yg ntah ape2.. Islam takat tu gak, melayu Islam ttp pgg ekuiti xsmpai 10% Cina jugak yg kaye.

     
    • suarajagat

      25/12/2010 at 12:10 am

      seperti yang saya katakan sebelum ini..sila baca Milenia Muslim Disember 2010.

      NII tidak menegakkan Islam secara secular? lebih dasyat lagi NII adalah sebahagian dari doktrin Islam Liberal dan Pluralisme. Nampaknya, anda masih tak faham dengan permasalahan ajaran sesat yang wujud pada hari ini dan semakin kompleks.

      Jika anda benar2 membaca tafsir ibnu kathir dan mengikuti kuliah di masjid2..nescaya, anda sedar kesesatan NII yg telah jauh menyimpang dari Islam.
      menyedarkan org ramai tentang kewujudan ajaran2 sesat ini adalah penting demi menjaga akidah ummah. Tidak guna ada negara yg dilaung2kan sebagai negara Islam, kalau akidah tauhidnya rosak. Dakwah utama Rasulullah bukan soal negara dan politik..tetapi tentang akidah yang benar. 🙂

       
    • Ahmad

      27/12/2010 at 8:23 am

      Assalamualaikum,

      Saudara Mencari,

      Niat saudara untuk menegakkan Islam adalah benar. Tetapi kalau saudara hanya mengatakan Islam itu hanya tertegak jika negara Islam wujud adalah silap.

      Cuba kaji semula sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Sejarah yang pernah saudara dengan daripada “Sistem Dinul-Haq” yang saudara pertahankan terdapat banyak percanggahannya. Tujuan utama Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah bukanlah untuk membina negara. Tetapi adalah bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam daripada dizalimi oleh musyrikin Mekah pada masa itu. Dan apabila baginda sampai ke Madinah, beliau hanya membina masjid yang bertiangkan pohon tamar dan beratapkan pelepahnya sahaja. Bukan seperti masjid yang terbina sekarang. Dan ada juga hadith nabi yang mengatakan di akhir zaman akan berlaku banyak orang hanya menghiaskan dan bermegah-megah pada rekabentuk masjid sahaja seperti banyak yang berlaku di mana-mana termasuklah di NII juga.

      Tauhid kita kepada Allah S.W.T adalah ukuran Islam yang sebenar. Selama 13 tahun dakwah Nabi Muhammad hanyalah berkisarkan tauhid semata-mata. Bukan membina negara. Negara Madinah itu menjadi maju dan berjaya adalah kerana ketauhudan umat Islam yang sangat kukuh pada masa itu. Dan itulah yang sepatutnya kita contohi.

      Dan banyak kesilapan yang berlaku di dalam masyarakat kita adalah sikap menunding jari ke arah orang lain. Hukum Islam tak dilaksanakan kita tuding jari kepada orang lain. Masyarakat rosak akhlak kita tuding jari pada orang lain. Ekonomi merudum kita tuding jari pada orang lain. Sebenarnya kesilapan yang berlaku adalah kepada diri sendiri. Di sini sikap ketauhidan dan ketaqwaan juga yang memainkan peranan. Jika seluruh umat Islam sekarang termasuklah diri saya sendiri mempunyai ketauhidan yang tinggi kepada Allah, sudah tentulah tidak berlaku semua perkara di atas. Kerana Islam itu mencegah bukan mengubat. Pemahaman Islam itu sebenarnya perlu kita titik beratkan.

      Mungkin saudara NII tidak dapat menerima apa yang saya tulis ni. Tetapi saya minta supaya saudara NII dan seluruh umat Islam cuba berfikir. Apa sebenarnya yang kita dah buat dan apa sebenarnya kita dah tinggalkan.

      Wallahualam.

       
  30. Ibrahim

    25/12/2010 at 2:06 am

    Sudah begitu banyak pendedahan mengenai kesesatan NII zaytun yang sudah cukup untuk membuka mata mereka yang berakal.

    Contoh yang jelas ialah kewajipan sebagai seorang islam seperti solat dan puasa yang sudah mutawattir sepanjang sejarah sehingga tidak pernah dipertikaikan oleh mana2 aliran termasuk syiah dan semua aliran yang wujud di awal islam seperti khawarij, mu’tazilah dll.

    Bagaimana NIIZ boleh menyeleweng sehingga mencipta definisi baru kepada solat, puasa dll?
    Ada satu kaedah dalam fikah iaitu syubhat(was-was) tidak membatalkan keyakinan. Contohnya kita ambil wuduk (yakin) untuk solat maghrib dan selepas itu menunggu untuk solat isyak, bila tiba masa untuk solat isyak kita was-was samaada masih ada wuduk, maka wuduk kita masih sah.

    Begitu juga dengan amalan islam yang telah mutawattir (yakin) bagaimana NIIZ boleh membawa doktrin baru berasaskan syubhat dengan memetik beberapa ayat Qur’an dan berkaitan solat umpamanya sedangkan terdapat beratus ayat berkaitan solat? Sekali lagi ini bukanlah kaedah dalam merumus asas agama. Asas agama dirumuskan oleh ayat2 yang terang jelas tanpa keraguan.

    Jelas disini, NII zaytun merumuskan doktrin mereka berasaskan syubhah dan bayyinat yang terdedah kepada penyelewengan yang membawa kepada kesesatan. Tidak cukup jelaskan firman Allah dalam Ali-Imran?

    3.7 Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat[183], itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat[184]. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

     
  31. Mencari

    25/12/2010 at 2:15 am

    spt yg saya katakan, sy xikut dorang spt lembu yg dicucuk hidung.. sy berfikir n menilai setiap tindakan mrk. Pasal Islam liberal n pluralisme tu blm lg sy lihat dlm jemaah sy. so far, ape yg saudara bincangkn di blog saudara ni blm lg terjadi di jemaah sy.. sy msh lg mengesakan Allah, solat 5 waktu n pergi ke masjid. jd xperlu bg sy utk dapatkn majalah tu sdgkn majalah tu sndri pn guna info di blog saudara. sekiranye bila sy mengalami sendiri ape yg saudara katakn, InsyaAllah sy akn tegur, beri pandangan sedaya yg sy mampu utk betulkn. Jika sy masih xdpt terima pastinye sy keluar.

    secondly, mengenai tafsir ibnu kathir n tafsiran yg sy dpt dari sahabat NII belum lg juga bercangah.. eg, Al-Fatihah- dikatakan ibnu kathir dari hadis2 sahih yg al fatihah ialah ni ummul kitab, iaitu rangkuman seluruh isi al Quran. itu jugallah yg diberitahu pada sy. kalo xsilap sy ade sahih melalui ibnu Abbas yg Al-Fatihah ni sebahagianye utk Allah, Rab yg agung n sebahagian lg adelah utk hambenye yg meminta. Jd sy xnmpk sesatnye bila shbat NII menafsirkan Al-Fatihah ni dlm btk RMU, kerana tgungjawab kita hambanye utk menegakan hukum Islam di tempat kita.. utk ape? menagungkan n mentauhidkan Allah swt. itulah bahagian Allah n bahagian kita, pd pandangan sy lah. ape pndapat saudara.. perlu x kita tegakkan hukum Islam ni di Malaysia?

    third, baru2 ni sy ade tonton 1 rncangan agama membincangkan hal riba. ustaz yg dijemput xperlulah disebutkn namenye dgn tegasnye menyuruh kita guna sistem perbankan Islam spt diguna pakai bank Islam, muamalat dsb krn tiada unsur riba.
    sy tanye ustaz di masjid yg.. katanye, Bank Islam lbh jahat krn cuba menghalalkn ape jelas tlh diharamkn. katenye, mrk gunakan helah riba melalui 2 transaksi jual-beli. tp riba ttp riba. sekecil2 riba adalah sebesar2 zina.. malah ada hadis mengatakan dosa riba yg kecil sama spt berzina ngn ibu sendiri. saudara pn ada mencadangkan supaya guna Bank Islam.. ape pndapat saudara?

    Benar dakwah utama Rasullulah bkn pasal bernegara tp Akidah, mengesakan Allah tuhan yg Satu. tp ape yg ptt kita lakukan setelah kita beriman? dlm Quran, Allah ade mengatakan kepada org yg beriman: Tegakkanlah Agama Allah. bkn begitu? Kalau saudara ade mengkaji sirah pn.. antara perkara terawal yg dibuat Rasullulah saw adalah menghapuskn riba. kerana riba inilah yg di amalkn Yahudi sehinga mrk wlpn sedikit mampu mengawal Madinah, juga menyebabkn kaum Aus n Khazraj sentiasa x bertelagah. bainatnye negara kita skrg juga kn? furqan lah sendiri. kemudian dibuatnye Piagam Madinah n dilaksanakn Hukum Allah yg Maha Adil di Madinah sebuah Negara Islam. Apakah msh tidak penting bernegara dlm Dakwah Rasullulah saw?

    Maafkn sy jika silap.. berdasarkn pengamatan sy di blog ini n komen2 saudara sy nmpk saudara lbh berminat mengkaji ajaran yg dikatakn sesat, mgkin kerana saudara keje dgn Jabatan Islam dari mengkaji Quran n Sunnah itu sendiri. saudara kelihatanye redha dgn Kerajaan Malaysia yg kononye Islam. Kita yg mengaku beriman ni sepatutnye mencari Jalan memajukan Islam agar tertegaknye Hukum Allah di tnh Malaysia ini.

    Pasal NII ni, dun wori jika jelas ia sesat n xdpt dibantu lg.. sy sendiri akn laporkan jemaah sy pada Jabatan Agama. Same2lah kita berdoa Allah akn tunjukkan kita Jalan yg Lurus, yg dikurniakan nikmat bknye jalan yg Dimurkai n bkn pula jalan org yg sesat. Amin.

    Sesunguhye Allah Maha Mengetahui Segala yg Tidak Kita Ketahui.

