RSS

Kenyataan Ustaz Dr. Haron Din Tentang Penggunaan Kalimah ALLAH

05 Jan

‘Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur’

BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah itu atas alasan Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaannya.

Haron berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam hal siasah dan politik, namun dalam hal berkaitan agama, semua umat Islam mesti bersatu dan berbalik kepada kaedah agama.

 

2 responses to “Kenyataan Ustaz Dr. Haron Din Tentang Penggunaan Kalimah ALLAH

  1. Atabah

    05/01/2010 at 8:41 pm

    Mula-mula letak kat akhbar..lepas tu letak kat pintu-pintu gereja..
    Kalau letak perkataan “Allah Yang Maha Esa” tentu ramai orang Islam setuju..
    tetapi kalau letak perkataan “Allah Tuhan Bapa” atau “Allah Tuhan anak” kat pintu gereja atau dalam akhbar tu orang Islam nak dok diam saja ka..

     
  2. sj3

    07/01/2010 at 12:12 pm

    Akum..alhamdulilah..ya ALLAH teruskan lah Qada’ dan Qadar mu..kabulkanlah doa hamba2 mu yg solleh..sesungguhnya engkau adalah tuhan yg maha esa..berilah petunjuk kepada hamba2mu..amin

     

Leave a comment