RSS

Statement Dari Bekas Ketua Pengarah IKIM Tentang Maahad Al-Zaytun!

12 Mar

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php/imagesweb/file/event/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=114&cmd=resetall

HATI_HATI BELAJAR AGAMA DI LUAR NEGARA

Dato’ Dr Ismail bin Haji Ibrahim
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia

08/11/2001 | Utusan Malaysia

Sama ada kita sedari atau tidak, sebenarnya pada masa kini terdapat kanak-kanak yang tidak bersekolah kerana beberapa sebab yang tertentu. Oleh itu apabila dikuatkuasakan undang-undang bagi mewajibkan pendidikan rendah kepada kanak-kanak kita, maka alasan-alasan yang menyebabkan kanak-kanak kita tidak bersekolah juga haruslah dicari dan dikaji, agar sebab musabab yang menjadikan ibu bapa tidak menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah dapat difahami dan diatasi dengan sewajarnya. Dengan itu undang-undang akan dapat dikuatkuasakan dengan berkesan sekali.

Tujuan saya menyentuh perkara ini adalah juga untuk menarik perhatian kerajaan tentang agenda pendidikan agama yang kelihatan agak kusut sekarang ini, terutamanya dari sudut pemilihan pusat pengajian agama di luar negara. Masalah pemilihan pusat pengajian agama di dalam negara mungkin tidak sekusut yang berlaku ketika ibu bapa memilih tempat pengajian agama luar negara.

Masalah dalam negara mungkin hanya melibatkan beberapa buah pusat pengajian agama, sama ada peringkat rendah atau menengah yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan yang menawarkan kursus-kursus yang tidak selari dengan dasar pendidikan negara. Para pelajar yang mengikuti kelas-kelas pengajian di pusat-pusat pengajian swasta ini sering akan terkeluar dari arus perdana pendidikan negara dan akan berakhir menjadi lepasan yang tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya bagi bekerja dengan kerajaan umpamanya, iaitu seperti pelajar yang tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) umpamanya.

Masalah yang melibatkan pusat pengajian agama di luar negara agak rumit dari beberapa segi yang tertentu. Pertama sekali dalam mengenal pasti negara manakah yang sebenarnya mampu menyediakan tempat pengajian yang berstruktur lengkap bagi memenuhi keperluan ilmu pengetahuan dan tenaga manusia yang sewajarnya seperti yang diperlukan oleh negara kita dari sudut ilmu pengetahuannya dan kesesuaiannya dalam membangunkan budaya dan persekitaran kita, juga pembinaan tamadun dan peradaban Islam dalam pengertiannya yang global.

Isu kedua ialah mengenal pasti institusi atau pusat pengajian yang mempunyai kurikulum, sistem pembelajaran, tenaga pengajar yang berkemampuan dan berkelayakan serta suasana pendidikan formal dan tidak formalnya, sama ada semuanya itu benar-benar dapat memenuhi objektif dan tuntutan ajaran agama yang lengkap dan melahirkan lepasan yang benar-benar berkualiti dari segi rohani dan jasmaninya, semangat dan pemikirannya, juga kepekaannya tentang segala perubahan yang berlaku di dalam dunia moden dan penuh cabaran ini.

Dalam situasi yang tidak menentu ini, ibu bapa lebih banyak akan terikut-ikut pandangan umum tentang institusi pengajian agama yang agak popular di kalangan kelompok masyarakat yang tertentu ketika memilih tempat pengajian agama bagi anak-anak mereka. Malah tidak juga dinafikan bahawa dalam keadaan ini maka terdapat juga pihak-pihak tertentu yang akan mengambil peluang menjalankan publisiti di negara kita untuk memilih beberapa buah institusi luar negara yang baru atau telah lama ditubuhkan.

Maka dalam keadaan ini, saya rasa pihak Kementerian Pendidikan, haruslah mengambil inisiatif mengkaji semua pusat pengajian agama di luar negara, sama ada yang lama dan popular atau sebaliknya, iaitu untuk mendapatkan maklumat yang terkini tentang prestasi ilmu dan kesesuaiannya dengan matlamat kita bagi melahirkan insan yang berkualiti dalam bidang ilmu pengetahuan dan yang dapat menjadi warganegara penyumbang kepada pembangunan umat dan negara kita.

Tanpa petunjuk yang menggambarkan prestasi sebenar pusat-pusat pengajian agama luar negara ini kadang-kadang kita akan terjebak di dalam perangkap pendidikan yang tidak berkualiti, yang menjana mentaliti negatif, atau menanamkan semangat juang yang tidak kena pada tempatnya di sebalik nama dan simbol pengajian agama itu. Selain dari itu kebanjiran pelajar kita ke pusat pengajian agama yang tertentu, terutamanya yang telah lama tertubuh dan telah pun terkenal di negara kita juga akan membawa implikasi yang kurang baik bagi kita, iaitu kita akan berakhir dengan kebanjiran para lepasan dari sana pula yang tidak dapat ditampung oleh pasaran tenaga manusia di negara kita. Malah satu isu lain juga sering timbul, iaitu kepulangan para lepasan agama dari negara luar yang menimbulkan masalah tentang ideologi dan kefahaman Islam dari segi aliran pemikiran dan mazhab yang tertentu umpamanya. Hal yang terakhir ini akan menyebabkan kekeliruan yang besar di kalangan masyarakat Islam di negara kita yang berpegang dengan mazhab Shafie dan Ahli Sunah Waljamaah.