     
  32. mencari

    26/12/2010 at 7:10 pm

    kenapa komen sy masih lg xdisiarkn n dijawab? adakah saudara benar2 ikhlas..

     
    • suarajagat

      27/12/2010 at 5:39 pm

      pertamanya, saya mohon maaf kepada saudara mencari dan Ahmad kerana keterlewatan menyiarkan komen2 anda. Saya agak sibuk akhir2 ini dengan urusan dakwah, serta kehidupan harian bersama ahli keluarga. Bila buka blog pd hari ini..keterlihatan beberapa komen yang memerlukan approval dan respon. Terima kasih kerana terus membaca SJ.

      Saudara mencari,
      Milenia Muslim yang anda baca di blog ini adalah keluaran April 2010 dan bukannya Disember 2010.

      berkaitan perkara-perkara berhubung Perlembagaan Malaysia, saya berpendapat adalah lebih tepat untuk kita menegaskan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam. Dengan penegasan sedemikian, ruang untuk kita melaksanakan hukum2 Islam akan lebih terbuka berbanding dengan keadaan dimana kita menafikannya.
      Sewajarnya kita bersyukur kerana ketika proses perbincangan untuk mencapai kemerdekaan dilakukan, para pemimpin pada ketika itu bertegas ingin meletakkan Islam sebagai agama rasmi [sebagaimana termaktub pada perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan].
      Kita harus mengetahui tekanan yang diberikan oleh pihak British pada ketika itu yang tidak mahu Tanah Melayu (nama asal Malaysia pada ketika itu) menjadi sebuah Negara Islam. Justeru, tindakan yang diambil oleh pemimpin kita terdahulu adalah satu tindakan yang boleh diibarat umpama menarik rambut dalam tepung.
      Biarpun perkara 4(1) meletakkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi, namun perkara 4(1) ini tidak sepatutnya dibaca secara berasingan dengan perkara 3(1). Perkara 3(1) dan Perkara 4(1) patut dibaca secara bersama. Justeru kita sewajarnya bersyukur kerana dengan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara, ia menjadi asbab untuk membolehkan Islam dominan di negara ini. Saya tidak menafikan bahawa perundangan dan hukum Islam belum terlaksana sepenuhnya di negara ini, namun demikian kita juga tidak boleh menafikan bahawa kita sentiasa berusaha ke arah pemantapan perlaksanaan hukum2 tersebut. Sabtu lalu umpamanya, JHEAINS telah membuat keputusan untuk mewujudkan undang2 murtad di Negeri Sabah bagi membendung masalah saudara baru kembali ke agama asal. Begitu juga usaha-usaha yang sedang dilakukan bagi memperkasakan lagi Mahkamah Syariah di negara ini. Tanpa perkara 3(1) sudah pasti tidak memungkinkan kita untuk dapat berusaha sejauh ini. Tambahan lagi, perkataan sekular tidak pernah ada dalam perlembagaan negara kita.

      Berkaitan hubungkait di antara Pluralisme dan NII/GPK/Maahad al-Zaytun, salah satu buktinya ialah di sini :
      https://suarajagat.wordpress.com/2009/03/12/pendeta-kristian-berdoa-dalam-masjid-rahmatan-lil-alamin/

      NII/Maahad al-Zaytun juga diketahui mendapat kutipan dana dari gerakan ajaran sesat yang lain yang terdapat di Indonesia. Hal ini dijelaskan oleh Pak Amin Djamaluddin (MUI) ketika membicarakan permasalahan ajaran sesat di Indonesia dalam sesi ceramahnya di Kuala Lumpur pada sekitar bulan Ogos yang lalu. Pak Amin merupakan salah seorang pakar dalam permasalahan berkaitan ajaran sesat di Indonesia.

      Berkaitan al-Fatihah dan pentafsiran Rububiyyah, Mulkiyah, Uluhiyyah (RMU)..ternyata ia bercanggah dengan ajaran Islam. Bercanggah dengan akidah Islam kerana tauhid mulkiyyah tidak wujud dalam ajaran Islam. Perkara berkaitan kekuasaan Tuhan telah jelas di dalam tauhid Rubbubiyyah. Apatah lagi bila NII/GPK mendifinisikan Mulkiyyah dalam bentuk Lembaga Rasul. Ia ternyata menyimpang dari akidah Islam. Bila menyebut menyimpang dari akidah, ini bermakna ia boleh menyebabkan terbatalnya syahadah secara tanpa disedari. syariat tidak mungkin tertegak andai akidah telah terpesong. Justeru tidak hairanlah jika NII tidak pernah futuh.

      Berkaitan permasalahan yang wujud dalam bank Islam, saya melihat Bank Islam yang ‘pure’ di negara ini melaksanakan sistem kewangan Islam. Masalah yang wujud ialah apabila ada bank-bank conventional yang membuka cawangan ‘Islamic Banking’ tetapi tidak benar2 patuh kepada hukum Islam. Hal ini berlaku kerana bank2 tersebut sebenarnya lebih bertujuan untuk mengaut keuntungan di atas kesedaran masyarakat tentang keperluan perbankan Islam. Hal inilah yang sewajarnya diperhatikan dan dibanteras. Namun demikian, dari sumber2 kenalan yang terlibat dengan pengislahan ke atas sistem kewangan Islam, ternyata mereka sedang berusaha menyediakan sistem yang sepenuhnya patuh syariah. Semua ini memerlukan masa bagi mengatasi pelbagai halangan yang wujud.

      Untuk pengetahuan saudara, buat masa ini saya tidak terikat dengan mana-mana Jabatan Agama Islam. Selama berdekad berdakwah, tidak ada satu sen pun yang saya ambil. Tidak pernah ada harakah sedekah atau infaq yang saya kutip atau terima.

      Komen saudara Ahmad saya kira adalah amat tepat.
      Janganlah asyik menuding jari ke arah orang lain..tetapi apa pula usaha kita? Mengikut ajaran sesat bukan jawapan kepada penyelesaian masalah pemantapan Islam di Malaysia. Malah ia lebih parah.

      Kelakar juga bila sudah baiah menggugurkan kewarganegaraan malaysia dan menjadi rakyat NII, tetapi anda dan ahli2 NII/GPK masih lagi tinggal di Malaysia, bekerja dan menerima gaji RM di sini. Kenapa tidak sahaja pergi ke pejabat pendaftaran dan membatalkan ic? Malaysia yang sering dikata kotor dan jijik..tetapi matawang RM juga yang digunakan oleh GPK. Pergi sahaja kalian semua ke Indonesia, terus menetap di Maahad al-Zaytun,Herguleus, Indramayu..dan jangan pernah pula pulang ke sini. Itu lebih baik.

       
  33. mencari

    27/12/2010 at 6:50 pm

    sy masih ade beberapa soalan yg blm dijawab dgn jelas.

    1. bagaimana saudara blh mengaku Malaysia adalah negara Islam sedangkan Tunku sendiri tidak mengakuinya?

    2. Adakah meletakkan sifat Allah swt ( Supreme n Sovereign) kepada suatu benda rekaan manusia tidak memesongkan Akidah?

    terima kasih?

     
    • suarajagat

      28/12/2010 at 12:48 pm

      saudara mencari,

      1. Benar, ketika mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman tidak menyebut Islam sebagai sebuah negara. Tidak juga menyebut secara langsung Tanah Melayu sebagai negara Islam. Pun demikian, perkataan ‘secular’ TIDAK PERNAH wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Keputusan beliau dan pemimpin kemerdekaan pada ketika itu yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi sebenarnya secara tidak langsung adalah cara untuk mengangkat negara ini menjadi sebuah negara Islam. Asbab dari peruntukan Islam yang terkandung dalam perlembangaan itulah yang membolehkan kita melaksanakan dan membangunkan institusi Islam secara de jure berbanding mengekalkannya dalam bentuk semasa penjajahan yang menghalang proses Islamisasi.

      Jika anda merujuk kepada Tunku, ia berlaku akibat tekanan pihak British dan ketika itu, keutamaan kita adalah untuk mencapai kemerdekaan. Bila kita sudah merdeka, maka kita berupaya menentukan halatuju negara ini. Kerana itu juga, proses Islamisasi atau pembangunan dan pemantapan Islam di Malaysia masih berterusan sehingga kini dan insya’ALLAH pelaksanaan hukum-hukum Islam dalam negara ini akan tiba masa mapannya kelak.

      Jika merujuk kepada Tunku atas asas beliau Perdana Menteri pada ketika itu..kita juga mesti merujuk dan mengambil kira kepada Pengisytiharan Malaysia sebagai Negara Islam oleh Tun Dr. Mahathir (sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri). Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah menegaskan Malaysia sebagai negara Islam semasa ucapannya di Dewan Rakyat pada 27 Ogos 2007. Begitu juga dengan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
      (jangan pula kerana nama2 Perdana Menteri Malaysia ini saya sebutkan..anda cop saya sebagai ahli mana2 parti politik)

      Mantan Sheikhul al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dalam lawatan kali keduanya ke Malaysia pada bulan Ogos 1998, juga memperakukan Malaysia sebuah negara Islam.

      Islam ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan :

      Perkara 3(2) memperuntukkan bahawa Raja-Raja adalah Ketua Agama yang mempunyai kuasa atas hal ehwal Islam.
      Perkara 11(1) memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan
      Perkara 11(4) memperuntukkan bahawa negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam.
      Perkara 12(2) memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan bagi pembangunan syiar Islam.
      Perkara 37(1) & (2) memperuntukkan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, menggunakan format dengan menyebut nama ALLAH seperti lafaz wallahi wabillahi watallahi. Ini merupakan sumpah syari’e mengikut lunas-lunas syariah.
      Perkara 74(2) memperuntukkan kerajaan negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam.
      Perkara 121(1A) memperuntukkan pengiktirafan kepada mahkamah Syariah untuk mendengar kes dan persoalan mengenai agama Islam, dan mahkamah Sivil tidak boleh campur tangan, membatalkan atau tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.

