RSS

Candlelight Vigil Adam Adli – Syirik Nurul Izzah dan Generasi Muda

21 May

Nurul Izzah memberi ucapan di Candlelight Vigil untuk Adam Adli

Nurul Izzah memberi ucapan di Candlelight Vigil untuk Adam Adli. Perhatikan juga lelaki dan wanita Melayu lain yang ada di belakang beliau.

Pada tarikh 20 Mei 2013, sekitar jam 8 malam tadi, upacara Candlelight Vigil untuk Adam Adli telah diadakan di beberapa tempat melibatkan anak-anak muda dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Saya gunakan istilah pelajar IPT kerana secara peribadi SJ berpandangan bahawa mereka tidak layak digelar siswa/ siswi apatah lg mahasiswa.

Yahudi melakukan Candlelight Vigil

Yahudi melakukan Candlelight Vigil

Beberapa orang individu telah hadir ke majlis ritual tersebut antaranya ialah Ambiga, Nurul Izzah Anwar, bapa Adam Adli dan pemuda Syiah – Khalid Ismath.

Seperti yang saya nukilkan dalam artikel sebelum ini bertajuk Candlelight Vigil untuk Adam Adli – Perbuatan Syirik Kepada ALLAH, penglibatan umat Islam dalam upacara ini merosakkan iman dan membawa kepada terkeluar dari syahadah. Mungkin juga secara tidak sedar boleh berlaku terkeluarnya diri dari Islam. Ini kerana perbuatan tersebut membawa kepada kekufuran. Ia menjatuhkan pegangan/ iktiqad keimanan kepada munafik, fasiq malah boleh menggugurkan syahadah.

Tidaklah menghairankan apabila masyarakat Cina (Buddha) dan India (Hindu) turut terbabit dalam Candlelight Vigil, ini kerana upacara nyalaan lilin tersebut sememangnya ada dalam tradisi agama mereka.

Tidaklah juga menghairankan apabila penganut Syiah seperti Khalid Ismath melakukannya kerana ajaran Syiah itu sendiri dipengaruhi oleh ajaran Majusi (Zoroastrianism) yang menyembah api dan percaya pada semangat api.

Anak-anak muda (bertudung labuh, mungkin pelajar IPT) mensyirikkan ALLAH dalam candlelight vigil. Usah pakaian dan rupa zahir sahaja yang Islamik, tapi imannya lebur.ht vigil.

Anak-anak muda (bertudung labuh, mungkin pelajar IPT) terlibat dalam candlelight vigil. Usah pakaian dan rupa zahir sahaja yang Islamik, tapi imannya lebur.

Namun pengaruh yang dibawa oleh golongan ini termasuklah Nurul Izzah Anwar akhirnya telah menjerat dan merosakkan akidah anak-anak muda Islam yang lain atas nama Solidariti Mahasiswa, kebebasan bersuara, kebebasan berkumpul dan kebebasan berekspresi.

Lantas kerana tidak setuju dengan sesuatu perkara, soal akidah menjadi sampingan atau hanya kulit belaka. Saya tegaskan di sini, tidak kiralah sama ada anda berpakaian menutup aurat dengan sempurna, memakai serban, kopiah, songkok, tudung labuh atau purdah sekalipun, seandainya akidah anda rosak dan melakukan perbuatan syirik yakni menyekutukan ALLAH s.w.t, maka segalanya adalah sia-sia. Dosa syirik adalah dosa yang tidak diampunkan oleh ALLAH s.w.t.

Festival nyalaan api penganut Zoroastrian (Majusi) di Iran.

Festival nyalaan api penganut Zoroastrian (Majusi) di Iran.

Sesungguhnya perbuatan Nurul Izzah dan semua yang menghadiri Candlelight Vigil itu adalah perbuatan syirik, atau setidaknya telah mendukung/ menggalak dan menyokong perlakuan syirik. Bermaksud mereka secara langsung atau tidak langsung telah mendukung penyekutuan ALLAH Azza Wa Jalla.

Candlelight Vigil berasas unsur kepercayaan semangat api itu sahaja sudah pasti syirik yang boleh membatalkan syahadah.

Perbuatan tersebut adalah suatu bentuk kekufuran yang sangat jelas. Selain ianya juga merupakan sebahagian dari fahaman pluralisme agama.

Berikut saya kongsikan kepada anda beberapa gambar Candlelight Vigil malam tadi yang saya dapati dari web/ blog/ Facebook/ Tweeter mereka yang hadir di sana. Juga saya kongsikan gambar ritual keagamaan Zoroastrian (Majusi – Penyembah Api) di Iran untuk difahami.

Bapa Adam Adli bersama Ambiga

Bapa Adam Adli bersama Ambiga

Bapa Adam Adli berucap di Candlelight Vigil

Bapa Adam Adli berucap di Candlelight Vigil

Khalid Ismath (Syiah) di Candlelight Vigil, perhatikan juga wanita di belakang berjubah hijau dan tudung labuh hitam

Khalid Ismath (Syiah) di Candlelight Vigil. Perhatikan juga wanita berkaca mata di belakang berjubah hijau dan tudung labuh hitam

Nurul Izzah (sebelah itu mungkin adiknya) menanam bendera sebagai tanda peringatan, doa dan pengharapan. Perbuatan ini adalah syirik.

Nurul Izzah (sebelah itu mungkin adik beliau) menanam bendera sebagai tanda peringatan, doa dan pengharapan. Perbuatan ini membawa kepada syirik.

Festival Api Majusi

Festival Api Penganut Zoroastrianism (Majusi) di Iran

 

Tags: , , ,

6 responses to “Candlelight Vigil Adam Adli – Syirik Nurul Izzah dan Generasi Muda

  1. Saadiahsuluhee Suluhee

    21/05/2013 at 8:54 pm

    menyampah tengok anak muda zaman skrg too much and nak muntah tengok perbuatan mereka…

     
  2. frontdoor.backdoor

    22/05/2013 at 9:22 am

    saya ingin mendengar hujjah, komen, ulasan dari TGNA dan pengikutnya berkaitan candlelight vigil..

     
  3. Amiruddin Hasan

    09/08/2013 at 9:56 am

    Kenapa tiada penguatkuasaan atas Fatwa Haram Orang Islam sertai Candlelight Vigil??????

     
    • suarajagat

      13/08/2013 at 9:44 am

      Terima kasih atas pertanyaan.
      Saya setuju jika adanya penguatkuasaan ke atas fatwa tersebut.
      Pihak Jabatan Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah badan berbentuk legislatif.
      Yang perlu menguatkuasakan fatwa pula adalah pihak Jabatan Agama di negeri-negeri. Seringkali kita dapati pihak penguatkuasaan Jabatan Agama kurang proaktif dalam menjalankan penguatkuasaan.

      Moga ada penambahbaikkan dalam tugas mereka di masa akan datang.

       
      • manja

        21/09/2014 at 1:22 am

        Salam,
        Sy setuju dgn sj.
        🙂

         

Leave a comment