Oleh itu panduan dan penilaian yang objektif dari kerajaan amatlah penting dalam hal ini, kerana panduan dan penilaian itu amatlah berharga bagi para ibu bapa yang sedang mencari tempat pengajian agama bagi anak-anak mereka di luar negara, kerana kita mengetahui bahawa kadang-kadang pengajian di luar negara adalah murah kosnya berbanding dengan pusat-pusat pengajian di dalam negara kita sendiri. Selain dari itu para jurujual luar negara ada kalanya amat pandai memikat hati para ibu bapa kita dengan hasil dan produk mereka, serta kehebatan nama dan simbol pusat pengajian mereka yang telah berjaya menarik puluhan ribu pelajar dengan program-program yang menarik pula.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca tentang sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal di Indonesia. Ketika kunjungan saya ke Jakarta tidak lama dulu, saya menerima dua buah buku yang berjudul Penyimpangan dan Kesesatan Maahad Al-Zaitun oleh M. Amin Djamaluddin terbitan Lembaga Penelitian Dan Pengkajian Islam (LPPI) dan Membongkar Gerakan Sesat Negara Islam Indonesia (NII) Di Balik Pasantren Mewah Al-Zaitun oleh Umar Abduh, juga dari penerbitan yang sama. Buku pertama memaparkan kenyataan di kulit depannya Di dalam gedung yang megah dan mewah ini terdapat hak fakir miskin dan yatim piatu yang dirampas dan dirompak. Adakah perampasan dan perampokan yang lebih besar dosanya selain merampas dan merompak hak fakir miskin dan yatim piatu?

Ternyata sekali bahawa kedua-dua buku ini memberikan penjelasan yang agak mengejutkan tentang pusat pengajian yang amat hebat dan popular, bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di negara kita. Saya memaparkan hal yang tersebut di atas bukanlah kerana hendak memberikan sebarang kesimpulan atau hukuman tentang pusat pengajian yang termasyhur itu, tetapi sebagai bukti betapa pentingnya dan perlunya kajian dan penelitian dibuat terhadap sebarang institusi atau pusat pengajian agama di luar negara itu.

 

46 responses to “Statement Dari Bekas Ketua Pengarah IKIM Tentang Maahad Al-Zaytun!

  1. Iqbal Ismail

    13/10/2009 at 11:08 am

    Saya ingin berbagi/berkongsi pengalaman sewaktu saya masih belajar di Indonesia. Saya pernah bertemu dengan orang-orang dari gerakan Maahad Al-Zaytun. Mereka cuba untuk mendoktrin saya agar saya mengikut pergerakan mereka. Ya memang mereka menunjukkan ayat-ayat Al-Qur’an sebagai dalil mereka. Namun saya melihat apakah benar mereka mengikut apa yang terkandung dalam ayat Al-Qur’an atau mereka menyalahertikan ayat Al-Qur’an. Berikut adalah dari hasil pertemuan dengan mereka :
    1. Dalam perbincangan mereka adalah untuk mendirikan negara Islam. Negara Kesatuan Republik Indonesia pada masa kini diilustrasikan dengan Mekah pada zaman Rasulullah di mana Mekah pada ketika itu dalam keadaan jahiliyah. Mereka ingin mendirikan negara Islam yang dalam hal ini ilustrasikan dengan Madinah di mana Madinah pada zaman Rasulullah adalah negara yang Rasulullah berjaya menjadikan ia sebagai negara yang mendaulatkan Islam.
    2. Rasulullah SAW telah berhijrah dari Mekah ke Madinah selama 2 hari dan 3 malam. Untuk itu saya disuruh keluar berjalan 2 hari 3 malam untuk menyamakan dengan apa yang Rasulullah lakukan dalam erti kata lain saya disuruh berhijrah.
    3. Saya disuruh bersodaqoh tetapi harga sodaqoh saya ditentukan sebanyak Rp1,200,000. Sedangkan yang saya tau yang namanya sodaqoh itu harganya tidak ditentukan dan itu dilakukan dengan ikhlas. Mereka justru semacam ingin memaksa saya untuk melakukan sodaqoh. Mereka cuba memerangkap/menjebak saya dengan apa yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar RA sewaktu perang badar dimana Saidina Abu Bakar telah mensodaqohkan semua hartanya untuk kegunaan perang sehingga Saidina Abu Bakar berkata yang tinggal untuk beliau hanya Allah dan Rasul. Tapi Saidina Abu Bakar lakukan dengan rela. Apakah dia dipaksa? Apakah Rasulullah memaksa?
    4. Jika saya tidak melakukan hal-hal yang saya sebutkan di atas tadi yang intinya mereka maksudkan adalah hijrah, amal ibadah saya tidak diterima Allah SWT, sedangkan apa hak mereka untuk mengadili dan menghakimi saya seperti itu.
    Berdasarkan apa yang saya sampaikan di atas tadi, saya ingin bertanya apakah harus kita berjalan keluar 2 hari 3 malam walaupun alasannya adalah hijrah seperti yang dilakukan Rasulullah? Rasulullah sendiri apakah menyuruh kita melakukan seperti itu? Apakah boleh harga sodaqoh ditentukan? Saya percaya banyak di antara umat Islam di dunia ini pasti tidak akan setuju dengan cara seperti ini, jika saya katakan ini adalah gerakan yang sesat pasti ramai yang setuju. Untuk itu saya mohon kepada semua saudara-saudara se Islam di seluruh dunia untuk berhati-hati dengan mereka yang datang dari gerakan tersebut dan berusaha dapat menyekat pergerekan ini.

     
    • joha

      01/08/2010 at 9:13 pm

      a..kum..sdr…saya setuju dengan pandangan iqbal..saya pernah join..apa yg di sampai itu bole diterima..cuma 9 pintu itu membuat saya keluar dr nii..

       
      • suarajagat

        01/08/2010 at 11:50 pm

        saudara joha,

        adapun berkaitan NII KW9 ini, kesalahan mereka bukanlah sekadar soal 9 pintu..ia berkaitan dengan kaedah pentafsiran yang tidak betul dan bercanggah dengan kefahaman Islam. Ia adalah penyelewengan akidah yang sangat halus. Masyarakat yang tidak memahami disiplin ilmu Islam mudah menerima ajaran kerana berdasarkan logik sahaja.
        Sekalipun Islam adalah agama yang logik, tetapi logik akal juga ada had dan batasannya.