      🙂 Ternyata, Islam menjadi antara dasar utama Malaysia. Agama lain tidak pernah disebut dalam Perlembagaan. hanya Islam yang disebut. Tidak seperti Turki umpamanya, yang menetapkan dalam Perlembagaannya, Turki negara sekular.

      2. Perkara 4(1) tidak boleh didifinisikan sebagai meletakkan sifat ALLAH kepada rekaan manusia. Ia juga tidak memesongkan akidah kerana dengan jelas Islam di Malaysia mengikut kepada ahli sunnah wal jamaah.
      Perkara 4(1) meletakkan perlembagaan sebagai kedudukan undang-undang tertinggi dalam pemakaian undang-undang yang diluluskan selepas kemerdekaan.
      Sebelum ini saya telah mengatakan perkara 4(1) hendaklah dibaca secara bersama dengan perkara 3(1).

      perkiraan nombor ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10….

      Maka, membaca Perlembagaan secara menyeluruh bermula dari perkara 1 hingga akhirnya, kita dapati Perkara 3(1) & (2) mendahului Perkara 4(1).
      Apabila membaca secara keseluruhan, kita juga mendapati bahawa perkara 4(1) memberi kekuatan/ menyokong kepada perkara 11(1), 11(4), 12(2), 37(1), 37(2), 74(2) dan 121(1A). Ini secara langsung memberikan dominasi kepada Islam yakni agama yang diredhai ALLAH untuk bertapak kukuh di Malaysia.

       
  34. mencari

    29/12/2010 at 5:48 am

    Salam,

    terima kasih kerana saudara msh memberi respon.

    1.Izinkan saya menceritakan sedikit tentang sejarah Malaysia yang kita sayangi ini. Saudara mengatakan kerana tekanan dari pihak British dan kita terdesak utk mendapat kemerdekaan Tunku tidak menyebut Tanah Melayu akan menjadi negara Islam, tetapi malangya kita kerana Tunku bersetuju untuk menerima cara dan telunjuk British. Malahan, dalam sidang parlimen pasca kemerdekaan, apabila ditanya oleh MP ” adakah Malaya ini Negara Islam?” jawapan ringkas Tunku ialah ” tidak”. ini berlaku selepas pn kita merdeka.
    British tidak mgkin akan memberi “kemerdekaan” dgn mudahnye iaitu melalui rundingan kepada kita melainkan mereka pasti akan terus MENGAWAL kita. Tidak perlulah Tuk Jangut mati dan digantung dgn kepala di bawah, ataupn Matkilau dan Imam Rasu dihambat hinga ke Siam ataupn pemimpin2 PKMM terdiri drpd, antaranye MATA, AWAS, API, HIZBUL-MUSLIMIN, GERAM dll kemudianye pula bergabung dgn AMCJA mjadi PUTERA-AMCJA diburu dan dihukum. Paling tidak pn Dato Onn tidak perlu smpai keluar UMNO akhirnye setelah sekian lamabersekutu dgn British, kalau kemerdekaan boleh diberi oleh British hanya dgn beberapa siri Rundingan.

    Pemimpin yg sy sebutkan di ats juga berunding dgn British, tetapi kenapa Kemerdekaan tidak diberi kpd mereka wlpn mereka lebih mendapat sokongan rakyat? malahan Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Dato’ Onn Jaafar.

    British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan ‘preventive detention’ iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.
    Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’Divide n Rules’ British adalah lebih 2,800 orangpemimpin dan ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS) Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO.

    Adakah Saudara tahu isi perjanjian antara delegasi Malaysia diketuai Tunku dan Tun Razak dgn British? Adakah Saudara tahu Perjanjian Sulit antara mereka? Adakah Rakyat Malaysia diberitahu? Sejarah kita banyak yg digelapkan sehinga kita tidak kenal siapa PEJUANG kemerdekaan yg sebenar mahupn erti MERDEKA itu sendiri. Kenapa British berkejasama dan memberi Kemerdekaan kepada Perikatan UMNO, MCA dan MIC dan Gabungan PUTERA-AMCJA yg lebih mendapat sokongan rakyat dihapuskan terus? Tentulah kita boleh agak sendiri mengapa, hari ini dengan terbinanye Kilang ARAK terbesar Asia tengara di Selangor dgn Dirasmikan Tunku sendiri kalau tidak salah saya pada 1968 lagi dan kemudianya Pusat JUDI juga yg terbesar di Genting dengan perkenan Tun Razak. Inikah Negara Islam? Adakah kita benar2 MERDEKA? sy tiada jawapan tepat. ALLAH telah mengurniakan nikmat Akal kepada kita, boleh lah kita fikir sendiri.

    Tidak perlulah disebut pengisytiharan Negara ISLAM oleh Mahathir, Pak Lah dan Najib kerana mereka hanya mengikut telunjuk pihak2 tertentu. Malahan ada sumber menjurus ke arah pembabitan DUA drpd mereka dgn gerakan freemason. Malah berdasarkan kajian saya sendiri ada bukti kukuh penlimbatan beberapa Sultan2 kita(Ketua Agama ISLAM) dgn gerakan ini sejak tahun 1906 lagi, tidak perlulah sy namakan satu2 di sini. Jadi layakkah mereka ini menjadi Ketua Agama ISLAM spt yg dicadangkan Perlembagaan?
    Juga saya tiada jawapan tepat. ALLAH telah mengurniakan nikmat Akal kepada kita, boleh lah kita fikir sendiri.

    2. Sebagai pelajar undang2 sy amat berminat untuk mengulas dengan lbh detail Artikel2 Perlembagaan yg digunakan saudara, tetapi elok lah saya ringkaskan sahaja. Artikel 3, 37, 74, dan 121 bukanlah asas dalam perlembagaan kita, Artikel 11 adalah ” Fundamental Liberty” dan Artikel 4 dalah AKAR atau ASAS kepada perlembagaan itu sendiri. Artikel berkaitan dgn ISLAM blh digubal dgn Majoriti 2/3 di kedua2 Dewan Rakyat dan Negara dgn ‘consent’ Majlis Raja2.( biasanye majlis raja2 mengikut sahaja) ini bermakna semua artikel ini boleh digubal bila2 masa sahaja jika ada 1 pihak menguasai majoriti 2/3 di Parlimen. Artikel 11 lebih susah utk digubal kerna akan berlaku ‘Constitutional Conflicts’ dan selain 2/3 majoriti perlu juga mendapat kebenaran dari Mahkamah Persekutuan, saudara blh rujuk kes Loh Kooi Choon dan Phang ching Hock mengenai pengubalan Artikel 5 hingga 13 ini. Dan Artikel 4 tiada sesiapa dalam Parlimen pernah bersuara utk mengubal atau memadamnya. Sy rasa kalau saudara tanya sesiapa pn yang mahir tentang perlembagaan untuk mengubal artikel ini adalah hampir MUSTAHIL, kecuali semua ahli Parlimen terdiri dari 1 Parti sahaja.

    saudara berkata:

    “Sebelum ini saya telah mengatakan perkara 4(1) hendaklah dibaca secara bersama dengan perkara 3(1).

    perkiraan nombor ialah 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10….

    Maka, membaca Perlembagaan secara menyeluruh bermula dari perkara 1 hingga akhirnya, kita dapati Perkara 3(1) & (2) mendahului Perkara 4(1).”

    Maafkan saya saudara, ini memang silap tanyalah mana2 pakar perlembagaan pn kerana Perkara 3 tidak mendahului perkara 4 mengikut kepentinganya dalam Undang2 Sekular Malaysia. Perkara 3 tidak boleh dibaca dgn perkara 4 menurut pandangan saya.. tp boleh dibaca dgn perkara2 lain yg saudara sebutkan di atas.

    3. Saudara juga mengatakan:

    “Benar, ketika mencari kemerdekaan bagi Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman tidak menyebut Islam sebagai sebuah negara. Tidak juga menyebut secara langsung Tanah Melayu sebagai negara Islam. Pun demikian, perkataan ‘secular’ TIDAK PERNAH wujud dalam Perlembagaan Malaysia.”

    Tepat sekali, tiada perkataan ‘SEKULAR’ dlm perlembagaan. tetapi perlembagaan harus dilihat dari sudut semangatnye ataupn ‘Spirit of Constitution’. adakah ia mendokong negara islamik ataupn negara sekular? adalah terlalu panjang utk dihuraikan dan dibincangkan di sini jadi jika saudara berkesempatan saudara boleh rujuk pd ‘ landmark case’ yg pernah berlaku di negara ini spt disertakan bersama citation sekali supaya senang saudara mencarinya; Minister of home affair v Osman Jamaluddin(1989) 1MLJ 418, Dato Menteri Othman Baginda v Dato Ombi Syed Alwi(1981) 1 MLJ 29, Che Omar v PP(1988) 2 MLJ 55, Teoh Eng Huat v Kadhi Pasir Mas(1990) 2 MLJ 300, Parliementary v Presidential System(1979) 2 MLJ IV.

    JUga kes2 baru yg lebih dekat dgn kita: Lina Joy v Majlis agama Islam W.P (saman Pemula No. 2-24-30-2000),Meor Atiqulrahman Ishak v Fatimah Sihi(2000) 5 MLJ 35, Halimatusaadiah v PSC(1994) 3 MLJ 61, Bikar Singh v PERKIM(kedah) 1999 2 CLJ 5, dan banyak lagi utk dituliskan disini, jika ada masa saudara boleh baca sendiri supaya saudara lebih faham ttg intipati Perlembagaan Malaysia.

    Kesimpulanya, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyokong Malaysia ini Negara ISLAM melainkan ianya adalah negara SEKULAR, walaupn ia mengiktiraf dan menyamakan MELAYU dgn ISLAM dan mengikat MELAYU dgn ISLAM.

    Maaf ye pjg sgt..hehe.

    Ilmu sy amatlah sedikit, Kurniaan Allah yg Maha Pemurah. Sesunguhnya Allah Maha Mengetahui segala yg Tidak kita ketahui.

     
    • suarajagat

      29/12/2010 at 2:29 pm

      Terima kasih mencari atas pandangan anda..
      saya sememangnya menunggu saudara bercerita mengenai sejarah kepartian pra-kemerdekaan. Kerana saya pasti, kalangan yang mempunyai background undang2 sudah semestinya sejarah adalah sesuatu yang selalu ada di fikiran.
      Kita turut mengimbas kembali Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid agar “Agama bagi Malaysia hendaklah agama Islam”. Suruhanjaya Reid turut menerima banyak permintaan dari pertubuhan bukan Islam supaya ‘secular nature of the state‘ dan kebebasan beragama diberikan termasuk surat sulit daripada Setiausaha Tanah Jajahan, Alan-Lennox Boyd. Parti Buruh Malaya turut menghantar memorandum yang menegaskan keperluan sebuah negara sekular untuk keharmonian sivil dan beragama dan beragama serta bantahan hak istimewa orang Melayu.
      Pertubuhan Islam seperti Forum Melayu yang dipimpin oleh sekumpulan pegawai atasan Melayu dalam Perkhidmatan Awam turut menghantar memorandum mengehendaki Islam sebagai agama bagi negeri dan persekutuan.

      Tidak perlulah disebut pengisytiharan Negara ISLAM oleh Mahathir, Pak Lah dan Najib kerana mereka hanya mengikut telunjuk pihak2 tertentu. Malahan ada sumber menjurus ke arah pembabitan DUA drpd mereka dgn gerakan freemason. Malah berdasarkan kajian saya sendiri ada bukti kukuh penlimbatan beberapa Sultan2 kita(Ketua Agama ISLAM) dgn gerakan ini sejak tahun 1906 lagi, tidak perlulah sy namakan satu2 di sini. Jadi layakkah mereka ini menjadi Ketua Agama ISLAM spt yg dicadangkan Perlembagaan? Juga saya tiada jawapan tepat. ALLAH telah mengurniakan nikmat Akal kepada kita, boleh lah kita fikir sendiri.

      Saudara,
      kalau kita menolak kepimpinan mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia, apakah menyertai NII/GPK/Maahad al-Zaytun adalah jawapannya?
      saya fikir – tidak.
      Ini kerana adalah sangat jelas bahawa NII/GPK/Maahad al-Zaytun adalah sebahagian agenda pluralisme dan freemason. Selain kisah doa paderi di dalam masjid rahmatan lil alamin di aminkan oleh Abu Toto dan warga al-Zaytun, Pihak NII/Maahad al-Zaytun turut telah menerbitkan Ensiklopedia Nurcholish Madjid untuk menyemarakkan lagi fahaman Cak Nur yang terang-terangan adalah pluralisme agama. Bukankah ini adalah agenda freemasonary?
      lihat link ini : https://suarajagat.wordpress.com/2010/03/17/nii-kw9maahad-al-zaytun-haiwan-ternak-israel/
      Justeru itu, memilih untuk mengikuti NII bukanlah jalan keluar. Ia malah lebih parah lagi.

      Jika kita mengaitkan Tun Dr. Mahathir dengan agenda freemason, maka dalam masa yang sama juga kita perlu ingat bahawa beliau di antara individu yang paling dibenci oleh Yahudi. Ucapan Tun Abdullah juga perlu diambil kira, apatah lagi apabila ianya merupakan teks ucapan beliau di Dewan Rakyat.

      Perkara 1,2,3 yang anda nyatakan tetap juga tidak mematahkan hujah ini :
      Mantan Sheikhul al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dalam lawatan kali keduanya ke Malaysia pada bulan Ogos 1998, juga memperakukan Malaysia sebuah negara Islam.

      Berhubung dengan kes2 yang anda sebutkan, tidak saya nafikan bahawa ia memberi cabaran kepada umat Islam, khususnya di Malaysia. Saya melihat kes2 ini sebagai satu ‘blowing whistle‘ yang patut diberi perhatian oleh kita bagi memperkemaskan lagi usaha pengukuhan Islam di Malaysia. Para hakim yang terkemudian juga mesti lebih berhati-hati. Usaha JHEAINS utk melaksanakan undang-undang murtad di negeri Sabah antara usaha yang saya lihat sebagai proses pengukuhan sistem perundangan Islam di negara ini. Biarpun mungkin nanti akan ada apa jua kekurangan, kita mesti sama2 membantu memperkemaskannya.

      Jika kita mengatakan bahawa Malaysia sebagai negara sekular, maka secara tidak langsung proses pengukuhan Islam di Malaysia boleh terbantut atau semakin tidak jelas halatujunya. Secara tidak sedar kita juga menafikan usaha ke arah islamisasi Malaysia. Sedarkah kita bahawa isu ‘Malaysia negara Islam atau tidak?’ pada asalnya merupakan isu yang dibangkitkan oleh segelintir golongan bukan Islam yang Islamophobia? Mereka sebenarnya cuba memperlahankan proses Islamisasi. Malangnya kita umat Islam di Malaysia terikut-ikut rentak mereka lalu bercakaran sesama sendiri.

      Lazimnya, sebuah negara sekular tidak ada peruntukan berkaitan agama di dalam Perlembagaan mereka. Tetapi ini berbeza dengan Perlembagaan Malaysia yang sebenarnya cuba melarikan diri dari konsep itu dengan memperuntukan agama Islam di dalam kandungannya. Kerana itu ramai yang mengatakan Malaysia sebagai Islamic state with a secular constitution.Kerana itu saya memilih untuk mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mana proses pengukuhan pelaksanaan Islam atau Islamisasi dilakukan secara berterusan. Secara tidak langsung memberi kredit kepada usaha para pendakwah dan ulama yang ada sejak dahulu hingga kini. Memanglah matlamat kita untuk melihat Islam 100% dominan belum tercapai, kerana ia mengambil masa yang panjang. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu ke arah mencapai tujuan tersebut. Apa yang saya sebutkan ini adalah senada dengan pandangan 2 orang Profesor Undang-Undang Perlembagaan, Dr. Shad Faruqi dan Dr. Aziz Bari. Almarhum Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim juga TIDAK bersetuju dengan pihak yang mengatakan Malaysia negara sekular. Beliau malah menyebut Perkara 4 Perlembagaan Malaysia merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja dan tidak membawa kesan kepada Syariah iaitu undang-undang tidak bertulis yang telah wujud di negara ini sejak berkurun dahulu.
      Tanpa sepatah pun perkataan ‘sekular’ di dalam Perlembagaan, ini menunjukkan Perlembagaan lebih memberi sokongan ke atas Islam. Lantas, ruang yang ada ini mestilah digunakan sepenuhnya bagi mendominasikan Islam di Malaysia.

      Saya sangat setuju dengan saranan Allahyarham Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim iaitu

      “Oleh sebab Islam menjadi Agama Rasmi Persekutuan dan juga Agama Rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang Asas dan undang-undang Negeri di Malaysia.”
      (Ahmad Ibrahim dalam al-Ahkam, 1994)


      “Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggeris yang lapuk itu, tetapi bebas menerima undang-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Perlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan Undang-undang Islam, maka hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ianya bertentangan”
      (Ahmad Ibrahim dalam al-Ahkam, 1994)

      “Dengan dua cara ini bolehlah kita mengesahkan bahawa undang-undang di Malaysia sekurang-kurangnya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam” (Ahmad Ibrahim dalam al-Ahkam,1994)

      Usaha kepada apa yang disebutkan beliau adalah amat penting.
      Ini mengingatkan saya pada kata-kata ulama terkenal (Fathi Yakan kalau tak silap saya) apabila ditanya tentang pertikaian dalam isu kewujudan negara Islam, beliau menjawab “kamu bina Islam dalam diri kamu, nescaya Islam tertegak di negara kamu”

      Oleh itu membantu pihak berautoriti menggiatkan usaha pemantapan Islam adalah cara untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan Islam di Malaysia; bukannya dengan menyertai kumpulan ajaran sesat yang sangat terkait dengan pluralisme dan neo-muktazilah seperti NII/Maahad al-Zaytun.

      Kalau sudah berbai’ah,’berhijrah’ ke NII..tiada gunanya lagi mempertikaikan perlembagaan negara ini. Tiada gunanya juga untuk menetap di sini. Lebih tepat lagi jika kalian bertindak pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk membatalkan kad pengenalan(ic), seterusnya berpindah dan tinggal di Maahad al-Zaytun dan jangan sekalipun menjejakkan kaki di Malaysia lagi. Pergilah kalian semuanya.

       
  35. Ahmad

    29/12/2010 at 9:52 am

    Assalamualaikum,

    Terima kasih saudara Suarajagat di atas penerangan yang cukup baik dan mendalam tentang permasalahan yang berlaku. Teruskan usaha anda dan para pendakwah sekalian untuk menyampaikan ajaran Islam yang sebenar. Dan jikalau tidak salah saya, Tunku Abdul Rahman adalah Setiausaha Agong OIC yang pertama. Jelas menunjukkan Malaysia pada masa itu sudah diiktiraf sebagai negara Islam oleh dunia.

    Saudara Mencari, objektif dakwah itu sebenarnya perlu saudara fahami. Tugas utama yang perlu kita lakukan adalah untuk menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Bukan hanya tertutup kepada sempadan negeri dan negara sahaja. Al-Quran itu adalah cahaya untuk seluruh umat manusia. Jadi cuba buka minda saudara, adakah Islam itu sudah ditegakkan dengan hanya hukum Islam sudah tertegak di Malaysia sahaja? Adakah Al-Quran itu untuk orang Malaysia sahaja?