        TQ.

         
  2. IMAN

    13/10/2009 at 4:07 pm

    Hai iqbal Ismail….orang indon ka…? gaya penulisannya bkn orang indon…… ke iqbal nk cari pablisiti murahan ya… 🙂

     
    • Iqbal Ismail

      15/10/2009 at 8:45 am

      Memang saya bukan orang Indonesia. Saya hanya kuliah di Indonesia dan saya bukan mencari publisiti murahan. Waktu saya belajar di sana memang saya didatangi oleh mereka dari pergerakan NII yang katanya juga adalah jaringan Al-Zaytun. Apa maksud anda saya mencari publisiti murahan? Atau apakah anda dari pergerakan tersebut?

       
  3. IMAN

    15/10/2009 at 10:45 am

    kalau iyer pun cakap bahasa melayu udeh ler…..kan senang… 🙂

     
    • Iqbal Ismail

      15/10/2009 at 1:54 pm

      oh nak saya cakap bahasa melayu aje? ok. kelmarin saya tulis macam tu supaya orang indonesia pun faham jugak. by the way apakah awak pernah tau pasal pergerakan itu? apa jawapan awak dengan pertanyaan saya yg di atas?

       
  4. IMAN

    16/10/2009 at 8:53 am

    Bak kata Nabil luuu PK la sendiri…der proses akal yang Tuhan dah kurniakan selidik n bezakan la sendiri. Klu nk cari kesalhan semua tmpt ada negetif n positifnya….

     
    • SUARAJAGAT

      16/10/2009 at 5:47 pm

      MAZ a.k.a NII KW9 ibarat buah yg kulitnya cantik tapi isinya busuk lagi membusukkan.

       
  5. sj3

    17/10/2009 at 1:53 am

    assalamualaikum..smua

     
  6. sj3

    17/10/2009 at 2:44 am

    usaha laman web ni bagus..nak banteras ajaran sesat..tp nape isu gpk ni menjadi isi utama..mgkin sj dah pernah melaluinya..sbb tu dia nampak gpk ni bahaya..tp sebaik nya sj kaji keadaan sekeliling kita…yg kdg kita lihat manusia hari ni dah mcm x kisah dgn perkara yg berlaku di sekeliling mreka..dah jd biasa..tp bila di fikirkn adakah ianya baik utk manusia..SESAT..apakah maksud sebenar dia..kita nampak di negara kita khususnya org melayu..bagaimana keadaan org melayu hari ni..byk gak masalah..saudara pun tahu..ponteng sekolah, merempit, dadah,3gp melayu, pelajar belasah guru, arak..kartika tu sorg je saudara..saudara pernah masuk disk tak..rugilah jika saudara x pernah masuk sbb apa..ramai org melayu x kira tua muda…kahwin cerai rekod paling lama beberapa hari je..curi, ragut, rompak, bunuh tanpa belas kasihan, dera, pelajar perempuan gaduh dah mcm lelaki…dan mcm2lah..penat nak taip..adakah ini jalan yg btul..atau ni biasa jer..lumrah dunia..x tau la saudara pandang mcm tu…so sepatutnya perkara2 ni yg saudara patut kaji..islam..solat..mmg wajib..tp dah saudara kaji secara realiti hari ni yg solat itu mmg penting..ke dah x penting..ke x buat pun xpe..kena berpijak di bumi yg nyata..puasa bape ramai yg di tangkap dlm bulan yg mulia..operasi maksiat masa merdeka..pun dlm bulan yg mulia..bape ramai generasi islam yg x pandai baca bahasa arab dn al quran..yg satu hari nanti mereka plak nak didik anak2 mereka… ke nanti dah xde guru ngaji yg nak ajar..sy rasa saudara pun nampak hal ini…ke nanti bila saudara ada anak saudara boleh bendung ke perkara ni x kena pada anak saudara…so patutnya saudara kena banteras perkara ni…fikir2 lah…sbb saudara ni mcm simpan dendam kat gpk ni…saudara pernah dengar zikir terbang…JI guna bom..tu mcmana plak..oklah skit utk renungan..nak cari kebenaran ni bukan mudah..jika terkurang sila tegur..tq

     
    • Iqbal Ismail

      17/10/2009 at 9:06 am

      waalaikumsalam saudara sj3. saya bukannya dendam dgn gpk, kebetulan saja saya terbaca statement dari ketua pengarah institut kefahaman islam malaysia tentang hati2 belajar kat pondok di luar negara dan ada pula cerita dari seseorang tentang gpk di bawahnya statement ketua pengarah, saya teringatlah waktu saya disana dulu waktu saya dikejar gpk dan saya hanya ingin berkongsi pengalaman saja. itu aja. sebenarnya saya jg setuju dgn mksd saudara tentang kerosakan akhlak manusia skrg. dan kita hrs mengambil langkah mengenai hal ini. tapi apa salahnya disamping mengenai kerosakan akhlak, kita jg hrs membanteras ajaran sesat krn kedua2nya hal ini sgt penting dlm memartabatkan dan mendaulatkan islam.

       
      • sj3

        17/10/2009 at 5:43 pm

        sesuatu perkara tu takkan di lakukan jika xde AJARAN…nak main snooker pun jika x belajar atau di ajar..xkan pandai..akhlak manusia pun x kan terbentuk samada +ve atau -ve jika xde ajaran..nape hari ni manusia pandai hisap rokok,nape hari manusia pandai berzina, nape hari ni manusia pandai menipu, nape hari ni manusia pandai buat bom, nape hari manusia pandai colourkan rambut…adakah tiba2 jer berlaku tanpa proses AJARAN…sesuai peribahasa yg org melayu dah x pandai nak cipta..di sebabkan nila setitik rosak susu sebelanga…bapak kencing berdiri anak kencing berlari…peribahasa yg hebat yg org skang x tahu mcmana peribahasa tu bole di cipta…so fikirkan adakah kerosakan akhlak..atau mana2 perkara negatif adalah berpunca dari AJARAN

         
    • SUARAJAGAT

      17/10/2009 at 9:36 am

      Saudara sj3..
      sebagaimana yang saya katakan..sy adalah seorg independent da’ei. Blog SUARAJAGAT ini sememangnya dibina untuk memperkatakan tentang masalah penyelewengan akidah. Dan fokus utamanya adalah gerakan pemuda kahfi (GPK) yg juga dikenali sebagai Negara Islam Indonesia (NII).

      Ini tidak bermaksud bahawa sy memandang ringan terhadap keruntuhan akhlak dalam masyarakat kerana di dalam dunia nyata, saya juga berdakwah dlm isu-isu terbabit.

      Penyelewengan akidah dan keruntuhan akhlak, kedua-duanya adalah kemungkaran dan kedua-duanya perlu ditangani serta dibendung.

      Sy pernah berdakwah dan memperbaiki akhlak kaki clubbing, penagih dadah, kaki judi, wanita yg mempunyai hubungan sejenis dan malah pernah juga membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan rumahtangga. Tidak lupa juga kes murtad, selain turut berdakwah kepada non-muslim terutamanya kristian, buddha dan aties.

      Namun harus diingat bahawa masalah penyelewengan akidah adalah lebih besar berbanding masalah akhlak.
      Kebanyakkan antara mereka yg terlibat dgn clubbing,arak, judi dan hubungan bebas tidak menafikan kewajipan dan tuntutan ibadah dalam agama walaupun mereka culas dalam melaksanakannya.

      Mereka tidak menjisimkan ALLAH, tidak menyamakan ALLAH dgn makhluk dan tidak juga mengaku diri sebagai Rasul.

      Ini berbeza dgn golongan yg menyelewengkan akidah. mereka ini telah mentakwil sendiri ayat2 ALLAH. Sehingga ada yg mengaku diri sebagai rasul melayu, menghapuskan solat, mengubah ucapan syahadah dsb.

      Suruhan amal makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua pihak. Dan kedua-dua masalah ini wajar diberi perhatian serius.

       
      • suara daun

        16/12/2010 at 6:18 pm

        wahh…byk btul yg telah saudara sj ibadahkan?sy nk tya saudara sj,siapa nama perempuan sosial dan dari kelab mana ia bekerja?untuk kes2 murtad apakah prosedur yg perlu dibuat dan jalan penyelesaiannya oleh pentadbiran saudara sj?bp ramai saudara2 baru yg terabai tanpa sebarang bimbingan…bp byk pernikahan2 serta kelahiran yang tdk sah dikalangan mereka…siapakah yg bersalah dalam hal ini,bagaimana pula dgn ajaran2 kristian dan yahudi yang semakin hari semakin menular ke dalam msyrkt kita..apakah saudara sj terlupa untuk ini semua…kenapa casino genting masih gah berdiri sedangkan saudara sj tahu arak,zina,judi haram…kenapa kilang carsberg dishah alam dan anchor beer di PJ masih beroperasi,kenapa perpecahan didalam msyrkt kita akibat sentimen politik,ajaran2 tarekat,gerakan2 tabligh yg menindas kaum wanita,fahaman2 freemason n etc x dibendung oleh pihak pentadbiran saudara sj…apakah cukup sekadar bermain kata2 diweb2 yang nyata menguntungkan dan mengisi poket saudara sj dgn isu2 sensasi…

         
      • suarajagat

        16/12/2010 at 9:39 pm

        saudara suara daun…
        sy tidak gemar dgn kata2 anda “wahh…byk btul yg telah saudara sj ibadahkan?”

        apa yg sy lakukan dalam konteks dakwah adalah tanggungjawab seorang muslim ke atas muslim yang lain dan peranan sebagai seorang muslim bg menyampaikan kebenaran…bukan soal ibadah atau pahala menjadi tujuan mahupun dorongan.

        bila saya sebutkan tentang pernahnya sy berdakwah kepada kaki clubbing, penagih dadah, kes-kes lesbian, masalah keruntuhan rumahtangga, kes anak luar nikah, saudara baru, murtad dan dakwah kepada non-muslim…ketahuilah, saya tidak dapat hendak mengira berapa byk yg telah sy temui..malah hampir kesemuanya sy tidak ingat lagi nama mereka.. sy hanya melaksanakan tanggungjawab seorang muslim, manakala hidayah itu adalah dari ALLAH jua adanya.

        ya..benar, masalah sedemikian cukup banyak..kerana itu sy katakan dlm komen di atas “Suruhan amal makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua pihak.”
        seorang SJ tak mungkin dapat membendung kesemuanya.. justeru, semua pihak harus berperanan.

        soal ajaran kristian dan yahudi, freemason dan lain2 sememangnya menjadi antara fokus saya.. kerana itulah isu ajaran sesat seperti NII KW9/GPK/Maahad al-Zaytun, Islam Liberal dan Pluralisme Agama dibicara di blog ini..kerana apa? kerana ajaran2 ini sendiri adalah sebahagian dari gerakan2 sulit yang sebahagian besarnya mendapat sokongan dari pihak missionaries kristian dan yahudi sehingga ada diantaranya yang mendapat suntikan dana dari pihak berkenaan. NII KW9/Maahad al-Zaytun adalah sebahagian dari gerakan pluralisme agama yang berkait rapat dgn freemason.

        berkaitan dengan casino di Genting, dan kilang carlsberg dan anchor…
        SJ bukan seorang dari penggubal dasar dalam kerajaan persekutuan mahupun negeri..saya juga tidak bekerja di bawah pentadbiran negeri Selangor.
        namun demikian sememangnya kewujudan pusat2 sebegini amat mendukacitakan.
        Saya yakin seandainya setiap individu muslim dapat menyelamatkan diri, keluarga dan masyarakat dari hedonisme, ajaran sesat, pluralisme dan segala perkara yang bertentangan dgn agama Islam..insya’ALLAH, kita dapat membina kekuatan ummah; lantas pusat2 hiburan serta kilang2 arak ini dapat dihapuskan jua akhirnya.