    Cara pemahaman saudara dengan tafsiran Al-Quran juga perlu diperbetulkan. Al-Quran tidaklah boleh sewenang-wenangnya ditafsirkan daripada bahasa melayu sahaja. Saudara perlu tahu struktur ayat dengan betul. Belajarlah Al-Quran itu dahulu. Carilah guru yang betul. Jangan amik mudah dengan apa yang saudara nak buat.

    Ketiganya adalah sikap kita yang ingin menjadi seperti orang kafir adalah punca dimana kita banyak tersimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Sikap kita yang mengejar kemewahan dunia menyebabkan ramai daripada kita mencari jalan di dalam agama untuk membenarkan kesalahan yang berlaku. Sama seperti yang berlaku kepada kaum Yahudi yang disumpah menjadi beruk kerana kedegilan mereka. Ya Allah jauhkanlah kami daripada sikap yang sedemikian.

    Memang benar Nabi Muhammad tidak menolak pembangunan. tetapi kita banyak lupa dan mengambil mudah cara hidup nabi yang sebenar. Cuba buka semula sejarah nabi dan baca semula. Ada tak cerita nabi menjadi pemimpin yang mewah. Setahu saya, hanya cerita nabi kelaparan. Nabi pakai pakaian yang lusuh. Nabi letak batu di perut untuk menahan lapar. Nabi berkongsi sebiji kurma dengan keluarganya. Nabi tidak terima hadiah. Dan seluruh hidupnya dipenuhkan dengan urusan dakwah dan ibadah. Itu sebenarnya yang cuba nabi sampikan kepada kita. Dunia hanyalah sementara, akhirat lah yang kekal selamanya.

    Jadi cubalah saudara mencari fahamkan semula. Adakah betul perjuangan saudara itu. Cuba buka minda dan jangan jadi taksub. Fikirkan apa yang kita buat dan apa yang dah kita tinggalkan.

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      29/12/2010 at 2:47 pm

      Terima kasih saudara Ahmad..
      betul, Tunku Abdul Rahman adalah Setiausaha Agong OIC yang pertama.
      Sebenarnya beliau jugalah yang memohon supaya peruntukan berkenaan kedudukan agama Islam dimasukkan ke dalam perlembagaan baru Tanah Melayu sebagaimana tuntutan memorandum Perikatan.

       
  36. Ahmad

    30/12/2010 at 9:45 am

    Assalamualaikum,

    Saya bersetuju dengan pandangan dan hujah saudara suarajagat tentang proses Islaminisasi tersebut. Benar, banyak di antara kita masing-masing tidak faham tentang apa yang berlaku sebenarnya. Banyak yang bercakap atas dasar rasa marah dan tidak puas hati sahaja.

    Sebagaimana yang berlaku di masa sekarang, contoh tauladan yang diambil daripada diri Rasulullah itu banyak yang sudah diputarbelitkan atau diambil separuh sahaja untuk membenarkan perjuangan masing-masing. Dan saya amat bersetuju jika dikatakan mengambil jalan mempertahankan dan memperjuangkan NII itu adalah lebih sangat parahnya kerana bertindak mencari jalan keluar dengan menggunakan Kalam Allah yang ditafsir secara logik akal yang penuh rasa marah dan tidak puas hati.

    Cubalah saudara mencari bertenang seketika. Berfikir diluar pengaruh NII seketika. Pandanglah NII tersebut dan majoriti umat Islam di dunia. Adakah sama perjuangan NII dengan Majoriti umat Islam Di Dunia?

    Sesungguhnya Allah itu amatlah berkuasa. Dialah Raja sekalian alam. Yang berkuasa kepada seluruh ciptaanNya. Adalah tidak tepat jika pendapat NII tentang Mulkiyah itu. Allah tidak perlukan tempat untuk menunjukkan kekuasaanNya. Adakah saudara mencari dan NII sekalian merendahkan atau memperkecilkan Allah? Astagfirullah, Ya Allah jauhkanlah kami daripada kesesatan dan hasutan syaitan, Tunjukkanlah kami jalan yang benar.

    Islam itu adalah keimanan, ketauhidan dan ketaqwaan kita kepada Allah. “Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim).

    Islam sangat perlu ditegakkan di dalam diri setiap umat manusia dan amat tidak tepat jika Islam dikatakan tertegak jika negara Islam ditegakkan.

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      30/12/2010 at 10:12 am

      terima kasih saudara Ahmad..
      semoga dapat terus mengutarakan pandangan2 bernas di ruangan blog ini.
      menjadi harapan SJ agar proses Islamisasi dan penambahbaikan dapat diteruskan dengan lebih sistematik dan berkesan.

       
  37. mencari

    30/12/2010 at 7:10 pm

    Terima kasih.

    saudara Ahmad,

    1. “Tunku Abdul Rahman adalah Setiausaha Agong OIC yang pertama. Jelas menunjukkan Malaysia pada masa itu sudah diiktiraf sebagai negara Islam oleh dunia.”

    Betul sekali, tp Tunku jugalah yg merasmikan Kilang Arak yg pernah menjadi yg terbesar di Asia Tengara, mngkin juga di Asia. Dan kredibiliti OIC sebagai pertubuhan Negara2 ISLAM sering dipertikai, pernahkah ia Mempertahankan Negara2 Islam sbg contoh Afghanistan ketika diceroboh Russia kemudian pula US, begitu juga dgn Iraq bahkan negara inilah juga yg menyediakan ‘platform’ utk agen yahudi menyerang negara yg menentang mrk. belum dikira lg isu Palestin.. OIC hanyalah boneka semata2.

    2. “Saudara Mencari, objektif dakwah itu sebenarnya perlu saudara fahami. Tugas utama yang perlu kita lakukan adalah untuk menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Bukan hanya tertutup kepada sempadan negeri dan negara sahaja. Al-Quran itu adalah cahaya untuk seluruh umat manusia. Jadi cuba buka minda saudara, adakah Islam itu sudah ditegakkan dengan hanya hukum Islam sudah tertegak di Malaysia sahaja? Adakah Al-Quran itu untuk orang Malaysia sahaja? ”

    Juga betul sekali, tiada bantahan. cuma sy risau kalau2 minda saudara yg tidak terbuka. Lihat dunia ni bkn dari 1 sisi, lihatlah dari semua sisi. Saya sayangkan ISLAM dan Malaysia ini tnh tempat sy lahir, juga sy sayang kerana itu sy ingin sekali Malaysia menjadi bumi yg mengamalkan Islam sepenuhnya. kemudian barulah tempat2 lain.. xkan lah sy ingin menegakkan Islam di Russia ataupn Kanada sedangkan Malaysia ditingalkan.

    3. Cara pemahaman saudara dengan tafsiran Al-Quran juga perlu diperbetulkan. Al-Quran tidaklah boleh sewenang-wenangnya ditafsirkan daripada bahasa melayu sahaja. Saudara perlu tahu struktur ayat dengan betul. Belajarlah Al-Quran itu dahulu. Carilah guru yang betul. Jangan amik mudah dengan apa yang saudara nak buat.

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? 54:32.

    ayat di atas juga di ulang banyak kali dlm Al Quran. adakah sy hanya belajar al Quran dari shbat NII shj?.. tentulah tidak, sy juga mengikuti kelas2 Al Quran dan hadis di masjid. Tetapi sy kurang bersetuju dgn pendapat saudara. Allah telah permudahkan Al Quran utk kita, adakah kita mahu mengambil pelajaran? Jika kena belajar bahasa ArabTingi siap dgn nahu dan tatabahasanya untuk memahami Quran tentulahtidak mudah dan lebih sukar. Itupn kita belum tentu boleh memahaminya lg. Hanya dgn akal/hati kurniaan Allah kepada manusia kita dpt memahaminya. Lihatlah contoh Bangsa Arab, guna bahasa Arab setiap hari, mahir! tetapi mrk sndiri tidak mengikut Al Quran. malah, Ulama mrk juga memberikan Tafsiran yg berbeza2 (begitu juga Ulama2 kita). Bangsa Arab yg diikut logik Akalnya patutnye mudah memahami Quran kini menjadi bangsa yg lemah dan hanya diperbudak2 oleh Barat. Malah seorang ustaz di Masjid(bkn NII ye) prnah belajar di sebuah negara Arab, menceritakan sewaktu bersesak2 di atas bas utk ke kuliah, pernah seorang pemuda Arab yg tiada tempat duduk meletakkan Al Quran di ats lantai dan duduk di atasnya. MasyaAllah. Ada juga Hadis, sy lupa sanadnya mengatakan suatu ketika Bangsa Arab akan lari dari memikul beban/amanah Allah lalu Allah akn mengatikan mereka dgn Bangsa yg lain. Benar kita perlu juga belajar Arab supaya lbh mudah(Al Quran itu sendiri mudah) utk memahaminya tp yg lbh penting adalah keinginan, niat, serta mengunakan hati/akal kita. petunjuk sudah ada cuma bagaimana kita hdk mengunakan petunjuk itu.

    “bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…” 2:185

    4. “tetapi kita banyak lupa dan mengambil mudah cara hidup nabi yang sebenar. Cuba buka semula sejarah nabi dan baca semula. Ada tak cerita nabi menjadi pemimpin yang mewah. Setahu saya, hanya cerita nabi kelaparan. Nabi pakai pakaian yang lusuh. Nabi letak batu di perut untuk menahan lapar. Nabi berkongsi sebiji kurma dengan keluarganya. Nabi tidak terima hadiah. Dan seluruh hidupnya dipenuhkan dengan urusan dakwah dan ibadah. Itu sebenarnya yang cuba nabi sampikan kepada kita. Dunia hanyalah sementara, akhirat lah yang kekal selamanya.”