        SJ bukan bermain kata2..tetapi SJ menyatakan kebenaran, menyampaikan kebenaran kepada masyarakat demi menyelamatkan mereka dari gejala ajaran sesat yang kian menular.

        saudara suara daun,
        tidak ada walau 0.01 sen pun keuntungan atau ganjaran atau duit poket yang saya dapati dari website ini dan sekian tugas dakwah yang dilakukan..
        saya bukan seperti golongan NII KW9/GPK/Maahad al-Zaytun yang selalu menggunakan alasan sedekah dan infaq untuk mengaut wang dari ahli-ahlinya.. tindakan pemerasan sedemikian tak ubah seperti Yahudi serta kolonial barat.

         
    • sparniard

      19/11/2010 at 11:05 am

      sj3…get a room bro. Mungkin saudara keliru dan masih berfantasi. SJ ditubuhkan oleh moderatornya spy blog ini difokuskan untuk perkongsian di dalam menangani permasalahan akidah umat Islam di Malaysia.

      Sepatutnya sj3 perlu cakna dan awas dengan senario akidah umat Islam di Malaysia. Isu-isu yang membabitkan gejala sosial tidak lain tidak berpunca dari masalah pokok dalam diri umat Islam iaitu akidah.

       
    • diman

      22/01/2011 at 10:30 am

      saya sokong…. manusia hari ni nampak benda yang baik salah… benda yang salah baik…. guna kan panca indera yang dikurniakan Allah untk; lihat la sekeliling kamu skarg ni….

       
  7. Gerakan Pemuda Carrefour

    17/10/2009 at 1:05 pm

    sj3 :
    “usaha laman web ni bagus..nak banteras ajaran sesat..tp nape isu gpk ni menjadi isi utama”
    “saudara ni mcm simpan dendam kat gpk ni…”

    Blog ini digerakkan khas untuk membuat pendedahan KHAS terhadap Gerakan Pemuda Kahfi (NII) dan memberi maklumat tentang ajaran2 sesat lain secara sampingan. Tak payah la bertanyakan kenapa GPK menjadi isu utama blog ni, umpama bertanya ‘kenapa kereta nk bergerak di jalan raya? di atas tanah dan di padang rumput kn lbh luas’.

    Memang terdapat banyak masalah berlaku disekeliling kita, dan GPK adalah salah satu dari masalah2 itu. Tidak praktikal bagi semua pihak memberi fokus kepada hanya 1 masalah tersebut atau hanya 1 pihak memberi fokus kepada semua masalah2 tersebut. SJ telah memilih blog untuk dijadikan platform untuk memberi fokus kepada masalah GPK. Jika saudara sj3 ingin memberi fokus kepada masalah2 yg lain, dialu2kn.

    Tak perlu lah mengatakan “mcm simpan dendam”, childish remark.

     
    • sj3

      20/10/2009 at 7:40 pm

      sorry..mgkin yg saudara paparkan pernyataan sy di atas tu mmg salah..tp tolong lihat apa yg sy tuliskan yg lain adakah salah…sorry yer

       
  8. sj3

    17/10/2009 at 6:20 pm

    Bagus saudara org yg hebat…ada satu jiwa menegakkan kebenaran cuma sy nak ajak saudara fikir jauh skit..mmg manusia x menjisimkan allah sbb dah anggap allah tu xde..tu x kisah apa yg mereka suka nak buat diorg buat bunuh org pun x kisah…ya ke hari ni manusia x menyamakan…ke kita x sedar kita dah menyamakan..kata2 manusia dgn kata2 allah..manusia lbh suka ikut kata2 manusia…yg lain saudara fikir sendiri…haji kahar dn al-ulamawarisatul anbia x sama ker…mgkin sebutannya berbeza..saudara fikir sendiri..masalah akhlak bukan aqidahnya terseleweng ke…ke sy silap aqidah mereka bgus kot…hapuskan solat? mcm sama je yg sy tulis sebelum ni..yg sy minta saudara kaji bape ramai yg x solat…anak dia pun tgk bapak nya x solat…bukan ke akibatnya akn mghapuskan solat gak…dah saudara kaji mgkin ada dikalangan kita yg dah x ingat syahadah..x pandai syahadah..ke dah nak mati nanti baru nak di ajar bersyahadah…last2 minit itu pun jk sempat…maaf jika sy ajak saudara fikir jauh…jika tersalah minta maaf yer..tq

     
    • sj3

      17/10/2009 at 6:28 pm

      smua org bertggjwb…masalah nya yg bertggjwb ni faham ke akn tggjwbnya…ke mementingkan diri sendiri..lantaklah apa nak jadi..kputusan yg mudah..

       
      • SUARAJAGAT

        19/10/2009 at 12:03 am

        terima kasih atas segala komen.. sy yakin anda sendiri kurang jelas tentang bezanya kesalahan akhlak dan kesalahan akidah.
        lagipun gaya penulisan dan point anda tak ubah seperti ahli GPK. atau anda mungkin pengikut haji kahar.

        ttg “haji kahar dn al-ulamawarisatul anbia x sama ker…mgkin sebutannya berbeza..saudara fikir sendiri..”

        jawapan saya adalah tidak. tapi AS Panji Gumilang dan Abdul Kahar adalah sama kerana kedua-duanya asuhan syaitan laknatullah.

         
  9. sj3

    20/10/2009 at 7:30 pm

    x kisah lah siapa saudara nak gelar saya.boleh saudara sj jelaskan kesalahan ahklak dan aqidah..mgkin saya kurang jelas…boleh jelaskan kenapa x sama..pak hamka kan waris nabi..hj kahar rasul melayu?…hari ni siapa2 boleh cakap dia btul..boleh cakap dia salah…ayah pin pun rasa dia benar..dan org lain salah..nik aziz pun rasa dia benar..org lain salah…sy pun boleh cakap sy benar..org lain salah..tp apa fakta atau penerangan yg membuktikan ia nya benar..

     
  10. SUARAJAGAT

    21/10/2009 at 9:27 am

    Seperti yang telah sy katakan. Kesalahan akhlak dan kesalahan akidah adalah berbeza.
    Akhlak merangkumi persoalan moral, perangai dan tingkahlaku manakala akidah pula merangkumi persoalan iqtikad / pegangan hidup.
    seorang mat rempit umpamanya adalah kesalahan akhlak dari sudut tingkahlaku tetapi dihatinya dia mengakui ALLAH s.w.t sbg Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah. Oleh yg demikian dia melakukan kesalahan akhlak dan bukannya kesalahan akidah.

    Begitu juga bagi mereka yang gemar clubbing. Mereka ke club, berhibur dan sebagainya akan tetapi dalam sudut hatinya, dia tetap mengakui ALLAH s.w.t sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah. Mereka melakukan kesalahan akhlak dan bukannya akidah.

    Individu sebegini perlu di beri bimbingan dan kesedaran.

    Ini berbeza dengan kesalahan akidah.
    Sebagai contoh, seorang lelaki berpakaian kemas, tidak pernah berzina, tidak merokok & tidak pernah ke pusat-pusat hiburan, akan tetapi dia memanggil kenalannya dgn panggilan ‘Rab’ yang bermaksud Tuhan, tidak mengakui Rasulullah sebagai nabi terakhir serta mengakui pula dirinya sebagai seorang nabi kerana menyampaikan ilmu agama.
    Dia kelihatan baik di mata org ramai kerana tidak melakukan kesalahan akhlak tetapi dia telah melakukan kesalahan akidah kerana menduakan ALLAH s.w.t, dan menafikan Rasulullah sbg penutup segala nabi.

    seperti yg telah sy nyatakan ‘al-ulama warisatul anbiya’ adalah berbeza dgn Hj. Kahar yang mengaku sebagai rasul melayu.
    para ulama mengajar, mendidik dan memberi kefahaman agama kepada masyarakat. Mereka tidak pernah mengaku diri sebagai rasul yang menggantikan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah membawa syariat baru.

    Ini berbeza dengan Hj.Kahar yg mengaku diri sebagai rasul dan menolak syariat yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Beliau memesongkan akidah pengikutnya.

     
  11. sj3

    21/10/2009 at 10:38 pm

    ok…sy faham…saudara sj pernah pikir dari mana mereka dapat ajaran ni…mcmana mereka boleh dapat ajaran ni?..saje nak berkongsi pandangan

     
  12. sj4

    26/11/2009 at 3:30 am

    salam,

    mari kita update contoh2 manusia yang tersesat dari jalan Allah (yang akidahnya Allah tetap dalam hati mereka)

    – clubbing
    – zina
    – maksiat
    – judi (pusat perjudian terbesar – genting highland)
    – minum arak
    – proses arak (kilang terbesar di asia – shah alam guiness, kat dalam kilang tu siap ada surau utk staff dia solat)
    – rogol (latest metro 24/11/09 – bapa rogol anak kandung sejak 8 tahun
    – rogol (kene rogol ramai)
    – penagih dadah
    – homoseksual
    – bisepsual (lelaki bole, perempuan pun bole)
    – kaki lepak (termasuk golongan veteren di kedai kopi)
    – ponteng sekolah
    – hisap rokok
    – tonton video lucah (tapi dalam hati tetap Allah dhati bak kata blogger)
    – buang anak dalam tandas, tepi jalan, tong sampah
    – ragut (paling teruk, sampai mati)
    – mengedar dadah
    – mengedar VCD haram (vcd lucah)
    – hisap gam
    – GRO, ibu ayam, bapa ayam
    – abang ngah (adik beradik ah long)
    – penculikan (terbesar kes Pulau Lambok)
    – penceraian (kene dera dgn suami, kene liwat, suami tak beri nafkah, isteri main kayu 3)
    – Gaduh (kene belasah dgn kawan, dgn cikgu, dgn ustaz)
    – Murtad (isu terbesar Lina Joy)
    – Bunuh (paling hebat terus bom utk hilangkan bahan bukti)
    – rasuah (takleh cakap lebey2, nt kene report ke semua pejabat termasuk wartawan, tv3, dll)

    selebihnya, bak kata nabil “lu pikir la sendiri”

    selamat ke dunia kita sekarang?? even malaysia?

    wassalam.

     
  13. sj3

    27/11/2009 at 4:43 pm

    akum..selamat menyambut aidiladha..terima kasih sj4 kerana membantu jelaskan pd SJ…inikah di katakan manusia bertamadun…ke seakan2 yg kita kenal zaman jahiliyah..yg kita pernah dengar membunuh anak yg baru di lahirkan…tp SJ dah berubah..bagus sebab blognya lebih terbuka..mcm2 isu ada..so baru btul..tahniah SJ..

     
  14. sj4

    28/11/2009 at 5:51 pm

    Al-Zaytun Selayang Pandang

    Layari:

    Copy+Paste

    http://al-zaytun.tripod.com/misc/ataglance.htm

     
  15. sj4

    28/11/2009 at 6:04 pm

    Komen artis. Sila lihat..

    http://al-zaytun.tripod.com/misc/artis.htm

     
    • SUARAJAGAT

      29/11/2009 at 6:54 am

      sj4..x perlu lah hendak mengangkat nama MAZ, SJ cukup tahu ttg MAZ. malah lebih tahu berbanding apa yang kalian tahu. Sumber dana, hubungan pimpinan MAZ dengan tokoh2 jaringan islam liberal dan sebagainya.

      laughing
      terasa amat melucukan bila kalian mengambil pandangan para artis sebagai bahan testimoni.

      lain lah kalau mengambil pandangan dari Sheikh Yusof al-Qardawi, Prof. Syed Naquib al-Attas atau Ustaz Uthman el-Muhammadiy.