    Betul! tp sy hairan krn sy tidak prenah membangkitkan hal pemimpin yg hidup mewah ini kenpa ye saudara menceritakan ini. urm.. sy smpai skrg pn masih lg penyokong PAS cuma sgt kecewa bila mrk bergabung dgn PKR, DAP yg dilihat lbh dominan berbanding mrk dlm PR. Tp eloklah saudara nilai sendiri kehidupan Tuan Guru Nik Aziz, Hadi Awang dgn para pemimpin Negara Malaysia yg kononya Islam ini( Najib. Muhyiddin dll) tentu saudara nampakan siapa yg lbh mengikut sunnah.

    Sekali lg sy Jelaskan sy bukan lah FANATIK NII, melainkan sy ini juga masih lg mencari Kebenaran yg HAQ yg dtgnya dari Allah. Kalau nt sy melihat sendiri kesesatan NII ini, sdh tentu sy akn cuba betulkan jika tidak dpt dibantu juga moga ALLAH akn selamatkn sy dari terus terjerumus. Kita ini berada dalam zaman fitnah DAJJAl, adalah sukar utk MENCARI kebenaran yg HAQ. (sejak zaman penciptaan Adam sehinga ke akhir ZAMAN, tiada Fitnah yg lbh besar dari FITNAHnya DAJJAl ini)

    InsyaAllah dalam komen seterusnya sy akn cuba jawab Komen saudara SJ.

    ALLah Maha Mengetahui Segala yg tidak kita ketahui.

     
  38. mencari

    31/12/2010 at 5:51 am

    BismillahirRahmanirRahim

    1. “Kita turut mengimbas kembali Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Reid agar “Agama bagi Malaysia hendaklah agama Islam”. Suruhanjaya Reid turut menerima banyak permintaan dari pertubuhan bukan Islam supaya ‘secular nature of the state‘ dan kebebasan beragama diberikan termasuk surat sulit daripada Setiausaha Tanah Jajahan, Alan-Lennox Boyd. ”

    Usahlah disebut tentang memorandum ini, sedangkan lbh 9 TAHUN sebelum itu, PERLEMBAGAAN RAKYAT yg dibuat pada 10 OGOS 1947 lagi juga menuntut ISLAM menjadi AGAMA MALAYA, dalam FASAL 5 juga menyatakan HAL-HAL AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU DIKAWAL OLEH SATU BADAN KHAS; INILAH YG SEPATUTNYA, BUKANYA TIAP2 NEGERI MEMPUNYAI KETUA AGAMA ISLAM YANG BERLAINAN IAITU SULTAN-SULTAN NEGERI MASING2 DAN DIURUS OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DI SETIAP NEGERI SEPERTI DINYATAKAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. KESANYA SETIAP NEGERI MEMPUNYAI UNDANG2 ISLAM YG BERBEZA2 DAN SUSAH UNTUK BERSATU, CONTOHNYA BILA ADA KES MURTAD, WANG ZAKAT DLL. SEBAB ITULAH BRITISH MENOLAK MENTAH2 PERLEMBAGAAN RAKYAT INI. BRITISH MENERIMA PERLEMBAGAAN FEDERATION YG TURUT DISOKONG UMNO SUPAYA DASAR PECAH DAN PERINTAH DAPAT DITERUSKAN UNTUK MENJADI ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

    Walaupun Perlembagaan Rakyat amat mendapat sokongan rakyat dibuktikan dgn kejayaan HARTAL SATU MALAYA telah berlangsung pada 20 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya. Malah lebih berjaya dari demonstrasi menentang Malayan Union tetapi British dan UMNO tidak menghiraukan perkara ini, malah LEBIH JAHAT LAGI Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh British dengan persetujuan UMNO.(boleh rujuk di artikel terdahulu apa terjadi pada pemimpin barisan ini) Saya amat tidak faham jika saudara mengatakan TUNKU dan UMNO yg BERKEHENDAK ISLAM mjadi AGAMA PERSEKUTUAN. Sedangkan PIHAK LAIN SPT MATA,HIZBUL MUSLIMIN, API DLL LEBIH MEMPERJUANGKAN PERKARA INI TETAPI DITOLAK BRITISH. UMNO tidak memperjuangkan HAL ini tetapi hanya MENGUSULKANYA DAN BRITISH MENERIMA. BERBEZA KAN?

    2. “kalau kita menolak kepimpinan mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia, apakah menyertai NII/GPK/Maahad al-Zaytun adalah jawapannya?
    saya fikir – tidak.
    Ini kerana adalah sangat jelas bahawa NII/GPK/Maahad al-Zaytun adalah sebahagian agenda pluralisme dan freemason. Selain kisah doa paderi di dalam masjid rahmatan lil alamin di aminkan oleh Abu Toto dan warga al-Zaytun, Pihak NII/Maahad al-Zaytun turut telah menerbitkan Ensiklopedia Nurcholish Madjid untuk menyemarakkan lagi fahaman Cak Nur yang terang-terangan adalah pluralisme agama. Bukankah ini adalah agenda freemasonary?”

    Sy mmg tidak pernah menanggap mereka pemimpin sy, terutamanya Mahathir dan Najib.
    Terima kasih juga pada Info di blog saudara, sy sebenarnya masih baru dlm NII hanya tadi sy berkesempatan berdialog pjg dgn sahabat, adalah yang sy mendapat penjelasan dan ada yg agak kabur, akan dilanjutkan pada program seterusnya. Sahabat juga menerima Pandangan saya, dan mengalakkan sy memberi pendapat atau teguran jika ada yg xkena. Maklumlah Kita ini tidak Maksum, melakukan dosa itu pasti, sedar atau tidak. Kami juga tidak taksub dgn Pemimpin di Indonesia, jika Mereka salah, so, jangan lah ikut. semua yg dipaparkan dlm blog saudara tidak sy lihat dalam jemaah sy lg,ALHAMDULLILAH. wlpn MUNGKIN telah terjadi dlm jemaah lain.

    3. “Mantan Sheikhul al-Azhar, Sheikh Mohamed Sayed Tantawi dalam lawatan kali keduanya ke Malaysia pada bulan Ogos 1998, juga memperakukan Malaysia sebuah negara Islam.”

    Jika beliau menanggap Mesir sebuah negara ISLAM, walaupn tidak melaksanakan hukum ALLAH, malah kini bersekongkol dgn musuh ISLAM pula membuli saudara ISLAM Palestin.. maka Logik lah Beliau mengiktiraf kita Negara ISLAM. Terpulang pada tangapan beliau.. sy mmg tiada hujah lain. Ilmu Agama beliau amat tingi berbanding sy ini.

    4. “Sedarkah kita bahawa isu ‘Malaysia negara Islam atau tidak?’ pada asalnya merupakan isu yang dibangkitkan oleh segelintir golongan bukan Islam yang Islamophobia? Mereka sebenarnya cuba memperlahankan proses Islamisasi. Malangnya kita umat Islam di Malaysia terikut-ikut rentak mereka lalu bercakaran sesama sendiri.”

    Tidak setuju. Isu ini telah pn dibangkitkan PAS sejak dahulu lagi, selepas pilihanraya 1956 ketika itu Perikatan menang Besar dan PAS hanya mendapat 1 kerusi. wlpn kini mmg ada pihak bkn ISLAM turut memainkanya. Malah PAS semestinya sdh tidak relevan jika Malaysia ini sdh benar2 ISLAM.

    5. “Apa yang saya sebutkan ini adalah senada dengan pandangan 2 orang Profesor Undang-Undang Perlembagaan, Dr. Shad Faruqi dan Dr. Aziz Bari. Almarhum Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim juga TIDAK bersetuju dengan pihak yang mengatakan Malaysia negara sekular. Beliau malah menyebut Perkara 4 Perlembagaan Malaysia merujuk kepada undang-undang bertulis sahaja dan tidak membawa kesan kepada Syariah iaitu undang-undang tidak bertulis yang telah wujud di negara ”

    Sy adalah bekas pelajar Prof Shad Saleem Faruqi ketika tahun pertama,dalam subjek “Constitutional Law”. lecturer Fevret sy dulu. Dialah juga yg bnyk menceritakn ttg betapa besarnya artikel 4, memandangkan dia asal dari Pakistan dia selalu juga membandingkan Kedua2 Perlembagaan, contohnya mengubal Artikel 4 Perlembagaan Pakistan(lbh krg je dgn kita) adalah amat sukar namun akhirnya berjaya(kerana hmpir semua MP Islam) tp katanya hmpir mustahil utk negara spt Malaysia mengubalnya. Bnyk juga yg saya xsependapat dgn beliau ttg sesetengah hal, tp dia tetap bagi sy A utk subjek itu. sy msh ingat soalan Final Exam sy ketika itu ialah; Is Malaysia An Islamic Country? dan jwpn sy menjurus kepada NO. rasanye sy ada cerita dh. Xperlu lah sy ulas pnjg lg, sblm ini pn dh diulas sikit.. amat pjg jika hdk btl diulas, mcm jwb exam lah. setiap org yg belajar undang2, malah Shad dan Aziz Bari pn kdg2 mempunyai tangapan berbeza cuma kadang2 bila mrk tulis artikel di suratkhabar atau Majalah mereka tidak menceritakan pandangan mrk yg sebenar ttg sesetengah perkara ( maklumlah kerja ngn Kerajaan, lcturer lak tu). tp kalau kita rapat, kita tahulah.(jgn pula dilapor ya)

    6. “Oleh itu membantu pihak berautoriti menggiatkan usaha pemantapan Islam adalah cara untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan Islam di Malaysia; bukannya dengan menyertai kumpulan ajaran sesat yang sangat terkait dengan pluralisme dan neo-muktazilah seperti NII/Maahad al-Zaytun.”

    Sudah Dijawab.