       
  16. sj4

    29/11/2009 at 12:27 pm

    hebatnye… jd kalu lebih tahu berbanding org lain, apa matlamat MAZ, apa tujuan MAZ ditubuhkan, untuk siapa MAZ ditubuhkan, kemana arah halu tuju MAZ…sila explain…

    p/s: en sj dh bainat ke? ternyata artis pun terkesan selepas bainat…huhu…

     
    • SUARAJAGAT

      29/11/2009 at 6:17 pm

      sj4.. tunggu dan lihat yer..

       
  17. sj4

    30/11/2009 at 1:02 am

    huhu..
    pancaran Illahi sudah terpancar sehingga ke pelusuk dunia.

    sj say ,
    “Seperti yang telah sy katakan. Kesalahan akhlak dan kesalahan akidah adalah berbeza.
    Akhlak merangkumi persoalan moral, perangai dan tingkahlaku manakala akidah pula merangkumi persoalan iqtikad / pegangan hidup.
    seorang mat rempit umpamanya adalah kesalahan akhlak dari sudut tingkahlaku tetapi dihatinya dia mengakui ALLAH s.w.t sbg Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah. Oleh yg demikian dia melakukan kesalahan akhlak dan bukannya kesalahan akidah.

    Begitu juga bagi mereka yang gemar clubbing. Mereka ke club, berhibur dan sebagainya akan tetapi dalam sudut hatinya, dia tetap mengakui ALLAH s.w.t sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah. Mereka melakukan kesalahan akhlak dan bukannya akidah”

    lalu mabuk buat benda x betul (cth merogol)
    ada ker orang clubing jadikan sebagai contoh..pe lah… pelik2 kan sj?

    selamatkan diri yang dalam kebinggungan.

     
    • SUARAJAGAT

      30/11/2009 at 3:12 am

      sj4 ni buat lawak la..
      buat2 x paham lak perbezaan di antara kesalahan akhlak dan kesalahan akidah. contoh tersebut utk menunjukkan perbezaan.

      suka ati la sj4 nk ckp apa..

      esok masuk bulan 12/2009..
      sebulan dari sekarang perbicaraan akan berlangsung…
      gambar di bawah menyatakan sesuatu tentang kalian..

      stupid hat 2

       
  18. ©yphe®

    06/01/2010 at 12:08 pm

    in replying to the sj3’s comments above:
    the problems in this world, be it war, slavery, poverty,injustice, corruption, abuse of power etc, are not done by a religious man. So, the main culprit is they who have no religion, the unbeliever. All religion do not condone for such ‘jahiliyah’ acts. We, as a believer of certain faiths, were indeed lived in harmony, and still is, until they, unbelievers came and create disunity amongst us.

    note: i believed you learned tariqah and one of the follower, correct me if i’m wrong

     
    • sj3

      07/01/2010 at 12:01 pm

      akum..yphe bole translate bahasa melayu x? x jelas..maaf saya budak baru belajar..thanks

       
  19. Mungkin

    25/05/2010 at 5:17 pm

    ©yphe® :
    So, the main culprit is they who have no religion, the unbeliever. All religion do not condone for such ‘jahiliyah’ acts.

    Salam

    Rasanya, agamalah yg menyebabkan wujudnya suma yg saudara katakan tersebut. Tanpa agama, xde istilah zina, minum arak, mencuri, perhambaan, gunakuasa or sebarang masalah hukum, sbb org x kan tau bahawa apa yg dorang buat suma tu salah.

    Tp, itu bukan bermakna kita x perlu beragama. Dlm quran dh jelas bahawa Islam lah agama yg terbaik, namun Islam yg bagaimana? Allah menuntut supaya semua ciptaanNya menurut acuanNya, bagaimana hendak mengikut acuanNya? Perlulah menurut perintahNya, dimana pula perintahNya? Tercatat jelas dlm kata2Nya, dimana? Tentulah dlm KitabNya.

    SJ3 ada mengatakan bahawa manusia zaman ini cenderung dalam mengkaji dan menurut kata2 ulama2, ustaz2, dengan lansung meninggalkan apa yg sebenar tercatat dlm kitab Allah. Cenderung bertaqlid drpd mengkaji terus kata2 Pencipta yg sememangnya jelas terpelihara bukan atas jaminan sesiapa tp dr Allah sendiri.

    Berdasarkan ajaran GPK yg saudara iqbal nyatakan, benarkah tanpa hijrah amalan tidak diterima? Benarkah GPK menetapkan bahawa hijrah itu perlu 3hari 2 malam utk sesuaikan dgn penghijrahan nabi ke Madinah? Atau saudara ingin memprovokasi ajaran ini agar lebih dibenci n di ‘haramkan’ oleh pihak kerajaan (sedang tiada siapa pun yg mampu menghalalkan mahupun mengharamkan sesuatu tanpa perintahNya)?

    Quran itu sarwajagat, bermaksud setiap kejadian didalamnya berulang seluruh zaman, digunapakai terus tanpa ragu2 dan dipelihara kesuciannya oleh Pencintanya. Saudara SJ3 telah mencuba membawa aspek masyarakat sekitar sebagai contoh dan bukti nyata kejatuhan akhlak mahupun akidah masyarakat Islam skang, namun adakah saudara semua menilainya. Tulisan Dato Dr Ismail Ibrahim diatas sekalipun begitu kabur dalam menerangkan sejauh mana GPK ini terpesong dr ajaran Allah. Atau Dato Dr sendiri ingin menegaskan bahawa GPK ini terpesong dari ajaran ulama? Itu yg sy sedikit ragukan. Mana satu harus kita ikut, ajaran Allah atau ajaran ulama?

    Menghalalkan atau mengharamkan sesuatu itu kerja kita? Setiap manusia ada telinga, mata dan hati utk mendengar, melihat dan membeza. Namun, adakah pihak Jakim sendiri menggunakan suma pancaindera kurniaan tersebut dengan sebaik2nya? Itu kita x pasti.

    Salam

     
    • suarajagat

      31/05/2010 at 7:54 pm

      nasihat saya … anda patut ragui GPK…
      apakah anda cuba mencabar pihak JAKIM?
      mengapa pihak GPK terus bersembunyi…
      kalau keluar pun, bersembunyi di sebalik ACT, aktiviti berbasikal, futsal dan sebagainya..
      money laundering yang berlaku di sebalik aktiviti bhgn.ekonomi cuba ditutup dari pengetahuan ahli2 di bhgn. human resource.

      byk lg yang SJ tahu..yang ahli GPK sendiri tidak tahu…
      jangan kalian mengimpikan syurga, sedangkan kaki melangkah menuju neraka.

       
      • joha

        01/08/2010 at 9:16 pm

        a..kum..saya udah kkeluar kerana 9 pintu

         
    • Ahmad

      24/11/2010 at 2:05 pm

      Mungkin:
      SJ3 ada mengatakan bahawa manusia zaman ini cenderung dalam mengkaji dan menurut kata2 ulama2, ustaz2, dengan lansung meninggalkan apa yg sebenar tercatat dlm kitab Allah. Cenderung bertaqlid drpd mengkaji terus kata2 Pencipta yg sememangnya jelas terpelihara bukan atas jaminan sesiapa tp dr Allah sendiri.

      Assalamualaikum,

      Adakah anda boleh percaya kepada mereka yang tidak tahu langsung dengan Al-Quran dan hanya “membainatkan” Al-Quran diatas logik akal sendiri. Atau dengan bahasa mudahnya membaca Al-Quran terjemahan sahaja dan terus membuat kesimpulan tanpa mengkaji struktur sebenar ayat dan ashabul-nuzul.

      Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab dan daripada bahasa itulah setiap ulama’ dan ustaz menetapkan fatwa dan hukum. Bukan dengan sewenang-wenagnya mereka boleh menetapkan fatwa.

      Adakah kita perlu ikut orang yang kononnya memperjuangkan agama tetapi hanya mengikut logik akal sahaja atau kita perlu ikut ulama dan ustaz yang juga memperjuangkan Islam dan mereka arif dengan Islam yang sebenarnya.

      Siapa yang taqlid sekarang ni? Cubalah faham dan kembali ke jalan yang benar.

       
  20. Ahmad

    26/11/2010 at 4:13 pm

    Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Qur’an sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan sesungguhnya jika kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datang wahi pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau perolehi dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu. (Ar-Rad:37)

     
  21. diman

    22/01/2011 at 10:38 am

    Yang mampu menentukan manusia tu sesat ke x?? hanya Allah je…. Mcm mana nak tau??? rujuk la Al-Quran tu….tak perlu tunding jari pada org lain kata diorg sesat… lihat diri kamu dulu, lihat masyarakat kamu dulu , lihat pemimpin2 negara kamu dulu, lihat la… adakah hari ini, apa yang berlaku kelihatan jalan menuju kejayaan…atau sebaliknya… renung2kan dan selamat beramal…

     
    • suarajagat

      22/01/2011 at 8:37 pm

      saudara diman..

      Musailamah al-Kazzab seorang nabi palsu yang hidup di Khalifah ar-Rasyidin Abu Bakar as-Siddiq telah dihukum bunuh kerana menyebarkan ajaran sesat. Demikian juga ramai lagi pembawa ajaran sesat pada ketika itu yang turut diperangi oleh para sahabat.
      Oleh itu, apa yang dilaksanakan oleh SJ hari ini adalah meneruskan perjuangan yang telah wujud sejak 1400 tahun yang lalu.

      NII jelas merupakan satu ajaran sesat. Takwil buta yang dilakukan oleh NII KW9/ al-Zaytun hanyalah untuk mendapatkan ‘fulus’ bagi mengejar nama dan kekayaan. NII adalah sebahagian dari racun pluralisme barat.

      Sudah tiba masanya untuk umat Islam di Malaysia & Indonesia untuk menghapuskan ajaran sesat ini.

      Link artikel di bawah antara bukti nyata kesesatan Maahad al-Zaytun
      https://suarajagat.wordpress.com/2009/03/12/pendeta-kristian-berdoa-dalam-masjid-rahmatan-lil-alamin/

      artikel tersebut mengingatkan saya pada satu hadis Rasulullah s.a.w berkaitan golongan yang sesat :

      إنهم إذا أحلوا لهم شيئا استحلوا وإذا حرموا عليهم شيئا حرموا فذلك عبادتهم

      ” Mereka (para rahib) jika menghalalkan sesuatu maka orang ramai pun ikut menghalalkannya (yakni mengikutinya/mentaqlidnya) dan mereka jika mengharamkan sesuatu maka orang ramai pun ikut mengharamkannya maka itulah pengibadatan mereka (itulah bukti mereka menyembah para rahib).Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.3095 & Baihaqi

       
  22. Eks Nii Zaytun

    07/04/2011 at 11:36 am

    Simak dan saksikan … live 24 jam … proses penyadaran korban2 ajaran nii zaytun milah ibrahim komar milata abraham al qiyadah al islamiyah di http://sempalan.wordpress.com/2011/03/14/live-24-jam-menyadarkan/

     

Leave a reply to sj4 Cancel reply