    7. “Jika kita mengaitkan Tun Dr. Mahathir dengan agenda freemason, maka dalam masa yang sama juga kita perlu ingat bahawa beliau di antara individu yang paling dibenci oleh Yahudi. Ucapan Tun Abdullah juga perlu diambil kira, apatah lagi apabila ianya merupakan teks ucapan beliau di Dewan Rakyat.”

    Betul, ITU APA YG DINAMPAKKAN PADA DUNIA. begitu juga dgn Usama bin Laden, Musuh No1 US.. siapakah Usama sebenarnya, kenapa dia spt mengiyakan yg org ISLAM menyerang WTC dan Al Qaeda itu Kumpulan Penganas. Kenapa smpai skrg dia msh tidak tertangkap? sedangkan Saddam Husein sekejap shj sudah ditangkap. bahkan Keluarga Usama msh hidup dgn aman, siap ada yg menetap di Britain. Usama bin Laden nama timangnya Tim Usman@ Tim Usama dlm CIA adalah agen CIA/yahudi yg dihantar kononya utk menolong Mujahidin menentang Russia, disamping itu beliau memperalatkan sebilangan golongan ini yg percaya terhadapnya. sedangkan Al Qaeda itu pada asalnya tidak lbh dari sebuah database yg menyimpan nama2 pejuang mujahidin Afghanistan yg menentang Russia yg dilatih Usama, Al Qaeda juga diguna utk mentafsir Kod2 Rahsia dari US utk memberi arahan dan maklumat kepada Usama ketika perang itu.
    Hebatnya Agenda Yahudi sehinga Islam dicop sbg terrorist. begitu juga dgn Mahathir, kononya pembenci Yahudi tp shbat baiknya Vincent Tan. hakikatnya dia mendokong agenda sama? saudara blh buat kajian lbh mendalam ttg freemason di Malaysia ini sendiri. Tp kalo Najib tu xpyh kaji pn blh nmpk, pjumpaan sulit menteri pertahanan dgn Ehud Barak, 3 bln pastu APCO n AsiaSoft pn masuk. Xsmpai setahun pastu sokongan terhadap Najib naik dari 55% jd 70%, hasil berkat kerja APCO. kalau Mahathir sorok2 r jugak, Najib.. rileks, depan2 je. Tak de org blh wat apa jugak

    Kalau Pak Lah, mmg sy xpnh jumpe ape2 yg mengaitkan dia dan freemason mgkin sbb tu lah dia cepat sgt dijatuhkan.

    8.” Kalau sudah berbai’ah,’berhijrah’ ke NII..tiada gunanya lagi mempertikaikan perlembagaan negara ini. Tiada gunanya juga untuk menetap di sini. Lebih tepat lagi jika kalian bertindak pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk membatalkan kad pengenalan(ic), seterusnya berpindah dan tinggal di Maahad al-Zaytun dan jangan sekalipun menjejakkan kaki di Malaysia lagi. Pergilah kalian semuanya.”

    Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). 3:186

    Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: “(Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing”. Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu, dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya). 2:84

    Saudara, sy spt saudara juga masih sayangkan Malaysia ini, biarlah tertegaknya Agama ALLAH di Malaysia dulu, itu harapan sy. NII ni jalanya sahaja.

    Saudara, Maafkan segala kesilapan sy, manusia tidak lepas dari buat silap. Alhamdullilah, Segala yg Baik hanya dtg dari ALLAH, Dialah yg Maha Mengetahui Segala Sesuatu dan Dialah yg Menetapkan Segala Sesuatu.

    “Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
    Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).”
    76:28-30

     
    • suarajagat

      03/01/2011 at 12:01 pm

      maaf kerana lewat menyiarkan komen anda. al-maklumlah, sepanjang cuti selama 3 hari, saya tidak berkesempatan melihat blog ini. tiba-tiba sahaja ada 6 komen yang memerlukan approval.

      saudara mencari,
      saya fikir kata-kata anda “NII ni jalanya sahaja.” sudah cukup untuk saya memberhentikan perbincangan tentang hal di atas setakat ini sahaja, kerana walauapapun yang diperkatakan, anda akan tetap berpegang pada NII.
      Maka, apa juga perbincangan adalah sia-sia. Sedangkan masih banyak urusan dakwah yang perlu saya penuhi.

      Anda melihat dan mempertikaikan Malaysia atas asbab Perkara 4 Perlembagaan dan awal kemerdekaannya, manakala saya melihat berdasarkan keperluan Perlembagaan dibaca secara menyeluruh dan bersama serta pengisian selepas kemerdekaan dan bagaimana usaha yang perlu dilakukan ke arah proses Islamisasi yang mapan.
      Bagi SJ, adalah lebih utama untuk menambahbaik segala kerangka pelaksanaan Islam yang ada di Malaysia baik dari segi urusan kekeluargaan, kuasa Mahkamah Syariah, muamalah seharian, usaha-usaha dakwah dan menangani masalah-masalah yang ada di negara ini. Menangani hepotisme masyarakat melalui jalan dakwah dan meneruskan usaha para ulama silam.

      al-Mawardy, seorang ulama dalam Mazhab Syafie menyenaraikan ciri-ciri negara Islam sebagai berikut :-

      i. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar

      ii. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan.

      iii.Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari pencerobohan dan menjamin keamanan dalam negeri.

      iv. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

      v. Mendirikan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan sembahyang hari Raya, dengan membina masjid-masjid dan melantik imam-imam.

      vi. Mengendalikan urusan mengerjakan ibadat Haji (ke Mekah).

      vii.Mengendalikan urusan pemungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil dan sebagainya.

      viii.Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (Kharaj).

      ix. Menguruskan hal yang berkaitan dengan pembangunan tanah (ehya’ al-mawat)

      x. Mewujudkan pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

      xi. Membenteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai samada had (jenayah) yang ditetapkan hukumannya oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan takzir (jenayah lain yang diberi kuasa kepada hakim menentukan bentuk hukumannya).

      xii.Melaksanakan tugas hisbah dalam konteks negara moden dikenali dengan bahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

      Muhammad bin Hassan As-Syaibani, ulama bermazhab Hanafi mendifinisikan Negara Islam sebagai ‘Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya.’

      Syeikh Muhammad bin Abu Zuhrah pula menyatakan – negara Islam adalah sebuah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam; kekuatan dan pertahanannya dikuasai oleh orang Islam dan; negara sedemikian adalah wajib dipertahankan oleh setiap individu Islam.

      Abu Zuhrah membuat kesimpulan bahawa pentafsiran fuqaha tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat dua pandangan iaitu:

      1. Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan perlaksanaan hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukan negara Islam.

      2. Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dan kawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanan negara Islam awal maka ia adalah negara Islam.

      Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalah berasaskan unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada maka negara itu ialah negara Islam, sekalipun undang-undang dan sistem Islam tidak terlaksana. Abu Zahrah lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya. Beliau menganggap semua negara yang penduduk Muslim lebih banyak adalah negara Islam sekalipun undang-undang Islam tidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan bahawa hukum Qur’an dan Sunnah supaya lahir di seluruh negara Islam supaya negara Islam itu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorang fakih sahaja sekalipun ia seorang yang hebat.

      Dr Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan tentang definisi negara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.

      Kerana itu SJ sebutkan pada komen yang lalu, betapa perlunya berusaha ke arah saranan Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim.

      Pun demikian, saya fikir adalah tidak perlu memanjangkan lagi perbincangan ini kerana anda tetap akan berkata NII itu benar. Oleh itu, ini adalah komen terakhir saudara yg SJ akan terima.
      Justeru, seperti yang saya katakan sebelum ini, pergilah sahaja ke Indramayu, tinggal di sana dan jangan pulang ke Malaysia.
      Saya akan tunggu dan lihat, bilakah agaknya NII akan futuh..atau ia takkan futuh sampai bila-bila.

      Terima kasih. 🙂

       
  39. edy5007

    02/01/2011 at 12:24 am

    dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MEMPERSEKUTUKAN(SYIRIK) ALLAH,YAITU ORANG-ORANG YANG MEMECAH-BELAHKAN AGAMA MEREKA dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.-Ar Ruum 31-32.

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.-An nisaa 48.

    selagi kita tak bersatu adakah kita termasuk dalam golongan musyrikin?

     
  40. Ahmad

    03/01/2011 at 1:15 pm

    Assalamualaikum.

    Firman Allah di dalam surah Yusof ayat 2 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”

    Di dalam surah Maryam ayat 97 yang bermaksud “Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya”

    Di dalam surah Az-Zumar ayat 27 dan 28 yang bermaksud “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
    laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.”

    Firman Allah di dalam Surah Ar-R’ad ayat 37 yang bermaksud “Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).”

    Dan banyak lagi firman Allah yang mengatakan Al-Quran itu di dalam bahasa Arab. Mengapa Allah menurunkan Al-Quran itu di dalam bahasa Arab? Seorang ulama’ ahli tafsir, Ibu Katsir menyampaikan penjelasannya terhadap surat Yusof ayat 2 di atas dengan pemahaman beliau sebagai berikut : “Yang demikian itu (bahwa Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa arab) kerana bahasa arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas dan maknanya lebih mengena lagi cocok untuk jiwa manusia. Oleh kerana itu, kitab yang paling mulia (iaitu Al-Qur’an) diturunkan kepada Rasul yang paling mulia (iaitu Rasulullah S.A.W) dengan bahasa yang paling mulia (iaitu bahasa arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (iaitu malaikat Jibril), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling mulia di atas muka bumi (iaitu tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (iaitu Ramadhan), sehingga Al-Qur’an menjadi sempurna dari segala sisi.” (Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Surat Yusuf).

    Memang kalau dipandang secara luarannya sudah menampakkan saya memberatkan saudara mencari untuk memahami Al-Quran. Ini adalah kerana saudara ingin mencari jalan keluar secara mudah dan cepat. Dan apabila saudara sudah ditekan oleh mereka yang ingin membenarkan perjuangan mereka menyebabkan kesemua yang di luar daripada kumpulan mereka itu tidak betul dan lebih teruk lagi melebel ulama dan ustaz sebagai ahli kitab.

    Untuk pengetahuan saudara mencari juga, bahasa arab itu juga luas dan banyak loghatnya seperti bahasa melayu kita juga. Ada loghat ikut negeri dan ada juga loghat ikut keturunan dan ada juga loghat ikut bangsa. Sama juga dengan bangsa Arab. Oleh yang demikian, semasa pembukuan Al-Quran dilakukan, penetapan baris juga dilaksanakan untuk menjadikan Al-Quran itu disebut dengan betul oleh bangsa Arab sendiri. Oleh yang demikian tidak tepat jika saudara mencari berkata orang Arab boleh baca Al-Quran dengan mudah. Mereka pun kena juga belajar nahu dan saraf bahasa Al-Quran. Tetapi amat memalukan jika saudara berkata belajar Al-Quran secara mendalam adalah susah sedangkan saudara sanggup belajar pendidikan barat sehingga menjadi peguam dan menggunakan kepandaian barat saudara memutarbelitkan akidah umat Islam. Nabi pun ada berpesan supaya belajar sehingga ke liang lahad tetapi ramai yang salah gunakan pesanan nabi itu dengan pendidikan barat sahaja. Sedangkan Al-Quran itu sendiri tidak langsung ingin dipelajari sedalam-dalamnya.

    Mengenai cara hidup nabi pula, saudara menerangkan pula tentang cara hidup pemimpin. Sedangkan apa yang saya cuba beritahu adalah cara hidup kita sendiri. Jangan asyik menuding jari ke arah orang lain. Jika orang lain tak buat kita salahkan dan kesalahan sendiri tak nampak. PAS UMNO tu cuma kenderaan kita. Yang penting diri kita. Adakah kita ini sudah menjadi pejuang Islam yang sebenar? Kita adalah Khalifah di muka bumi ini. Tetapi adakah kita buat apa yang ditetapkan? Tak perlu lah saya ulas pasal OIC tu. Sebab ia benda yang sama juga. Kesalahan kita menuding jari ke arah orang lain sahaja. Tak tunjuk ke diri sendiri.

    Memang banyak kemungkaran yang berlaku di zaman kita ini. Tetapi saudara perlu lebih teliti di dalam mencari kebenaran. Fikirkan secara mendalam, adakah kita hanya menyalahkan orang lain kerana berlaku gagal menghalang kemungkaran atau kita menyalahkan diri sendiri kerana tidak menghalang kemungkaran itu.

    Wallahualam.

     
  41. Mumtahanah

    27/01/2011 at 8:55 pm

    ~~tak sabarnya nak join mereka berbasikal~~yehaaa!!!

     
    • suarajagat

      28/01/2011 at 12:05 pm

      enjoylah dalam kesesatan NII itu..

       
  42. Mumtahanah

    28/01/2011 at 8:12 pm

    enjoy dalam beribadah~~ya allah saksikanlahh~

     
    • suarajagat

      30/01/2011 at 4:38 pm

      kalau dah ajaran sesat..ibadah apnya? mulkiyah? haha…

       
      • Mumtahanah

        30/01/2011 at 6:33 pm

        ait tahu? ni dah murtad la kirenye ye~~ hehe

         
      • suarajagat

        30/01/2011 at 8:03 pm

        saudara mumtahanah mungkin baru menemui blog SJ tanpa mengikutinya sejak 2 tahun lalu..

        maklumat tentang NII seringkali saya terima..malah ketika tangkapan ke atas abi-abi pada Ogos 2009 dahulu, SJ turut berada di lokasi kejadian untuk melaporkan penangkapan tersebut..
        demikian juga dengan pelbagai maklumat tentang NII yang telah saya kumpulkan sejak beberapa thn sebelum blog ini bermula.

        Murtad? haha..mungkin juga saya dan rakan yang lain antara individu yang sering anda jumpa tanpa anda sedari. 😉

         
  43. Mumtahanah

    31/01/2011 at 2:04 pm

    i am silent viewer hehe~~so data-data itu mau dibawa kemane~

     
    • Mumtahanah

      31/01/2011 at 2:15 pm

      ok lah SJ ,nak pergi berdakwah ni byee~~~nak jadi bertaqwa kene perbuat,SJ berdakwah kat page kaku ni je ke~~ape ade hal,sambil makan kacang pun boleh menaip kan hehe~~saje je memetik picu minda SJ yang tersumbat sket..harap2 dah ok la kot pasni .

      Alhamdulillah 😀

       
      • suarajagat

        01/02/2011 at 1:43 pm

        saya akan tetap berpegang pada kenyataan bahawa NII adalah ajaran sesat… perbuat ajaran sesat menjauhi takwa.
        Sy telah lama berdakwah..termasuklah kepada kalangan bangsa asing yang akhirnya mengucapkan kalimah syahadah.

         
    • suarajagat

      01/02/2011 at 1:39 pm

      anda tidak perlu tahu urusan SJ

       
  44. Ahmad

    02/02/2011 at 9:32 am

    Assalamualaikum,

    Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.

    Apa yang berlaku di dalam NII ini membenarkan hadith Rasulullah tersebut. Bersabarlah Suarajagat dan rakan-rakan yang menentang kesesatan NII. Semoga kita termasuk di dalam golongan di ambil nyawa atau di matikan oleh Allah S.W.T kerana menegakkan kebenaran Islam.

    Wallahualam.

     
    • suarajagat

      02/02/2011 at 5:06 pm

      wa’alaikumussalam..
      terima kasih saudara ahmad kerana seringkali menguatkan semangat SJ dan sahabat lain untuk terus mendedahkan kesesatan NII.

       
  45. sabar

    17/02/2011 at 10:52 am

    sabar lah smua…xperlu bertekak pun…Allah tidak melihat kata2 kite, sebaliknya takwa dan hasil…Rasulullah pun dulu dicap sesat, apatah lg di zaman sini…beruntunglah mereka yg terasing

     
    • suarajagat

      17/02/2011 at 12:20 pm

      saudara sabar…
      kesesatan NII sangat jelas. Malah sememangnya tersasar dari ajaran Rasulullah s.a.w

       
  46. sabar

    18/02/2011 at 12:43 pm

    ye ke?tlg explain panjang lebar sket.. sbb skang ni ramai yg xguna langsung alquran dan sunnah.. yg nmpk mirip mengaplikasikan smua secara total adalah golongan yg kite kate sesat ni…

     
    • suarajagat

      18/02/2011 at 1:00 pm

      dah byk pun explaination di blog ini dan blog lain..
      hanya kalian sahaja yang mahu terima atau tidak.

       
  47. amirul shaifullah

    21/02/2011 at 1:34 pm

    salam saudara SJ.sy ni bukan lah seorang yang arif dalam ilmu agama..sekadar cukup untuk diri sendiri saja.komen sy ini pulak bukan lah sekadar artikel di atas..lebih kepada keseluruhan penulisan saudara…apa yang saya lihat daripada hujah saudara SJ bnyak berdasarkan fakta..
    dan hujah daripada mereka yang menghentam saudara adalah berdasarkan emosi..jd sy harap saudara SJ teruslah memperjuangkan usaha ini..jadi disini kita boleh nampak apa sebarnye yang berlaku..teruskan usaha saudara..Allah bersama orang yang benar..

     
    • suarajagat

      21/02/2011 at 3:10 pm

      terima kasih saudara amirul shaifullah…
      kita hanya berusaha melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-NYA. ALLAH jualah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA

       
  48. insan

    08/03/2011 at 1:31 am

    salam,

    Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Qur`an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu”. Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. [Al-Maaidah:68] .. so jgn la bertekak pasal agama..selagi tak menegakan ajaran2 dalam al-quran..

    sekian

     
  49. Ahmad

    09/03/2011 at 12:33 pm

    Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)” Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu. (Al-Maidah:68)

    Assalamualaikum,

    Rasanya kalau ikut terjemahan surah Al-Maidah ayat 68 ini dengan menggunakan bahasa Melaysia lebih mudah dan jelas difahami serta tidak menimbulkan keraguan dan salah faham kerana olahan ayatnya lebih mengikut susunan bahasa Malaysia.

    Setiap terjemahn yang kita nak guna hendaklah jelasdan betepatan dengan cara percakapan masyarakat kerana banyak dakyah yang cuba memesongkan akidah umat Islam sedang menular sekarang ini.

    Jika dibandingkan dengan cara olahan terjemahan ayat 68 dari surah Al-Maidah yang diberikan oleh saudara Insan ini, boleh menyebabkan fahaman masyarakat terpesong kerana dari konteks ayat menunjukkan Ahli Kitab telah menerima Taurat, Injil dan Al-Quran. Sedangkan terjemahan yang sebenar adalah Ahli Kitab telah menerima Taurat dan Injil dan turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad membenarkan apa yang telah tertulis di dalam Taurat dan Injil.

    Ini perlu jelas. Jika tidak dengan mudah dan selambanya semua yang berada di dalam dakyah NII dan gerakan kahfi ini mengatakan semua ulama’ dan ustaz yang tidak mengikut seperti fahaman mereka adalah ahli kitab.

    Wallahualam

     
  50. mari bersatu

    23/03/2011 at 4:08 am

    kepada semua, jangan gaduh-gaduh. sesama kita cari yang positif tolak yg negatif.

    kalau tak nak kayuh basikal dgn ACT tak apa, cari aja team lain.

    kalau tak setuju dgn SJ tak apa, pegi saja blog lain

    personally sy bangga ramai lg golongan yg peka isu agama dan mampu berbahas tentangnya.

    alangkah indah jika kita sama-sama guna untuk bantu kawan2 yg masih belum jumpa hala tuju kehidupan.

    take care semua!

     

Leave a reply to amirul shaifullah Cancel reply